Monday 2 January 2017

Mini Novel 1 Remake English

"You are special” soothe unknown voice that could be heard in my dream.

‘Dit Dit Dit’ my alarm clock start ringing.

I rise from my single bed feeling dizzy in the head. The possibility of my headache probably come from my work last night. I stand up slowly and walk toward my curtain to open, as soon as I open it the radiating sunlight from outside the window flood into my room. I wipe my eyes to see clearly.

I stare out from behind the window and I saw the city of Marryvis with it futuristic look and high skyscraper.

"Good morning" as I greet my own self knowing that no one is around me and then I slowly walk toward the toilet.

As I was walking without knowing where my foot is swing suddenly I would accidentally hit the corner of the table leg with my leg I cringed as I fell to the floor from the pain.

The pain would cause me to make an annoying grunt "it so painful" as I biting my lips. I would saw my alarm clock in my bedroom from my living room I could tell that I’m getting late for work.

I would quickly stand and head toward my bathroom getting ready for work

After a few minutes I was ready. Then I would sat down in front of the door and wearing socks and shoes.

I opened the door and as always then I would check the mailbox beside the door.

Again and again I only saw bills and vouchers in it. As I was standing in front of my mailbox. A girl with dark brown hair wearing a pink blouse and blue jean coming out of her apartment.

"Hey Felix good morning" as the girl greet me softly.

"Good morning Rina, how is the presentation yesterday, is it ok?" I asked while gently smiling.

The girl name is Rina, she is about the same age as me. She was raised by a modest family the same family that raised me after my family died but after I was eighteen I leave the house to live my own life and I also felt bad having them to raise me.
I thought I would never see her again but by fate she live just across my apartment.

"The Presentation was great and I landed a promotion" Reply Rina.

"So are you free tonight? If you are free would you like to have…?” Rina stutter as she was trying to finish her sentence. Her face would become red from the embarrassment.

         "Are you ok to?" I ask with a confuse look in my face.

Rina would swing her handbag violently toward me as I was getting close to her. I try to avoid the handbag but I lost the my stability in my leg then I try to reach for something but I failed it would cause my head to struck the wall sending forced to all my body causing me to faint.

Rina would run down the stairs leaving me faint on the floor in front of my apartment.

As Rina was walking she would laments “His face was closed to mine my heart felt like a volcano ready to explode, why would I hit him? , why can’t I ask him out properly” she would cover her face with guilt and embarrassment.

In front of apartment a few minute later, I would slowly wake while putting my right hand on my head I would make a annoying grunt. You might not realized but this happened often that you think.

I would look at my watches. My eyes would widen big. "I’m late my boss is so going to fired me" I would quickly walk down stair toward my motorcycle outside.

I continued to run to outside and to alleyway of my apartment building I was shocked to find my motorcycle front wheel has been stolen.

I would panic for a few minutes then I would stop and start to think.

"Think, THINK FELIX" as I say it out loud. Suddenly an idea popped in my brain.

"THE TRAIN!!!" as I screamed would cause all the people around me shock a little bit after a while they would ignore me afterward.


“If I fast enough I can ride the train that is due this morning” I said to myself then I would start running to the nearest train which is located 1 km from my home.

To be continued

Thursday 2 June 2016

JANI : Bab 2



                          Malam terasa panjang.Erin duduk di bilik dalam keadaan separuh gelap.Pintu bilik dibiar terbuka memberi cahaya dari ruang tamu menyinar ke situ.Kesepian malam seiring dengan keadaan jiwanya yang berderai.
                          Erin menangis teresak-esak menahan sendu.Sekeping gambar di tangan dia renungi..
                          Aliya..kenapa kau pergi terlalu awal? bisiknya di hati.Erin tunduk.
                          ‘Kau tahukan, kau dah macam adik aku sendiri..masih banyak waktu yang aku nak lewati bersama kau..masih banyak cerita yang aku ingin kongsikan dengan kau.’
                          Erin mengangkat muka.Air matanya terus merembes di pipi.
                          ‘Masih ada janji yang aku ingin tepati buat kau..tapi kau pergi terlalu awal?’
                          ‘tolong bagitahu aku..apa sebenarnya yang terjadi.’
                          Erin kini berjauhan dengan ibu bapanya.Dia terasa sunyi.Selain Shah.Tiada lagi Aliya sebagai tempat dia bersandar harapan.Malam itu ia menjadi sebuah peneman bagi melangkah ke hari baru.Suatu kepastian yang tidak akan dilupakan oleh hayatnya.                      

