Thursday, 27 December 2012

Dipenghujung Lautan Cinta : Bab 30


                                                                                 (Chapter 30)

                               “Kenapa Ayin macam ni?” Puan Sri Zubaidah membelai rambut anak perempuannya.
                               Nurin masih termenung jauh.Tidak mampu dia meluahkan perasaannya pada saat itu.
                               “Jom ikut mama keluar jalan-jalan,makan angin dekat luar.” Nurin menggeleng lagi.Puan Sri Zubaidah mengeluh perlahan.
                               “Kenapa dengan Ayin?apa yang mama cakap semua Ayin taknak.Makan taknak,keluar rumah taknak,bercakap masalah Ayin pun taknak.Ayin merajuk dengan siapa?sampai terjerit-jerit satu bilik ni.”
                               “Ayin tak merajuk.” Jawabnya pantas.Sudah masanya untuk dia membela diri.
                               “Habis tu?kenapa sampai terjerit-jerit macam orang kena serang histeria?”
                               Air mata Nurin gugur semula.Lantas dia memeluk ibunya.Dengan esakan yang kuat.Puan Sri Zubaidah tersenyum tawar lalu membelai lembut rambut anaknya.”Shh..bertenang sayang.”
                               Nurin bersyukur sangat.Puan Sri Zubaidah merupakan ibu yang memahami perasaan anaknya.Bila dirinya ditimpa masalah,tidak perlu dipersoal panjang.Malah,dia dapat membaca apa yang Nurin rasa meskipun dia tidak mampu memahami permasalahan anaknya.
                               Setelah pelukan dileraikan.Sedaya upaya Nurin mengukir senyuman.
                               “Nanti mama suruh Mak Yam hantar makanan ke bilik Ayin ye?makan sikit pun jadilah,dari malam semalam Ayin tak makan.Takut kena serang gastrik nanti.” Tungkas Puan Sri Zubaidah seraya bangkit dari katil Nurin.
                               Nurin mengangguk perlahan.
                               
************************************************

                               Setelah menjamu hidangan tengah hari.Datuk Syed Ahmad Yusuf dan Ustaz Azhari berbual kosong di meja halaman rumah.
                               “Assalamualaikum Zari.Eli dah siap ke?” Tegur makcik Zainab sebaik tiba di luar pagar.
                               Ustaz Azhari menoleh ke pintu masuk rumah.”Walaalaikumussalam,Eli!cepat sikit.” Laungnya.  
                                Zara Elina melangkah keluar.Dalam kesempatan itu Datuk Syed Ahmad Yusuf memerhati gerak langkah gadis itu.Entah mengapa,sejuk matanya menatap Zara Elina.’Kalau kahwin dengan anak aku pun boleh juga.’ Angannya dalam hati.
                                “Pakcik,Eli pergi dulu ye?” Pamit Zara Elina segera pergi dari pagar rumah.
                                Setelah bayang-bayang Zara Elina lenyap dari situ.Ustaz Azhari dan Datuk Syed Ahmad Yusuf menyambung perbualan mereka.
                                “Apa perancangan kau lepas ni?” Tanya Datuk Syed Ahmad Yusuf.
                                “Sebenarnya,aku patut pindah ke Kuala Terengganu lah.” Ungkap Ustaz Azhari.Riak wajah Datuk Syed Ahmad Yusuf sedikit terkejut.
                                “Bila?”
                                “Minggu depan.” Ujar Ustaz Azhari.
                                “Untuk apa kau ke sana,kita bertemu tak sampai seminggu lepas tu kau kata kau nak pindah?” Berkerut muka Datuk Syed Ahmad Yusuf.
                                Ustaz Azhari tersenyum tawar.“Kerjaya aku tak serupa dengan kau.Dari sepuluh tahun lalu,bepindah randah sudah jadi sebahagian dari lumrah hidup aku Yusuf.”
                                Datuk Syed Ahmad Yusuf  terus membisu.Dia harus pasrah,bertemu dan berpisah adat manusia.Hilang pada pandangan tetapi masih berbekal di hati.
                                “Aku buat semua ni bukannya sebab aku gilakan wang dan bukan untuk diri aku sendiri.Tapi..                     
                                Datuk Syed Ahmad Yusuf menunggu ayat yang mahu keluar dari mulut Ustaz Azhari.
                                “Demi Zara Elina yang aku bela dari kecil itu.” Sambung Ustaz Azhari seraya termenung jauh.
                                Datuk Syed Ahmad Yusuf menghela nafas.”Sebenarnya begini.Tadi aku dah fikir masak-masak dalam fikiran aku.Aku nak sangat menyatukan budak perempuan tu dengan anak aku bila tiba masa yang sesuai mereka berkahwin.” Luahnya.
                                Seketika itu giliran Ustaz Azhari pula yang membisu.
                                “Aku rasa berberat hati pula bila kau kata kau nak pindah jauh.” Suara Datuk Syed Ahmad Yusuf kedengaran perlahan.”
                                “Bila kau cakap soal kahwin,aku sebenarnya..tak terfikir untuk bawa dia sekali ke Kuala Terengganu.” Ustaz Azhari bersuara.
                                Datuk Syed Ahmad Yusuf mengangkat kening.” Maksud kau?”
                                “Aku nak kekalkan dia di sini sampai bila-bila.Entahlah berat pula hati aku nak bawa dia ke sana.Mungkin aku serahkan pada jiran aku untuk menyara hidup budak perempuan tu.”
                                “Kalau macamtu lah kau kata.Boleh tak budak perempuan tu serah dekat aku?biar aku jaga dia,bela dan bawa dia tinggal dekat rumah aku?” Cadang Datuk Syed Ahmad Yusuf.Nada suaranya kembali semangat.
                                Ustaz Azhari sedikit tergamam dengan apa yang dituturkan oleh sahabatnya,namun riak wajahnya tetap seperti biasa,tampak tenang.Kelihatan Datuk Syed Ahmad Yusuf memang berhasrat mengambil Zara Elina sebagai sebahagian dari keluarganya.Perkara itu bukan saja bermain-main di benaknya saat itu.Tapi mahu ke Zara Elina tinggal di pangkuan keluarga orang lain?bersama orang yang asing dalam hidup dia.“Bukannya aku tak izinkan.Cuma..menyusahkan keluarga kau pulak.”
                                “Tak susah mana Zari.Seperti yang aku cakap sebelum ni,aku ingin menyatukan anak aku dengannya.Sambil itu,hubungan keluarga aku dengan kau boleh dieratkan.Aku akan jaga dia seperti mana aku jaga anak aku sendiri.” Tutur Datuk Syed Ahmad Yusuf bersungguh-sungguh.
                                Ustaz Azhari mengangkat bahu.Mungkin dia perlu memujuk Zara Elina untuk menetap bersama keluarga Datuk Syed Ahmad Yusuf jikalau gadis itu meraguinya.”Kalau kau pun dah beria-ia sangat,aku serahkan dia pada kau lah.Bila kau nak ambil dia?”
                                “Rabu ni lah.Taklah menganggu waktu kerja aku.”
                                “Dan ada benda lagi aku nak tahu dari kau.” Sambung Datuk Syed Ahmad Yusuf lagi.
                                “Apa lagi?” Soal Ustaz Azhari.Cukup-cukuplah dia dihulurkan pertolongan untuk menyara hidup Zara Elina.
                                “Tentang arwah ibubapa budak perempuan tu dan maklumat peribadi diri dia…”

No comments:

Post a Comment