(Chapter 24)
“Tak apalah
encik,saya kembali ke bilik saya balik.Encik fikir-fikirkanlah.” Kata pegawai
itu setelah mendapati ada serba tak kena pada air muka Ustaz Azhari.
Ustaz Azhari
menggangguk.”Bagi peluang kepada saya hingga hujung minggu ni sahaja.Saya akan
mempertimbangkan tentang soal ni.”
Sebaik sahaja
pemuda itu keluar dari biliknya.Ustaz Azhari merebahkan badan ke penyandar kerusi.Dia
melepaskan keluhan.Bagaimanalah nasib Zara Elina?mahukah anak gadis itu
mengikut langkahnya yang seterusnya ke tempat jauh?Dia berharap agar Petaling
Jaya itu destinasinya yang terakhir.Dia tidak sanggup membawa Zara Elina
berpindah.
Matanya
dipejam seketika.Sejenak itu terlintas pada fikirannya.Dia membuka kembali
kelopak mata.Mungkin Yusuf boleh tolong?
********************************************
Langkah Nurin
berpanjangan menyusuri koridor tersebut.Matanya melewati beberapa kelas di
tingkat itu.Hatinya mula resah.’Kenapa diorang semua tengok aku lain macam je?’
Gerutu hatinya.
Dia menelan air liur
sedalam-dalamnya.Mungkin dia pelajar baru mana tidaknya mereka semua
pandang.Maklumlah sudah lama dia tidak bersekolah kerajaan.
Akhirnya langkah
kakinya terhenti.Nurin masih terkumat-kamit.
“Maaf
menganggu cikgu,saya ke sini membawa pelajar baru.” Tutur pengawas tersebut.
“Okey,jemput
dia masuk.”
Setelah Nurin
melangkah masuk.Semua mata terpana memandangnya tidak berkelip tambah lagi
pelajar-pelajar lelaki.Nurin cuba berlagak setenang mungkin.Biasalah lelaki
kalau tidak pandang perempuan.
Pandangannya
mati pada suatu tempat.’Duduk je lah dekat situ,lelaki pun lelaki je lah!’
Fikiran Azman
hairan.’Kenapa kelas ni sunyi semacam je.’ Dia mengangkat muka.
Pandangan
Nurin dan Azman berpaut seketika.”Awak?” Azman bersuara.
Nurin akhirnya menghela nafas lega.Tidak apa
yang mahu diresah lagi,ada juga seseorang yang sudah dia kenali.
Zara Elina
memerhati mereka berdua.Tidak pernah dia melihat Azman bermesra dengan
mana-mana gadis di sekolah malah di kelasnya.Jika ada pun,cuma dirinya dan
Nadirah.
******************************************
Waktu balik…
“Kau perasan
tak?”
“Kenapa?”
Tanya Nadirah kembali.
“Mesra pula aku tengok
Azman dengan budak perempuan tu.”
“Aku rasa
sebab diorang dah kenal lama kot,aku tengok cara diorang pun aku dah tahu.”
“Macam orang
kayalah aku tengok dia tu.” Kata Zara Elina.
Nadirah kalih
memandang wajahnya.”Biasalah.”
“Eh!Azman.”
Tegur Zara Elina sebaik Azman dan Nurin tiba di kantin.
Azman mengerut
dahi.Tak pernah pula dia melihat Zara Elina dan Nadirah di kantin waktu balik
begini?”Hai.”
“Asal korang
ada dekat sini?ada party ke?” Soal Azman.
Zara Elina
terkedu.”Kenapa kau cakap macam tu?”
Azman
tersenyum nipis.”Tak adalah..Cuma tak pernah pula aku tengok korang berdua
dekat kantin waktu balik macam ni.”
“Baru lepas
belanja dia makan,duit dia tak ada.” Celah Nadirah.
“Aik?Elina,takkan kau
tak makan time rehat tadi kot?”
Zara Elina
menggeleng perlahan.
“Tak tahu aku
dengan dia ni,nak sangat belanja si Firdaus tu makan.Tak pasal-pasal
menyusahkan diri sendiri.” Kata Nadirah seraya merenung sayu wajah Zara
Elina.
“Then,kau
balik naik apa?” Tanya Azman kepada Zara Elina.
“Jalan kaki,naik bas pun
duit dah tak ada..”
Azman
berpaling semula ke arah Nurin.”Elina,tumpanglah dekat Nurin.Dia balik naik
kereta.Bolehkan Nurin?”
Nurin
tersenyum manis.”Mestilah boleh,Azman tak nak ikut sekali.”
“Tak
perlulah,Azman naik bas sekolah.” Ujar Azman.
“Fikir
apa?Ikut sajalah dia ni.Takkan kau nak jalan kaki pulak.” Kata Nadirah.
“Selamat berkenalan?”
Nurin menghulurkan tangan pada mereka.
“Hai,aku
Nadirah.” Katanya seraya meraih tangan Nurin.
“Nama kau
siapa?” Nurin beralih pada Zara Elina yang masih membisu.
“Zara Elina..”
Jawabnya seraya dengan senyuman mesra.
“Wah,manis
sungguh namanya betul tak Man?” Azman mengangguk setuju.
“Nadirah
taknak ikut kami sekali?”
Nadirah
tersenyum.“Lain kali sajalah okey?aku ada transport.”
No comments:
Post a Comment