***********************************

                          Tengahari itu.Erin meluangkan masa bersama teman lelakinya Shah.Sebaliknya pertemuan mereka pada hari itu sedikit pun tidak merancakkan perbualan mereka.Erin banyak diam.Shah mengeluh.
                          “Ya..I pun tak sangka juga.” Shah menelan sesuap nasi.Kemudian berhenti sejenak merenung Erin yang masih bungkam.
                          “Erin,you tak nak makan ke? kalau you tak makan,nanti you sakit.” Lirih Shah perlahan.
                          “Biarlah I sakit,biar I mati..tak adalah Aliya nak tunggu I lama-lama.Kan?” Erin terus termenung jauh.
                          Shah mengeluh.Dia mula bosan kerana kekasihnya itu membicarakan sesuatu yang tidak masuk akal.
                          “Erin..janganlah cakap macam tu.Semua orang sayangkan dia,family dia,kawan-kawan dia.Semua orang ambil berat pasal dia.You ingat I tak sedih ke kehilangan dia?”tutur Shah berpanjang lebar.        
                          “Erin..” Dia mencapai tangan Erin.”Aliya sayang kan you begitu juga dengan I.I ajak you keluar, datang sini pergi makan ni semua pun sebab taknak you duduk berkurung dalam rumah sorang-sorang.Sedih sebab perkara yang berulang.I taknak you terus murung macam ni.”
                          Mereka saling berpandangan.Kini Erin sedar bahawa Shah masih setia di sisinya.Tidak jemu melihat dan mendengar keluhannya.Bukan bergelar kekasih semata-mata.Dia juga sudi menjadi sahabat di hati Erin yang sepi saat itu.Itu yang membuatkan dia amat mencintai Shah.
                          “I’m always here beside you no matter what. Remember that.” Bisikan Shah kedengaran di telinga Erin.Dia rasa tersentuh.
                          “I faham..tapi I sebenarnya bukan sedih pasal Aliya.”
                          “So what? apa yang you risau sekarang ni?”
                          Kali ini Erin termenung panjang.Mahu disembunyikan perasaan sedihnya pada Shah pun berguna lagi.Dia tidak tahu mahu mengujarkan apa lagi.
                          “Erin!”
                          Erin tersentak.Pandangan matanya tiba-tiba buntang memandang Shah.
                          “Erin..kenapa ni?” soal Shah.
                          Erin diam dan menggeleng.Cepat-cepat perasaan aneh itu dilempar jauh dari hatinya.
                          
************************************

                          Malam itu,Shah ingin menghantar Erin pulang ke rumah.Sepanjang perjalanan,mereka tidak banyak bercakap.Erin lebih suka berdiam diri.Kekasihnya itu langsung tidak mahu berpaling kepadanya.Lebih selesa memandang ke luar tingkap.Memang tidak mahu berbual sama sekali.Shah berasa terpukul.Dia mendengus perlahan.
                          “Erin..kenapa ni? I tengok you dari tadi senyap je.” Shah mula bersuara perlahan.
                          Erin kalih merenungnya muram seketika kemudian membuang pandangan secara asal ke luar.Masih tidak mahu bersuara.                                                            
                          “You masih sedih pasal Aliya lagi ke? jangan lah sedih lagi,I bosan lah kalau you terus sedih-sedih saja macam ni.” Ujar Shah mengharap Erin mendengar keluhannya.
                          “Esok kita keluar lagi? jom..?” Shah cuba memujuk.
                          Erin menjeling malas.“You nak keluar ke mana lagi?”
                          “Keluar ke mana tu I tak pasti lagi.Lagi pun esok I ada kelas dari pagi sampai petang..”
                          “Aik? dia yang ajak kita keluar.Dia pula yang menyibukkan diri?” Tebak Erin.Bicaranya mula mesra.
                          Shah tertawa kecil.”Yalah.. esok I tak sure lagi. Tapi kalau I balik awal I call you terus ok? kalau sempat malam ke.”
                          Erin mendengus tiba-tiba. “Ehh dia ni kan? tadi cakap esok la, malam la, lepas tu cakap lusa ni pulak?” Dia menarik muka muncung. Merajuk.
                          “Erin.. I pun nak fikirkan life I juga. Assignment lagi..all of my time bukan untuk you je ok?” Detak Shah lembut.Berharap kekasihnya memahami dan menghormati masanya.
                          Erin dan Shah sama-sama membisu seketika.
                          “At least, I dapat keluar temankan you harini lama-lama kan? betul tak.”
                          Shah mencuit hidung Erin. Senyuman mekar semula di wajah Erin. Kemudian mereka sama-sama tergelak.
                          “Shah! Berhenti!” jerit Erin.
                          Shah tersentak.”Kenapa ni Erin?”
                          Mata Erin mencerlung.Nafasnya kedengaran berat untuk dihembus.”I rasa ada orang yang berdiri dekat tepi jalan tadi.”
                          Shah mengerling.Dia mengeluh panjang.”Itu saja ke? I ingat apa tadi..”                         
                          “You boleh tak keluar sekejap? periksa dulu.”
                          “Tak ada apa-apa Erin..”
                          “Periksalah dulu!” Sanggah Erin tiba-tiba.Riak wajahnya cukup serius.Dia cuma mahu meyakinkan Shah tentang apa yang dia lihat tadi.
                          Tanpa berkata apa-apa.Shah bangkit keluar dari kereta.
                          Matanya berkalih ke jalan dari depan hingga belakang.Malam itu gelap.Kereta lain pun tidak kelihatan lalu di situ.Shah menghampiri ke belakang kereta.Tetapi dia mendapati tiada apa-apa yang aneh di situ.
                          Sementara itu Erin di dalam kereta.Dia tidak turut keluar sebaliknya menjengah dari tingkap kereta.Dia agak kurang pasti sama ada dia silap pandang atau tidak.
                          Shah kembali masuk ke dalam kereta.Dia berkalih sebentar memandang Erin kemudian menggeleng.Ada apa saja kekasihnya itu.Mereka kembali bergerak dari situ dan Erin mengabaikan keanehan yang melintasi di situ.

*****************

                          Selang beberapa minit,kereta Shah berhenti di depan rumah Erin.Selesai menghantar Erin pulang.
                           “Ok bye. Love you.” Bisik Shah perlahan.
                           Wajah Erin muram.“Wah.. belum apa-apa dah halau orang balik.”
                           Shah tergelak kecil “Tak adalah..bukan macam tu.”
                           “Yelah..kita baru je sampai..dah la berat nak kasi you balik.”
                           “asal tak cakap awal-awal? Kan senang kalau you cakap awal-awal. I tak payah la balik. I tidur rumah you..”
                           “Eh..mana boleh!
                           Erin dan Shah seraya tergelak.
                           “Boleh jugak?” Erin tersenyum kecil.
                          Mereka senyap seketika .
                          “Eh!” Mereka sambung tertawa
                          “Ok sayang..thanks for today.” Erin mengucapkan untuk sekian kalinya.
                          “ok bye..love you..”

