Prologue
(Chapter 1)
(Chapter 1)
Hujan lebat mencurah-curah menemani kesunyian malam yang tiada bintang
dan bulan.Di sebuah rumah yang juga dibasahi hujan,suatu jeritan suara bergema
di dalam rumah tersebut…
“Hei
perempuan,aku nak kau keluar dari rumah ni sekarang!makan minum aku
tanggung,harta dalam rumah ni duit aku jugak.Lepastu,kau nak bising dekat aku
pulak!?”
“Ayu mohon
bang..mana tempat Ayu dengan Eli nak tinggal lagi?dalam rumah ni sahaja tempat
kami berteduh,jangan buat Ayu dan anak kita macam ni bang.”Rayu Yuhanis sambil
mendakap erat tubuh Zara Elina.
“Itu
bukan masalah aku,aku kahwin dengan kau pun sebab orang tua aku yang suruh.Sekarang
ni,kau nak merempat ke nak mengemis ke itu bukan aku punya pasal!!.”Kata cerca
dan nista itu dihemburkan kepada Yuhanis.Setiap patah kata-katanya itu bagaikan
kilat membelah hati Yuhanis.
“Ayu
mohon bang..mana Ayu nak pergi?Selain abang,Ayu tiada siapa-siapa dalam dunia
ni bang.Kalau abang tak kesian Ayu,abang kasihankanlah anak perempuan abang
ni.Eli masih kecil lagi bang.Pada siapa die nak menumpang kasih?.”Rayu Yuhanis
memohon simpati.
Kesabaran di dadanya semakin memuncak.Ditarik kasar lengan Yuhanis ke
luar pagar rumah.”Dah!kau pergi dari sini!aku taknak tengok muka kau lagi kat
sini!pergi!!.”Jeritan Hussein bergema.
“Abang..”
Panggg…
Belum
sempat Yuhanis berkata,tapak tangan Hussein singgah di pipinya.Berkesan merah
tamparannya di pipi Yuhanis.Setitik darah pekat terbit di hujung bibirnya.
“Diam!!!sekarang jugak kau berambus!!kau ambil anak kau dan
berambus!!”.Ditolak tubuh Yuhanis yang masih memeluk kakinya.
Esak
Yuhanis semakin kuat.Air mata bertambah deras berjujuran.Sampai hati Hussein membuat begitu padanya hanya isterinya menanya kelakuan dan
wang ringgit yang haram melimpahi dirinya.Tidakkah dia tahu bahawa isteri dan
anaknya dimakan dengan rezeki yang tidak halal?,kini Yuhanis dan anaknya
menjadi mangsa tekanan dirinya sendiri.Sehingga sanggup menghukum Yuhanis dan
anak dari darah daging sendiri,begitu cetekkah iman di dadanya?
Tiada
apa lagi ungkapan untuk memujuk suaminya.Mungkin takdir Tuhan sudah menetukan
bahawa die harus membawa diri,dia pasrah.Dia redha dengan apa yang ditentukan
olehNya..
Dengan
sedu-sedan yang masih kuat.Dia membawa anak kecilnya yang masih sayu di
tubuhnya ke dukungannya.
“Shsss…Tidur sayang.”Dipujuk anak kecilnya itu untuk lena.Air matanya
turut tidak henti menitis.
Wajah
suami direnungnya sayu.Dibiar hujan membasahi dirinya.Memang hakikatnya dia
tidak pernah dicintai oleh suaminya sejak kahwin lagi.
Akhirnya,dengan berat hatinya.Yuhanis meninggalkan rumah teres 1 tingkat
itu.Untuk kali terakhir,dia merenung ke arah rumah yang tersergam yang pernah
menjadi mahligai bahagia mereka sekeluarga.
Dia tidak akan patah semangat untuk meneruskan hidupnya walau anak dan dirinya dibuang keluarga.Mungkin ada hikmah disebaliknya,hanya Allah SWT yang maha mengetahui.
Entah ke
mana hala tujunya,dia sendiri tidak tahu.Yuhanis mengharungi perjalanan dengan
tubuhnya dibasahi dek hujan yang lebat serta guruh yang berdentum di
langit.Zara Elina terlena di dukungannya.
Yuhanis mengusap perlahan rambut anak kecil
itu.”Anakku,janganlah kamu menghadapi nasib seperti ibu alami sekarang ni.”Dicium lembut di pipi anak itu.
Yuhanis keletihan pada malam yang lebat itu,dia meluru ke arah divider jalan itu.Dia
berhenti duduk di situ,mujur dapat dia berteduh di bawah pohon pisang.
Dengan
keletihan yang teramat,Yuhanis pengsan dan situasi itu menyekat perjalanannya ke arah destinasi yang tidak dia ketahui.

No comments:
Post a Comment