(Chapter 29)
“Apa khabar
Zari?” Tutur Datuk Syed Ahmad Yusuf ramah.
“Alhamdulillah..jemputlah masuk.” Dia mengiringi langkah Datuk Syed
Ahmad Yusuf hingga meja tamu di halaman rumah.
“maaflah,rumah
aku ni kecil sikit.Aku nak beli kondominium dekat seberang jalan ni.Tapi tak
cukup bajet.Kes aku bina bumbung dengan meja halaman rumah ni.” Katanya sambil
melabuhkan punggung di kerusi.
Datuk Syed
Ahmad Yusuf ketawa kecil.”Tak apalah,rumah ni pun dah cukup baik dah.Senyap
je,takkan kau sorang je yang tinggal.” Dia menoleh ke arah pintu masuk rumah.
“Dia ada kat dapur
tengah buat air,sekejap lagi keluarlah dia.Nak menjamu bakal bapa mertua
katakan.” Seloroh Ustaz Azhari.
Datuk Syed
Ahmad Yusuf memandang lelaki itu tidak berkelip.Jika kata-kata itu menjadi
kenyataan,dia bersyukur sangat.
Seketika itu
dia menjarakkan kelopak mata lantas berpaling pada bunyi langkah.terkejut
hatinya tatkala melihat seorang gadis yang cantik!gadis itu melangkah
menghampirinya dengan sopan.Hayunan langkah sungguh lembut dan teratur.Sambil
tangannya menatang dulang.Datuk Syed Ahmad Yusuf merenung tajam padanya.
‘Cantik dan
manis sungguh gadis itu.’ Pujinya dalam hati.
“Eli ke dapur ye.Kejap lagi
kita makan tengah hari.” Tutur Zara Elina dengan suara lunak beralun.
Datuk Syed
Ahmad Yusuf memerhati setiap gerak langkah Zara Elina.Hati tuanya pula terpaut.
“Manis betul budak perempuan
tu.Berkenan juga aku kalau dia dijadikan menantu.” Ungkap Datuk Syed Ahmad
Yusuf bersahaja.
Ustaz Azhari
membisu,dia kelu tidak terkata.
*********************************************
Nurin
menggenyeh-genyeh kelopak matanya.Dia mencapai telefon bimbit di atas kabinet
sebelah katilnya.Setelah memandang skrin telefon,Nurin tersenyum
sendirian.Sudah hampir pukul 12.00 tengah hari.Waktu macam ni baru dia bangun
tidur.
Dia bangkit
lalu menyandarkan tubuhnya di tiang katil.Bila teringatkan tentang persekolahannya
semalam,dia mula menanam hasrat.Dia mahu kehidupan yang lebih tenang.Tenang
dengan segala-galanya.Nurin mengeluh perlahan lalu membuang pandangan ke tingkap.
Sejenak itu
ada sesuatu melintasi di fikirannya.Dia terus sedaya upaya melemparkan perkara
itu jauh-jauh di lubuk hatinya.Kedua belah tangannya mengusap rambut hingga ke belakang.Dia
tidak mahu mengingatkan lagi peristiwa itu.Dia berpindah ke sekolah baru dengan
hidup yang baru.Dia tidak mahu ingat!Hatinya menjerit..
“Sudahlah!kau ingat benda ni main-main ke? macam mana aku nak berdepan dengan mak bapak aku nanti?”
“Apa yang kau nak aku buat?”
“Aku tak kira.Apa-apa jadi nanti engkau kena tanggung risikonya..” Suara Nurin sedikit sebak.
“Kenapa?” Mata Hifzan mencerlung tajam.
“Ini semua
sebab kau setan!” Keras nada Nurin cuba meletakkan kesalahan itu di bahu Hifzan.
“Kenapa aku!? Kalau bukan kau semua ni takkan jadi! engkau juga nak ikut aku kan? kenapa sekarang baru engkau nak bising?” Nurin tergamam.
“Sebab kau
semua ni terjadi!sebab kau aku jadi macam ni,kau tahu apa kau buat kat Kamal,kau
tipu diri kau sendiri!kau tak boleh lari dari masalah ni.”
Tanpa
sedar,Nurin menutup telinganya.”Ini semua salah kau!salah kau!” Kata-kata itu
terngiang-ngiang di fikirannya.
“Diam!!”
Jerit Nurin.
“Ayin,ayin..kenapa
ni?” Tegur Puan Sri Zubaidah.
Nurin
tergamam untuk sekian kalinya.Dia menghela nafas.Air matanya yang sudah
membasahi di pipi dikesat kasar.Nurin terus memeluk ibunya penuh erat.
Puan Sri
Zubaidah mengerut dahi.”Kenapa Ayin menangis?siapa yang buat Ayin macam ni?”
Tanya ibunya perlahan.
Nurin diam tak terjawab.Dia harus melupakan
semua itu kerana dia bukan di sana tapi di sini.Di tempat baru,sahabat
baru,impian baru.Apa yang tinggal cuma memori pahit yang tidak bisa dipadam di
dasar hatinya.Dia berharap agar peristiwa itu tidak muncul lagi di dalam
dirinya lagi.Bukan seperti itu ia harus diakhiri.Bukan dengan sebuah tanda
tanya dan bukan dengan rasa kebencian.Dia tidak pernah berdusta,cuma dia tidak
mampu menjelaskan.

No comments:
Post a Comment