                          Setelah selesai menghantar Erin pulang ke rumah.Shah kembali menumpu perhatian ke perjalanan pulang.

Thursday 5 May 2016

JANJI : Bab 1

PROLOG

                          Kicauan burung-burung gagak pada malam itu menghapuskan keheningan malam.Kilat yang berdentum seolah-olah menadah seruan itu. Jauh terletak di dalam hutan.Rumah itu sungguh sunyi.Kesunyian itu didampingi bersama satu rintihan yang meronta-ronta meminta disuapkan sambil dipuja oleh kelibat seorang gadis yang duduk tegak seraya tubuhnya diselimuti oleh jubah hitam.
                          Lilin menyinari kegelapan di ruang rumah usang itu.Ular tedung melingkari leher si gadis sambil memuja bayang yang terpamer di sebalik kain putih terbentang besar di dinding itu.
                          “Puteri jelita seri wajah..” tutur gadis itu dengan suara lunak dan beralun.Senyuman bergayut di bibirnya.
                          “Aku seru dirimu mendampingi diriku.Satukanlah diriku dengan dirimu..”
                          Rintihan itu semakin kuat kedengaran.Bayangan itu semakin pekat kelihatan menyahut seruannya.
                          “Puteri menawan..jiwaku untukmu.”



*****************************************


                          Cuaca baik di pagi itu.Panas terik di kolej itu sedikit pun tidak menggamit rentak setiap pelajar.Langkah seorang gadis cantik yang muncul di koridor itu sekaligus membuat pelajar-pelajar di sekeliling itu terpana melihatnya.Terutamanya kaum lelaki.
                          Gadis itu sedar akan perhatiannya.Dia tersenyum sebaliknya mengabaikan pandangan mereka terhadapnya.Keadaan itu berterusan sehingga dia berada di dalam kelas.
                          Namanya Erin.Dia kini tinggal berseorangan di sekitar Shah Alam buat sementara kerana ibu bapanya kini berurusan di luar negara.Perhatian Erin bukan lagi perkara yang besar di kolej.Kecantikan yang dimiliki olehnya seringkali membuat lelaki di sekeliling cair dan cemburu kerana tidak berjaya meraih cintanya.Ya,hati Erin telah pun ditawan oleh jejaka kacak bernama Shah yang merupakan pelajar di kolej itu juga.
                          Selang beberapa jam.Sesi kelas pada masa itu telah tamat.Erin bersama dua rakannya iaitu Qistina dan Dora mengiringi langkah ke luar kelas.
                          “Baru masuk pukul 2 ni.” Dora melihat jam seraya mengeluh.
                          “Apa kata kita singgah makan mana-mana dulu? takkan nak balik sekarang.Betul tak?” kata Erin.
                          “Boleh juga.Jom ikut aku! aku tahu tempat lunch yang best.” Pelawa Qistina.
                          Erin dan Dora saling berpandangan dan mengangguk.Mereka langsung setuju.
                          “Ada makanan apa yang best dekat situ Qist..?” Dora bertanya.
                          “Ikut saja lah aku! kau ni.. lagi pun kita habis kelas awal.Hari lain tak sangatlah kita dapat lunch sama-sama macam ni.” Putus kata Qistina.
                          Erin tersenyum.Dia tidak kisah sebenarnya jika itu dapat mencapai kepuasan rakan-rakannya.
                          Deringan telefon bimbit Erin membuat langka mereka semua terhenti seketika.Erin gegas mengeluarkan telefon bimbit dari beg tangannya.Erin mengerut dahi.Dia meneliti sejenak nombor telefon yang tidak diketahuinya.
                          Tanpa berfikir panjang.Erin menekan punat lalu menjawab panggilan itu.”Hello?”
                          Perlahan-lahan air muka Erin berubah panik.
                          “Erin.Kenapa ni?” tegur Qistina setelah merasakan perubahan pada wajah Erin.
                          Nafas Erin tersekat-sekat seakan menyembunyikan keseduan yang menimbul.Dia bingkas beredar pantas dari situ.
                          “Erin!!...”
                          Pandangan Qistina dan Dora bertaut seketika.Mereka risau terhadap perubahan sikap Erin saat itu.Kenapa dengan Erin?


Bersambung..                  

Wednesday 8 October 2014

Pelangi - rihin_cs

Kepagian itu,
Suram, kelam tidak bercahaya
Merindui kamu,
Sepi, sunyi sungguh merana

Dinding langit tidak lagi cerah
Hanya mendung luka tak berdarah
Mentari telah menampakkan tirai
Di mana pelangi?

Sungguh, hati ini telah dimiliki
Sungguh, hati ini kepunyaan pelangi
Dalam sedih, aku gembira miliki pelangi
Dalam sendu, aku tersenyum dimiliki pelangi

Apa perlu aku menanti hujan?
Umpama pungguk rindukan bulan
Aku melihat secebis warna pelangi
Di kaki langit itu aku bernafas kembali 

Pemuda itu, dia pelangi
Menerangi perjalanan hari sepi
Ketidakpastian itu berlalu kini
Cinta ini sejujurnya untuk pelangi.



