(Chapter 20)
Khairy berdiri
di bahagian balkoni.Matanya menerobos pandang hingga bayangan KLCC yang jauh
untuk dipandang.Dia tidak pernah muak melihat pemandangan yang sama setiap hari.Angin di situ amat kuat,menderu-deru hingga menggapai-gapai langsir di tubir balkoni itu.
Seketika
kemudian,ibunya mengetuk pintu bilik.Khairy berpaling melihat.Ibunya
melangkah masuk,langkah kaki dituju ke katil anak lelakinya.Ibunya membuka
sarung bantal dan selimut untuk dibasuh.Khairy kalih kembali merenung
pemandangan di balkoni itu.
“Apa benda Eri
berangan sorang-sorang tu?” Tegur ibunya.
Khairy tidak berpaling.Apa yang
ditanah dalam hatinya dipendam sahaja.”Tak ada apa-apa ibu,ibu takkan tak tahu.Eri memang suka duduk termenung kat sini,angin pun sedap.”
“Sudahlah
Eri,tak perlulah nak kenang-kenangkan..Yang dah berubah takkan pulih balik.”
Khairy
mengangkat bahu.Dia kurang faham cara ibunya berkata padanya.
“Kita tak boleh
mengharapkan masa berundur semula Eri.Tak mungkin.” Kata ibunya lagi sedikit
perlahan.
“Yang ibu pun tiba-tiba mengarut ni kenapa pula?”
“Jangan buat
tak faham pula.Ibu takut Eri sakit semula.” Ibunya keluar bilik.
Khairy terkulat menelan
kata-kata yang dilontarkan oleh ibunya.Adakah ibu mengatakan tentang Syakirah?.Hatinya
merintih.
*****************************************
Azman mendongak
ke atas.Cahaya matahari kelihatan panas.Terasa bahang dirinya yang berdiri di
situ.Setelah melangkah masuk,telinganya dapat menangkap bunyi batukan
ibunya.Terbit pula rasa kasihan.Jika dia dapat bekerja,ini mungkin dapat
meringankan beban ibunya untuk menyara dia dan adik perempuannya yang kecil.
Azman duduk
sebentar di sofa.Seketika itu,ibunya keluar dari bilik diiringi dengan batukan
yang tidak sudah.Dia tahu,tiba masanya untuk ibunya berniaga.
“Kenapa dengan
mak?mak sakit ke?” Azman memandang sayu wajah ibunya.Barangkali dia tidak boleh
menyandar harapan terhadap ibunya.
“Biasalah
Man,orang dah berumur macam ni lah ceritanya.” Balas Ibunya.
Azman faham itu
cuma kata-kata untuk menyejukkan perasaan dia sahaja.Ibunya seperti tidak mahu
dia memikirkan keadaan dirinya.Bila difikir-fikirkan balik.Perniagaan rojak
sahaja satu-satunya untuk menyara mereka sekeluarga.
“Kau jagalah
adik kau tu nanti,penat juga dia tolong mak siapkan ramuan semua tu.” Pesan
Ibunya.
“Mak,hujung
minggu ni Man nak cari kerjalah rasanya.”
Mata Ibunya
buntang.”Kau biar betul Man?kau tahu tak apa yang kau cakap sekarang
ni?Man,kalau harapan kau untuk teruskan belajar tu masih ada,tak payah lah kau
nak duduk fikir soal nasib kita sekeluarga ni.”
“Tapi Man duduk rumah ni bukannya dapat tolong
apa?kalau Man tak tolong mak,kira Man ni pun dikategorikan anak yang tak
gunalah.” Bentah Azman.
“Kau tak boleh
macam tu Man,hidup kita ni ibarat kais pagi makan pagi,kais petang makan
petang.Kau yang masih sekolah ni dah buat hal pula,memang tak majulah hidup
kita sekeluarga.”
“Cuma kerja
part time hujung minggu,masa hari persekolahan tak perlulah.” Azman masih
berbahas.
“Sudah lah
tu,kau ikutlah mak berniaga kejap lagi.Kau kata nak ringankan beban mak
sangat.Pertengahan bulan nanti,kau duduk rumah ni jaga adik kau.” Ibunya
beralah.
“Sekejapnya Man
dapat kerja?kenapa mak suruh Man duduk rumah pula nanti?”
“Kau tu SPM
tahun ni,miskin kaya kau tak boleh pandang sangat.Kerjaya tu lah yang penting
untuk kau.” Tungkas Ibunya .
“Kalau mak dah
cakap macam tu,mak tak perlulah risau lepas ni.”
“Kenapa pulak?”
“Kita ni kan
kais pagi makan pagi,kais petang makan petang kan?lepas Man dah berjaya akan
hadirnya kais malam makan malam.” Celoteh Azman.Ibunya tersenyum.
Bersyukur ke
hadrat illahi dia memperoleh anak yang taat dan setia seperti Azman,jauh dari
sudut hati.dia tidak mengendah keuntungan dari hidup bahagia bersama anak
seperti Azman.

No comments:
Post a Comment