(Chapter 23)
SMK SS17 Subang Jaya keesokan harinya…
Tiba waktu
rehat.Zara Elina dan Nadirah melangkah keluar kelas bersama rakan-rakan mereka
yang lain.Pandangan Zara Elina mati apabila kelihatan Syed Azri Firdaus berdiri
di sudut tangga.
‘Mungkin dia
tunggu aku.’ Bisik hatinya.Fikirannya mula bolak-balik,nak jumpa ke tak?
“Aku pergi dulu
Zara,cepatlah!lama pula dia tunggu kau nanti.” Gesa Nadirah.
Setelah Nadirah
beredar dari sisinya.Dia meluru ke arah Syed Azri Firdaus.
“Ada apa nak
jumpa saya?” Tegur Zara Elina.Mata Syed Azri Firdaus masih mencerlung padanya.
“Bagus kau
ada,ikut aku sekarang!” Lantas Syed Azri Firdaus menarik lengan Zara Elina
pergi dari situ.Zara Elina terpinga-pinga.
Di blok
berhampiran,dua pasang mata mencerlung tepat ke arah mereka.
“You see?” Kata
sahabatnya sambil mengusap lembut bahu Natasya.
Walaupun
kelibat Syed Azri Firdaus dan Zara Elina sudahpun hilang di koridor tersebut.Natasya
masih setia merenung tajam ke arah itu.Hangat hatinya mula membara.
“Don’t
worry.Aku jamin,balik nanti mungkin dia akan cari kau.Kalau attitude kau macam
ni,terlepaslah Firdaus tu.” Pujuk Sabrina cuba mententeramkan sahabatnya.
Natasya
mendengus,segera dia berpaling.
**************************************************
Tiba di belakang blok A
berhampiran laman budaya,Syed Azri Firdaus mengerling ke kiri dan kanan.Zara
Elina yang di sisinya masih tercengang.
“Cakaplah,ada
apa?” Sungut Zara Elina.
“Okey..” Syed
Azri Firdaus menghela nafas seketika.Matanya kalih merenung gadis itu.
“Kau jangan anggap aku nak
berkawan dengan kau,bercinta dengan kau,and nak berbaik dengan kau!” Tutur Syed
Azri Firdaus.
”Jadi,kenapa?”
“Aku akan
lantik kau sebagai personal manager aku.”
Zara Elina
merenungnya dengan terkebil-kebil .“Buat apa?”
Syed Azri
Firdaus meraih dagu Zara Elina lalu didongak ke atas.”Kau boleh tolong aku
tak?” Riak wajahnya berubah cemas.
“Boleh,tolong
apa?”
“Aku tak ada duit,boleh
belikan aku makanan tak?kau belanja.” Pinta Syed Azri Firdaus.
“Alaa..duit
saya tinggal 1.40 je,lupa nak minta tambahan dekat pakcik saya pagi tadi.Tak
bolehlah belanja awak.” Bungkam Zara Elina.
Syed Azri
Firdaus mengeluh.”Aku bukan suka-suka je tau nak suruh kau belanja,aku akan ganti
rugi balik.Tahu?”
Zara Elina akur.”Beli apa?”
“Bagi aku
necklace ke atau apa yang kau ada cepat.”
********************************************
Beberapa minit
kemudian,Zara Elina menuju ke perkarangan padang sekolah.Dia mencari kelibat
Syed Azri Firdaus kerana lelaki itu sudah memberitahu dia akan menunggunya di
situ.
“Terima
kasih.Lain hari aku balas balik jasa kau okey.”
Zara Elina
tersenyum hambar.Nampaknya,perlulah dia menahan lapar hingga waktu balik.
‘Dasar
perempuan bodoh,senang gila aku nak control dia.Memang sanga lah siapa nak
mengorat dia ni.’ Desis hati Firdaus.
“Kau puasakan?” Tanyanya.
“Tak adalah..”
Balas Zara Elina perlahan.
Syed Azri
Firdaus tersenyum nipis.Suka benar dia mengusik gadis itu.
**********************************************
“Haah?kau
belanja dia ke support dia?” Nadirah hampir menjerit.
“Sudah la,kalau
aku tahu takkan aku buat macam tu.”
Nadirah
mengelengkan kepalanya.Dia sendiri tidak mengerti mengapa hati Zara Elina mudah
disentuh.“Kau lapar sangat ke?”
“Dira,tolonglah
aku..aku tak makan lagi.” Rayu Zara Elina.
“Yelah-yelah,balik ni kita pergi kantin.”
“Terima kasih.”
Dia bersyukur mempunyai sahabat yang memahami dirinya seperti Nadirah.

No comments:
Post a Comment