copyright © Rihin_CS
rihin7.blogspot.com

Di Penghujung Lautan Cinta : Bab 47

                                                                         (Chapter 47)
                              Tiba di banglow Datuk Syed Ahmad Yusud,Ustaz Azhari memarkirkan kereta  di depan pagar.Zara Elina keluar dari kereta lalu memerhatikan rumah tersebut.
                              ’Wah! ini rumah ke istana ni?’ Bisik hati Zara Elina.
                              “Farihah! Orangnya sudah sampai!” Laung Datuk Syed Ahmad Yusuf.
                              Datin Farihah melangkah laju ke pintu hadapan.Dia sudah tidak sabar ingin bertemu Zara Elina.Hatinya mula dipagut hiba.
                              “Assalamualaikum,apa khabar Yusuf?” Tutur Ustaz Azhari seraya tiba menghampiri Datuk Syed Ahmad Yusuf yang menyambut kedatangannya dari muka pintu rumah.
                              “Waalaikumussalam.” Mereka berjabat tangan.Datin Farihah tiba di ruangan itu.
                              “Oh..Zari,kenalkan isteri aku Farihah”
                              “Oh..apa khabar? Tahu nama je,hari ni dah kenal orangnya.” Celoteh Ustaz Azhari bersahaja.           
                              “Alhamdulillah,biasalah orang dah berumur katakana,ada rezeki nak bercucu pula.” Balas Datin Farihah mesra.
                              Datin Farihah mencuri pandangan dari belakang Ustaz Azhari.Zara Elina rasa Ustaz Azhari menarik lengannya supaya bersalam.
                              Zara Elina menunduk malu melangkah menghampiri mereka.
                              Mata Datin Farihah menetap sayu wajah cantik itu.”Zara Elina..?” Ungkapnya.Memang ada iras arwah Yuhanis.
                              “Farihah.. inilah Zara Elina.” Ujar Datuk Syed Ahmad Yusuf.
                              Zara Elina mengangkat wajah.Matanya terpana seakan-akan pernah bertemu dengannya sebelum ini.Dia segera mendapatkan Datin Farihah.Dia menghulurkan sepuluh jari untuk berjabat.Wanita itu tidak menyambutnya.Tetapi dia terus mendakap erat tubuh Zara Elina.
                              Lama Zara Elina berada di pelukannya.Bila pelukan dileraikan,kedua belah pipi Zara Elina pula dicium.”Makcik tak sangka ini rupanya Elina yang makcik kenang selama ni.”Air matanya turut bergenangan.Zara Elina turut tersenyum bercampur sedih.
                              “Makcik ingat saya?” Zara Elina berkerut.
                              Datin Farihah tersenyum nipis.”Mana mungkin makcik lupa.” Mereka membalas senyuman antara satu sama lain.
                              “Farihah.” Tegur Datuk Syed Ahmad Yusuf.”Awak pernah berjumpa dengan dia ke sebelum ni?”
                              Senyuman Zara Elina mundur.Sekejap dia memandang wajah Datuk Syed Ahmad Yusuf kemudian beralih kepada Datin Farihah.Mengharapkan wanita itu yang menjawabnya.Turut serta Ustaz Azhari yang bercekak pinggang dari tadi.
                               Wanita itu hanya tersenyum.”Tak pernah,ini kali pertama.”
                               “Ohh..” Datuk Syed Ahmad Yusuf mengangguk.
                               Ustaz Azhari memerhati sambil tersenyum.Datuk Syed Ahmad Yusud pula mengerti perasaan isterinya.Tentu isterinya terkenangkan arwah Yuhanis.Zara Elina menyalami Datuk Syed Ahmad Yusuf pula.
                               “Apa bertapak dekat luar ni..jemput masuk Zari.Minum ke makan dulu apa yang ada.” Pelawa Datuk Syed Ahmad Yusuf.
                               Datin Farihah meluru laju ke dapur semula.”Kak Kiah,angkat kuih-kuih ni hantar depan.” Arah Datin Farihah setelah tiba di ruangan dapur.
                               “Baik puan.” Mak Kiah menatang dulang hingga ke ruang tamu.


*********************************************

                               “Siapa pula yang datang ni?” Detik Syed Azri Firdaus sendirian sebaik motornya bergerak masuk ke dalam banglow.
                               ‘Yelah! Macam mana boleh lupa.Anak angkat mama dan papa tiba hari ni.’ Tekanya.
                               Syed Azri Firdaus menguci motornya.Gelak tawa serta suara sudah kedengaran dari dalam.Dia lalu melangkah masuk ke rumah seraya fikirannya melayang jauh.Kata ibubapanya berpakat untuk menjodohkannya dengan gadis itu suatu masa nanti selepas mereka sudah cukup umur berkahwin.
                               Dia mengeluh hampa.Bagaimanalah rupa bakal isterinya itu,jongang? rongak? Tak sanggup melihatnya.
                               Sebaik sahaja melangkah masuk,tiga pasang mata kalih merenungnya.
                               ‘Hah! apa!?’ Hati Zara Elina kaget.
                               ‘Hah! apa!?’ Kaget Firdaus juga.
                               ‘Ini ke rumah dia rupanya.Takkan nak mengadap muka dia ni tiap-tiap hari!’ Cebik hati kecil Zara Elina.
                               ‘Takkan nak mengadap muka perempuan ni hari-hari!?’ Cebik hati Syed Azri Firdaus juga.
                               “Ada apa yang tak kena ke? Firdaus?” Tanya Datuk Syed Ahmad Yusuf kebingungan.
                               Syed Azri Firdaus terkebil-kebil.”Ta..tak ada apa-apa papa.” Ujar Syed Azri Firdaus tidak keruan.Dia mendengus kuat segera ke tingkat atas untuk ke biliknya.
                               “Haishh budak ni..tak nampak ke tetamu dekat depan ni? salam pun tidak ini terus ke tingkat atas.” Omel Datin Farihah sebaik tiba di meja tamu.”Maafkan anak saya ye Zari.” Mohonnya.Dia mengambil tempat di sebelah suaminya.             
                               “Oh..tak ada apalah.” Ustaz Azhari senyum paksa kemudian mengerling ke arah tangga.Dapat mengenali Syed Azri Firdaus.
                                      Di bilik tidur,Syed Azri Firdaus menyalin pakaiannya.Sayup-sayup terdengar suara perbualan di tingkat bawah.”Hmm..” Gumamnya seraya mengetap bibir. 

