Tuesday, 18 December 2012

Dipenghujung Lautan Cinta : Bab 21

                                                                        (Chapter 21)
                           
                              Syed Azri Firdaus menggapai-gapai kasar sesuatu.Perhatiannya fokus pada pergaulan di telefon bimbitnya.
                              “I’m sorry sayang..saya tak boleh keluar rumah sekarang ni!mama saya ada di rumah,kalau papa saya tahu nanti,matilah saya.” Kata Firdaus sedikit perlahan intonasinya.
                              “Kenapa tiba-tiba tak boleh?”
                              “Semalam lah cikgu Aidil call parents saya,itu pasal jadi macam ni!”
                              “Alasan!sudahlah,saya tak suka lelaki menipu!” Panggilan ditamatkan serta merta.
                              “Hello!..hello!” Firdaus menghempaskan keluhan.Dicampak telefon bimbit di sebelah.Merajuk pula Natasya padanya.
                              Sedang asyik dia berfiikir.’Lantaklah!pandai-pandailah aku pujuk dia nanti,bukan susah pun nak pujuk dia tu.Bagi saja barang antik settle lah.’ Desis hati Firdaus.
                              Bila fikir tentang Natasya.Teringat pula kata-kata cikgu Aidil beberapa hari yang lalu.Adakah Natasya punca dirinya berubah teruk begini?Adakah Natasya punca hidupnya tunggang-langgang?Segera dia menafikan.Firdaus mengambil semula telefon bimbitnya.Dia perlu menghantar mesej kepada Natasya.
                              Dia sendiri pun tidak faham.Tidak kerana punca Natasya membuat kehidupan dia macam ni dia tetap sayangkan gadis itu.Sayang yang teramat,dia tidak pasti sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Natasya.Kerana Natasya gadis yang pertama bertapak di hatinya?
                              Syed Azri Firdaus bangkit dari katilnya lalu melangkah ke balkoni.Tubuhnya segera disambut dengan tiupan angin yang menderu-deru.’Setiap masalah,pasti ada penyelesaiannya.’ Desisnya dalam hati.
                               Tak kira beberapa masalah pun yang hadir.Dia tetap tenang,tabah menghadapi pelbagai situasi.Tiba-tiba dia tergamam.Dia melangkah ke katilnya semula dan merebahkan tubuhnya di muka katil.Matanya merenung siling.
                                Kerana gadis ‘itu’ menjadi bala dirinya sekarang?Bila dingat-ingatkan kembali.Leteran bapanya malam semalam…
                               “Dah berapa kali papa nak kata?papa tak suka Daus berkawan rapat dengan perempuan tu!” Nada Datuk Syed Ahmad Yusuf sedikit tinggi.
                               “Tapi dengan Khairy,kenapa papa tak marah?perempuan tu dari keluarga berada,kaya,papa sendiri pun kenal dengan parents dia kan?”
                               “Itu berbeza Daus,because Natasya not suitable for you!” Sangkal bapanya pula.
                               “Buat apa berlimpah harta kalau miskin adap dan sopan?” Tambah Datuk Syed Ahmad Yusuf.
                               “But why papa?why?please give me a strong reason.” Mata Syed Azri Firdaus mencerlung.
                               “Daus selalu sahaja cuai.Dah berapa kali cikgu hubungi papa complain tentang perangai Daus.Dah muak papa tengok nama cikgu dekat recent call ni!Pergi sekolah lambat,balik sekolah awal!Tak ada disiplin!siang malam keluar je tahu!bila papa tegur sikit,dah mula membantah!” Panjang leteran Datuk Syed Ahmad Yusuf.
                               “Papa bukan Daus.Papa takkan tahu apa yang ada dekat diri Daus ni.Daus tahulah apa yang Daus kena buat.” Kata Firdaus.
                               Dia menghela nafas sebentar lalu menyambung.”Daus janji,Daus takkan buat lagi.”
                               “Papa tak perlukan janji Daus tu lagi,dah berapa kali Daus janji dengan papa macam ni tapi Daus tetap buat lagi.” Detak Datuk Syed Ahmad Yusuf.
                               Syed Azri Firdaus mengerut dahi.’Apa yang papa nak aku buat pula ni?’
                               “Daus perlukan tanggungjawab.Perkara itu yang akan lebih memotivasikan Daus,jika Daus tak seteruk ni.Janji Daus masih boleh dicapai.” Bicara Datuk Syed Ahmad Yusuf untuk kesekian kalinya.
                               Setelah dia memikirkan pertelingkahan malam semalam.Dia tidak cukup bukti untuk mengatakan ‘gadis’ itu adalah pembawa malangnya kini.Takkan Natasya?atau pun Khairy?
                               Tanpa disedari.Di luar lamunannya,Syed Azri Firdaus sudah pun lena tertidur di atas katilnya sambil memeluk patung beruang yang sudah buruk dan kusam.

******************************************
                                Datin Farihah memerhati anak terunanya di muka pintu.Dia merapatkan semula daun pintu lalu berpaling.
                                “Dia tengah tidur.” Kata Datin Farihah melalui telefon bimbit.
                                “Oh,tak mengapalah.Elakkan dia dari keluar rumah tau?Setengah jam nanti,abang call balik.”
                                “Tak usahlah serius sangat bang,dah terlena dengan baby kesayangan dia tu memang payahlah si Daus tu nak terjaga.”
                                Dari arah sana.Datuk Syed Ahmad Yusuf tersenyum nipis.”Kalau awak pun dah kata macam tu,saya call nanti-nanti je lah.Okey?”
                                “Baiklah..”Panggilan ditamatkan.Sempat kakinya mahu melangkah pergi,dia merenung seketika pintu bilik anaknya.Walau sudah beberapa tahun berlalu,Syed Azri Firdaus masih setia mengenang.Segera dia menuju ke tingkat bawah.

No comments:

Post a Comment