Friday, 9 November 2012

Dipenghujung Lautan Cinta : Bab 2


                                                               (Chapter 2)

                       Yuhanis mula tersedar,matanya yang berbalam-balam mula terang.Dia memerhati keadaan sekeliling.Bagaikan berada di sebuah istana yang sederhana besar.
                       
                        ‘Di mana aku..?’detik hatinya.Digenyeh-genyeh kelopak mata.Keadaan tetap sama.Ruang itu amat berbeza dari rumahnya.Pelbagai barang hiasan di sudut itu selain televisyen besar yang terletak 9 ela di depannya.Malahan tempat dia berbaring berbeza.Bukan tilam empuk,tetapi sofa mewah.Yuhanis cuba bangun memandang kiri kanan,telinganya tertangkap bunyi keriangan kanak-kanak yang seronok bermain di luar rumah.Dia bangkit dari sofa itu dan meluru ke arah tingkap.
                        Dalam samar-samar cahaya pagi,dia tersenyum memandang Zara Elina bermain bersama anak lelaki yang tidak diketahuinya.Sedang asyik dia merenung,seorang wanita menyapanya.Yuhanis tersentak,dia menoleh ke belakang untuk mengetahui siapa gerangan itu.
                       “Puan dah bangun?mari Farihah ada masak bubur untuk Puan.Biar cepat sembuh.”Tegur seorang wanita anggun dan jelita menarik perlahan lengannya.Penampilannya amat cantik.Paras rupanya sejuk sesiapa yang memandangnya.Rambutnya yang ikal disanggul rapi di belakang.Dari air muka,dia dapat merasakan yang wanita ini amat sopan dengan tata tertibnya.
                        Yuhanis tergamam.”Awak ini siapa?macam mana saya ada dekat sini?.”Soalnya.Wanita itu berpaling padanya.
                        ”Puan pengsan dekat tepi jalan masa lewat malam tadi.Jadi saya bawak Puan ke sini.”Sampuk seorang pemuda sambil membetulkan tali lehernya.
                        Yuhanis kalih memandang.Dia cuba mengingatkan peristiwa yang berlaku malam tadi.Kini hatinya terhutang budi bila keluarga ini menyelamatkannya ketika pengsan lewat malam tadi.Jauh di sudut hati,dia gusar kemungkinan keluarga ini ada niat yang tak baik.
                       “Oh ye,nama saya Syed Ahmad Yusuf.Panggil saya Yusuf.Ini isteri saya Farihah.Puan siapa nama?”pemuda itu memperkenalkan diri.
                       “saya Yuhanis..”jawabnya ringkas.Air mata yang gugur malam semalam masih bersisa di pipinya.
                       “Puan dari mana?.”Tanya Syed Ahmad Yusuf.
                       “Tak usah panggil saya Puan.Encik panggil sahaja saya Ayu.”Suara Yuhanis sedikit sebak
                       “Baiklah,saya panggil Akak Ayu jelah.”Dia berpandangan dengan isterinya.
                       “Akak dari mana?.”Tanya Yusuf kembali.
                      “Saya tak ke mana dan tak tahu ke nak ke mana.”Yuhanis menangis.
                     “Tak apalah Kak.Nanti nanti je lah kita berbincang sama-sama ye?.”Celah Farihah.
                      “Papa!”.Jerit seorang anak lelaki meluru ke arah Syed Ahmad Yusuf.Anak kecil itu lantas melompat ke pelukan ayahnya.
                      “Akak,ini satu-satunya anak saya.Nama dia Syed Azri Firdaus.”Beritahunya sambil mendukung Syed Azri Firdaus.
                      “Hai little boy,Daus ada kawan baru?bawa dia ke sini.”Omel Syed Ahmad Yusuf.
                      “Kejap Daus bawak dia..”Syed Azri Firdaus turun dari dukungan ayahnya dan melangkah ke arah Zara Elina yang masih mundar-mandir di tepi pintu masuk rumah lalu ditarik anak perempuan itu.
                      “Hai sweet girl,mari datang dekat Untie sayang!.”Celah Farihah cuba melayan anak Yuhanis itu.
                      Ketika dia cuba mendukung,Zara Elina melarikan diri kepada Yuhanis yang berhampiran di situ.Farihah berpaling seraya bertanya.
                      “Anak Akak.”Yuhanis menggangguk.
                      “Berapa umur dia?”
                      “2 tahun 3 bulan.”Balasnya.
                      “Dekat-dekat umur anak sayalah..baru masuk 3 tahun.”Ujar Farihah.
                      “Ayah dia?.”Soal Farihah lagi.
                     Yuhanis membisu.Farihah merenungnya,dari air muka wanita itu dia sudah memahami apa yang ingin disampaikannya.
                      ”Tak apalah Akak.Mari Akak makan sama-sama kami,mungkin dari malam tadi Akak tak makan.”Pelawa Farihah.
                     “Mama tarikkan kerusi untuk Daus.”Omel Syed Azri Firdaus.Farihah tersenyum dengan telatah anaknya itu.
                     “Jemput duduk Kak.Nanti isteri saya buat susu untuk anak Akak.”Tutur Syed Ahmad Yusuf lembut.
                      Hati Yuhanis masih termanggu-manggu.Keluarga ini bukan sahaja berlimpah dengan harta dan wang ringgit.Bahkan,kaya dengan kasih sayang yang tidak berbelah bagi.
                     

No comments:

Post a Comment