Friday 12 September 2014

Di Penghujung Lautan Cinta : Bab 46

                                                                        (Chapter 46)
                             Ketika pulang dari sekolah.Ustaz Azhari mengambil keputusan menjemput Zara Elina pulang seterusnya melengkapkan perpindahan Zara Elina pada hari itu.Setelah gadis itu tiba di kaki lima di kawasan sekolah.Serentak dia masuk ke dalam keretanya.
                             Samar-samar itu,sepasang mata singgah ke arah kelibat mereka yang tidak jauh dari situ.Matanya mencerlung.’Ustaz?’ Desisnya dalam hati.
                            Izzul cuba berlari menghampiri..
                             “Ustaz!” Laungnya.Tubuhnya berlanggar sesama pelajar-pelajar yang di sekitarnya.Segelintir dari mereka memandang Izzul dengan tidak keruan.Sayangnya kereta kelisa yang dipandu Ustaz Azhari yang telah pun lolos pergi.Dia terlambat.
                             Izzul berhenti bergerak.Nafasnya turun naik.Dia berkeluh sebentar.
                             ‘Bila masa Ustaz ada anak? tak silap lagi..’ Detiknya.Dia tahu jangkaannya tidak silap.Itu memang benar-benar Ustaz Azhari!

********************************************

                             Tiba di rumah,Zara Elina bersiap untuk berpindah.Mungkin hari ini hari terakhir dia berjumpa dengan Ustaz Azhari.Tambahan pula,dia tidak berkesempatan mengucapkan terima kasih kepada makcik Zainab yang tiada di rumah kerana pulang ke kampungnya di Tanjong Malim Perak kerana khabarnya orang tuanya di kampung jatuh sakit sejak kebelakangan ini.
                             Tidak dapatlah dia bersemuka dengan wanita itu lagi kerana memberi banyak bantuan dan layanan yang baik sebelum ini selama mereka menjadi jiran.
                             Setengah jam kemudian,Zara Elina melangkah ke halaman rumah.
                             “Eli dah siap?” Sapa Ustaz Azhari lalu melangkah ke luar rumah.
                             “Dah” Jawabnya ringkas.Entah kenapa,hatinya berdebar-debar,bagaimanalah reaksi ‘bakal keluarga’ dia agaknya.Garang? baik hati? Sombong? Tapi apa yang tidak dia ketahui,keluarga tersebut tidak sabar menanti kehadirannya.
                             Selang beberapa minit,dia pergi meninggalkan rumahnya.Tamat sudah kehidupan ceritanya di situ.

*******************************************

                             Datin Farihah menyelak perlahan jendela di ruang tamu rumahnya.Dia kemudian berpaling ke arah Datuk Syed Ahmad Yusuf yang tidak kalih menatap akhbar.
                             “Abang tadi kata si Zari ni on the way, tapi kenapa tak sampai-sampai lagi ni?” Katanya.
                             “Sekejap lagi sampailah tu..awak ni tak sabar-sabar pula.” Balas Datuk Syed Ahmad Yusuf.
                             Datin Farihah bermundar-mandir.Dia mengelamun seketika.Tidak dapat membayangkan keperitan hidup Zara Elina semasa dahulu hingga kini.Dia tidak sabar bertemu Zara Elina.Bagaimanakah orangnya? tinggi ke rendah? gemuk ke kurus? yang pasti Zara Elina tentu secantik dan sebaik arwah Yuhanis.
                            
*******************************************



                             Syed Azri Firdaus dan Khairy memilih untuk minum di sebuah restoran Kopitiam di sekitar SS15 Subang Jaya di situ.Setelah mengambil pesanan.Mereka berbual kosong.Namun,Syed Azri Firdaus tidak banyak bercakap pada hari itu.Khairy hairan.
                             “Kau fikir pasal anak angkat bapak kau ke ni?” Tanya Khairy.
                             Syed Azri Firdaus kalih memandangnya.”Kenapa?” Dia menghempaskan keluhan.”Kau ingat aku nak fikir sangat ke siapa,dari mana.Itu bukan aku punya hal lah.”
                             Khairy menjeling.Entah apa yang buntu di fikiran sahabatnya itu pun dia tidak tahu.
                             “Khairy,kalau kita mari sini.Nak cakap pasal perempuan tu punya hal.Jangan buang masa aku.Ini semua kehendak parents aku.Mahu ke tak mahu diorang nak libatkan aku juga.Macam benda ni bukan perkara kecil je!” Leter Syed Azri Firdaus.Dia mencampakkan renungannya jauh.
                             “Alaah..kau sendiri pun tak suka nak libatkan hal family kau ni,so chill lah..kau tutup telinga je lah kalau parents kau sebut pasal anak angkat diorang tu lagi.Diorang nak ambil ke,nak angkat ke.Itu bukan kau punya pasal.”
                             Syed Azri Firdaus mencerlung laju memandang Khairy.”Apa kau cakap ni?”
                             Khairy mengerut dahi.
                             “Memanglah boleh kau cakap macam tu.Mungkin kau tak sayang family kau,tapi aku sayang family aku! hal diorang tu jangan nak beranganlah kalau kau taknak diorang libatkan aku.” Herdik Syed Azri Firdaus bengang.
                             Khairy mengangkat kedua belah tangannya meminta bertenang.”Alright! chill lah..!” Cuba bermanis muka.’Nampak besar pula masalah kawan aku ni.’ Bisik hati kecilnya.
                             Syed Azri Firdaus menghela nafas ringan.”Sorry..sudahlah! tak payah cakap pasal tu lagi.” Api kemarahannya sudah hilang.
                             “Eh Khairy, tadi masa rehat Nadirah jumpa kau buat apa?” Celah bicaranya.
                             “Kenapa? Kau cari Zara Elina ke masa tu?” Khairy cuba berceloteh.
                             “Ish..kau ni.Aku tanya je.Sebab aku tengok muka kau lain pula hari ni.” Ujar Syed Azri Firdaus lalu menyedut minumannya dengan stro.
                             Khairy mengangkat kening.Mungkin betul juga apa Syed Azri Firdaus katakan,malahan sahabatnya itu pun tidak tertumpu dengan kata-kata yang dia ungkapkan sebentar tadi.
                             “Entahlah.” Khairy mengendah.”Bukan ke kau kata nak pulang awal hari ni?”
                             “Memanglah.Kau pun dah nak balik juga ke sekarang?”
                             Khairy bangkit dari kerusi.”Aku nak bla ni.Okeylah..anyway,jumpa esok okey?” Mereka berjabat tangan kemudian Khairy mencapai topi keledarnya lalu melangkah meninggalkan tempat duduk di situ.Syed Azri Firdaus masih duduk terpaku di kerusi itu.Dia mengamati kelibat Khairy hingga hilang dari pandangannya di situ.

                             Kalaulah dia boleh memberitahu Khairy hal sebenar tentang Awani,alangkah baiknya.Syed Azri Firdaus kenal Awani? tidak juga.Tapi dia tahu peristiwa tentang Awani.Dan apa yang sebenarnya terjadi kepada Awani beberapa tahun yang lalu, bukan salah Khairy, bukan juga salah Awani..Dia berkumat-kamit.’Nadirah boleh tolong ke?’ tanpa sedar.Dia termenung jauh.

Di Penghujung Lautan Cinta : Bab 45

                                                                         (Chapter 45)
Esok…
                              “Mungkin ada patutnya Uncle kau buat macam tu.Kau tak payah fikir sangat..” Nurin memujuk Zara Elina yang bermonyok muka.
                              Zara Elina berkeluh.”Dia bukannya nak bagitahu aku awal-awal.Semalam beritahu,hari ini kena pergi.” Suaranya jelas mendatar.
                              “Elina,dia pergi,kau tak patut sedih.” Lirih Nadirah.”Fikirkan kitorang juga,kalau kau pergi,kitorang pun sedih.”
                              Zara Elina rasa tersentuh mendengar kata-kata Nadirah.Dia membisu.Dia juga terfikir tentang nasib sahabatnya.Mungkin perpisahan dengan Ustaz Azhari boleh dia anggap sebagai satu pengorbanan buat Nadirah mahu pun Nurin.Cuma hatinya berat untuk meratapinya.Dia sayangkan Nurin,Ustaz Azhari juga.Hatinya keliru.
                              “Elina jangan pergi,janganlah pergi!” Rintih Nurin perlahan.Zara Elina sedikit tersentak.Nurin mendakap kedua belah tangan Zara Elina.”Kita baru je kenal.Lepas tu kau pula nak pergi.” Luahnya.
                              Perlahan-lahan Zara Elina mengulas senyuman lalu tergelak kosong.”Bila masa aku cakap aku nak pindah? Kau ni buat aku nak tergelaklah Nurin.”
                              Terlihat Zara Elina senyum.Nadirah dan Nurin turut tersenyum.Malah dia antara mereka sebenarnya tidak kehilangan apa-apa.Perbualan mereka tanpa sedar sudah menghampiri waktu rehat.
                                “Rehat ni kita tak pergi port mana-mana tak?” Tanya Nurin.
                                “Ada.” Nadirah mengangguk laju.”Jom pergi kawasan padang nak? meratap je dekat kantin ada apa kan?” Dia berkalih ke Zara Elina.
                                Zara Elina langsung bersetuju.
                                 Setelah melangkah ke luar kelas.Suasana sesak sedikit dikerumuni pelajar-pelajar yang lalu-lalang di koridor.
                                 “Eh,korang nak ke kantin ke?” Zara Elina bertanya.
                                 Nurin dan Nadirah serentak mengangguk.
                                 “Kenapa Elina?
                                 “Eh,tak apalah.Boleh aku nak ke padang sekejap?” Zara Elina seakan berdalih.
                                 “Kalau macam tu,aku pergi kantin sorang.Nadirah ikut..”
                                 “Eh,tak apa..” Nadirah memintas.”Aku nak ke kantin sekali,sorry.Tak apa kan Elina?”
                                 Zara Elina tidak mengambil kisah.Mereka pun bersurai selepas itu.Zara Elina terus berjalan mengabaikan arah yang dituju.

*************************************************

                                 Zara Elina berdiri memakukan diri di bawah sebatang pokok di tepi persekitaran padang itu.Semasa melemparkan renungan jauhnya.Tanpa dia sedar,seseorang melangkah perlahan menghampirinya..
                                 “Elina selalu duduk termenung di sini ke?” Suara lelaki itu amat mengejutkan Zara Elina.Entah bila lelaki itu menghampirinya,dia sendiri tidak sedar.
                                 Apabila dia kalih melihat.Hatinya mula tidak enak.
                                 “Pandangan dekat sekolah ni memang bersihkan.Cantik,aman hati bila kita pandang.Saya pun sukakan macam ni.” Tutur lelaki itu.Matanya tidak menerus memandang Zara Elina.
                                 Zara Elina bersenyum paksa.Dia mula merasa tidak selesa.Rasa menyesal di dasar hatinya kerana memilih untuk bersendirian seketika tanpa mengikut Nurin dan Nadirah tadi.Hari ini dan semalam dia terserempak dengan lelaki itu.
                                 Zara Elina mahu melangkah pergi tetapi menjarakkan sedikit kedudukan antara mereka dulu.
                                 “Takkan Elina sorang je? kawan-kawan yang lain mana?”
                                 Zara Elina hanya mengangguk.
                                 “Kenapa?” Zara Elina diam tidak berjawab.Keluhannya berat.Dia mahu pergi..
                                 “Nama saya Nasir..oh,Elina tahu? Kalau..”
                                 “Maaf,saya kena pergi dulu,bimbang kawan-kawan saya cari mana pula nanti.” Zara Elina melangkah laju terus tanpa berpaling ke belakang.
                                 Zara Elina memejamkan mata.Sudah tentu apa yang dijangkanya.Bau asap tembakau yang masih bersisa di badan lelaki tadi masih dapat dihidu.Kuat merokok.Tidak sangka dia adalah pelajar lelaki yang ditemuinya semalam.Menghampirinya dengan kata-kata yang manis.

                                 Pada masa yang sama.Nasir merenung kelibat Zara Elina sehingga hilang daripada pandangan.”Sial..!”

Sunday 1 June 2014

Di Penghujung Lautan Cinta : Bab 44

                                                                         (Chapter 44)
                              Zara Elina menanti di gazebo rumah.Hampir jam 4.00 petang,Ustaz Azhari sudah tiba di rumah.Setelah melangkah masuk,dia menghampiri Zara Elina yang duduk di meja halaman.Perlahan-lahan dia melabuhkan punggung di kerusi itu.Nafas keluhannya berat.
                              “Eli..” Ustaz Azhari mula bersuara.Fikirnya,inilah masanya untuk dia meluahkan isi hatinya.
                              Zara Elina mengangguk sedikit.Menunggu kata-kata untuk diteruskan oleh Ustaz Azhari.
                              “Eli akan tinggal dengan satu keluarga nanti.Pakcik nak pindah ke Terengganu.” Ungkap Ustaz Azhari.Zara Elina sedikit tergamam.
                              Ustaz Azhari beristighfar berulang kali di dalam hati.Dia sudah meneka apakah reaksi Zara Elina bila dia mengungkapkan.
                              “Ta..tapi kenapa pakcik? kalau nak pindah pun mesti Eli ikut sekali.” Tanya Zara Elina.
                              “Tak boleh,pakcik nak Eli kekal dekat sini.dah 3 tahun kita di Subang Jaya ni.Nak berpindah sekolah.Harus keluar duit lagi semata-mata untuk setahun ini.” Terang Ustaz Azhari .
                              Zara Elina serak.”Susahlah macam ni.Eli tak tahu nak cakap macam mana..”
                              “Keputusan dah dibuat.Eli akan tinggal dengan keluarga kawan pakcik.Dia pun dah menanti Eli.”
                              “Kawan pakcik yang mana?”
                              “Yang datang berkunjung sabtu lepas.Kasihan dia,dia pun tak ada anak perempuan..” Lirih Ustaz Azhari.
                              Zara Elina diam mengingatkan kelibat seorang lelaki yang hadir ke rumahnya dalam beberapa hari yang lalu.Jarang sekali Ustaz Azhari menjemput rakan-rakannya berkunjung malah bertapak di rumahnya.Mungkin hubungan akrab yang terjalin sesama mereka.Itu sebab dia datang ke rumah ini.
                              “Eli tak kenal dia.Macam mana Eli nak tinggal dengan dia? kenapa pakcik buat keputusan nak tinggalkan Eli sorang-sorang dekat sini? kenapa tak bawa Eli ke Terengganu sekali?” Bertalu-talu pertanyaan Zara Elina.Sukar untuk dia pasrah tentang hal itu.
                              Ustaz Azhari diam membisu.Dia tunduk merenung lantai.Amat berat pula dia mahu mengungkapkan perkara yang sebenar.Dia bukannya tidak mahu berterus-terang.Cuma bimbang yang Zara Elina akan berkecil hati tentang hal itu.”Tak apalah Eli.Ikut saja cakap pakcik.Uncle Yusuf tu baik orangnya.”
                               “Pakcik tahu Eli tak suka.Kalau Eli sayangkan pakcik sekali pun.Tolonglah faham pakcik.Pakcik minta maaf kalau benda yang pakcik rancangkan semua ni..”
                               “Cukuplah! Eli tak percaya yang pakcik sanggup buat macam ni!” Zara Elina seakan membentak.
                               Dia melangkah laju masuk ke rumah.Air matanya merembes,tapi ditekup mukanya seakan tidak mahu dilihat oleh Ustaz Azhari.Dia amat sedih.
                               Kedengaran bunyi pintu bilik berdentum.Ustaz Azhari sedikit tersentak.Bagai tidak percaya yang Zara Elina akan berasa terpukul.Boleh dikatakan kali pertama dia melihat Zara Elina marah,membentak-bentak.Jauh beza dengan sikap biasanya yang lembut dalam berbicara,pasrah dan bertawakal dengan apa-apa nasib yang menimpanya.
                               Zara Elina berkurung di dalam bilik.Melayani perasaannya.Perasaannya mudah tersentuh dan terhiris.Hatinya yang luhur.Dia menangis teresak-esak.Dalam diam,hatinya cuba redha dan menerima dengan semua itu.

*************************************************

                               Syed Azri Firdaus tiba di rumah beberapa minit.Dia melangkah masuk segera ke tingkat atas.Datuk Syed Ahmad Yusuf yang baru beberapa minit sebelum itu sampai ke rumah sempat mengerling ke arah anaknya.Dia terus mematikan televisyen.
                               “Firdaus,tunggu di bilik..papa datang ke bilik nanti.” Tungkas Datuk Syed Ahmad Yusuf.
                               Syed Azri Firdaus mengeluh malas.’Papa membebel lagilah ni.’ Leternya di dalam hati.Dia terus menaiki anak tangga.
                                Setelah melangkah masuk biliknya.Dia segera menyalin seragamnya,5 minit kemudian Datuk Syed Ahmad Yusuf tiba di depan pintu bilik lalu membuka daun pintu.Syed Azri Firdaus sudah pun menanti sambil duduk di birai katil.
                                “Ya papa..kenapa?” Soalnya.Matanya tidak berkelip memandang wajah bapanya yang berkaca mata.
                                “Esok anak jagaan kawan papa akan tinggal di sini.” Tutur Datuk Syed Ahmad Yusuf seraya mencapai bangku kerusi di bilik Syed Azri Firdaus.
                                “Tinggal dekat sini?” Air muka Syed Azri Firdaus berkerut.”Berapa lama?”
                                “Untuk selama-lamanya.Do you understand right?”
                                “So,what’s the matter now? who cares papa?” Syed Azri Firdaus mengangkat kening.Inginkan kepastian.
                                “Papa mahu Firdaus bersedia untuk belajar menerima dia,berbaik dengan dia.Itu sebab Daus harus ambil tahu.” Ujar Datuk Syed Ahmad Yusuf.
                                “Tak kisahlah siapa papa.Papa nak Daus pulang semata-mata nak sampaikan benda remeh ni?” Kata Syed Azri Firdaus.
                                Datuk Syed Ahmad Yusuf mengeluh halus.”Daus akan kahwin dengan dia bila tiba saat umur kamu dan dia cukup nanti.”
                                 Mata Syed Azri Firdaus terbeliak.”Kahwin?..jangan bergurau papa.”
                                 “Ini bukan bergurau.Papa dan mama sudah rancang perkara ini lebih awal lagi.So,mulai sekarang papa mahu Firdaus berubah,buang sikap busuk hati Daus tu.Papa tak mahu Daus jadi teruk lagi.” Tegas Datuk Syed Ahmad Yusuf.
                                 Fikiran Syed Azri Firdaus mula tidak keruan.”How about Natasya? papa..”
                                 Datuk Syed Ahmad Yusuf mengangguk.”Yes,that’s why..! get rid of from her.” Balasnya sambil tersenyum.
                                 “Belum habis sekolah.Dah timbang tentang perkara macam ni.Daus tak kira,Daus tak setuju!”
                                 “Setuju atau tidak, Daus kena hadapi apa yang mama dan papa buat.” Tebak Datuk Syed Ahmad Yusuf.
                                 Datuk Syed Ahmad Yusuf bangkit dari bangku kerusi.Dia melangkah ke arah pintu keluar.Mahu beredar.”And then,Firdaus..”
                                 Syed Azri Firdaus berpaling semula ke bapanya.Renungannya kali ini seakan-akan malas.
                                 “Mulai esok,Firdaus akan ke sekolah naik kereta.Papa hantar.” Kata Datuk Syed Ahmad Yusuf.
                                 Syed Azri Firdaus membuang pandangan ke arah lain.Dia tersenyum sinis,kemudian berpaling semula ke arah bapanya.”But why? apa lagi papa nak ambil apa yang ada pada Daus?” Hatinya terpukul.
                                 “Tak akan kamu nak ke sekolah naik motor,dia sorang-sorang macam mana? naik dua orang papa fikir papa taknaklah.Kalau tanya kamu,lagi kamu taknak.So,I hope you understand Firdaus.” Kata Datuk Syed Ahmad Yusuf lagi.
                                 Datuk Syed Ahmad Yusuf membuka daun pintu.Dia berpaling seketika.”And one more thing Firdaus,kemaskan baju dan barang-barang kamu.Kita akan ke Bukit Jalil selama dua hari satu malam.” Tambahnya lagi.
                                 “Untuk apa ke sana? Daus malaslah nak berjalan hujung minggu ni.” Rungut Syed Azri Firdaus.Hatinya masih menahan sakit dengan keputusan bapanya sebentar tadi.
                                 “Papa ada projek tanah dengan Tan Sri.Papa mahu Daus ikut.” Tegas Datuk Syed Ahmad Yusuf.
                                 “Kenapa Daus kena ikut sekali? papa punya kerja,papa buatlah..jangan libatkan Daus.” Bidas Syed Azri Firdaus sinis.
                                 Datuk Syed Ahmad Yusuf menggelengkan kepala.“Papa mahu Daus ikut sekali.Sebab Firdaus yang akan ambil alih business papa.Kalau kamu ikut papa,boleh ambil pengetahuan sikit tentang kerja ni.” Bicaranya keras.
                                 “Berapa kali Daus nak cakap!? Daus tak nak! Daus malas nak cakap pasal syarikat papa tu! please,don’t force me.I’m not interested in your tourism bussines.” Jawab Syed Azri Firdaus.
                                 “Kalau macam tu..papa tarik baliklah cukai motor Nouvo S tu balik.”

                                 Syed Azri Firdaus mengeluh hampa.”Mm..yelah-yelah!”