(Chapter 32)
“Mak Kiah,sediakan saya segelas air mineral.Masukkan panadol sekali.”
Arah Datuk Syed Ahmad Yusuf sebaik sahaja dia tiba di ruangan dapur.
“Sebentar Tuan.” Balas Mak Kiah.
Datuk Syed Ahmad Yusuf melabuhkan punggung ke kerusi di meja makan.Jari
jemarinya mengurut-ngurut pada kepalanya.Dalam beberapa hari kebelakangan itu,sakit
kepalanya bertambah-tambah.
Beberapa saat
kemudian.Mak Kiah menyediakan segelas air kepada majikannya.
“Kenapa
Tuan?sakit kepala lagi ke?” Tanya Mak Kiah.
“Biasalah..orang
dah berumur.Saya ni bukan muda lagi.” Jawab Datuk Syed Ahmad Yusuf lesu.Dia
meneguk segelas air itu.
“Lambat balik
Tuan?selalunya tak adalah Tuan macam ni.”
“Saya pergi ke
bank uruskan segala-gala dokumen saya yang hilang.Naik buntu jugak memikirkan
soal yang lama.Maklumlah dah berbelas tahun berlalu,sejak Firdaus berumur 3
tahun lagi.” Tutur Datuk Syed hmad Yusuf sekadar membuka perbualan.
“Apa yang hilang
pula Tuan?selalunya tak ada kes ni berlaku dalam keluarga Tuan.” Tiba-tiba
berdegup jantung Mak Kiah seperti majikannya membuka persoalan yang semakin
lampau.
Dia takut perkara
yang disembunyikan semenjak 14 tahun yang lepas terbongkar dan terungkai.
“Saya dah
siasat soal perkara tu.Alhamdulillah,segalanya berjalan lancar.” Ujar Datuk
Syed Ahmad Yusuf.
Sengaja dia
menyemarakkan debaran yang sedang berombak di dada Mak Kiah.Ingin sekali
melihat apakah reaksi Mak Kiah selepas itu.
“Yeke?kalau
macam tu?” Soal Mak Kiah.
‘Takkan
majikan aku dah jumpa betina tu!?’ Detak hati Mak Kiah.Dia semakin tidak
keruan.
Datuk Syed
Ahmad Yusuf tersenyum sinis.Dia dapat meneka apa yang bermain-main di minda Mak
Kiah saat itu.
Dia meneguk
segelas air itu buat sekian kalinya.Kemudian diletak semula pada meja.
“Tapi
sayangnya,segala maklumat tu hilang arah serta merta.Tak tahulah dia kemalangan
ke diculik pun saya tak tahu.Petandanya pun tak ada.Saya pun malas nak siasat
kes tu lagi.” Ujar Datuk Syed Ahmad Yusuf.
“Macam tu ke?kalau
tak tahu mana perginya maklumat tu tak usahlah Tuan siasat.Buang masa
saja,lagipun saham perempuan tu pun dah lama reput.” Kata Mak Kiah.Seketika itu
dia tidak sedar dia terlepas kata.
‘Memang betul lah orang
tua ni punya angkara!’ Desis hati Datuk Syed Ahmad Yusuf.
“Jangan
risaulah Mak Kiah.Janganlah Mak Kiah risaukan hal itu.Saya pun tak rajin nak
pergi mencari anak perempuan tu.Banyak lagi kerja yang lebih penting dari
perkara tu.” Tutur Datuk Syed Ahmad Yusuf penuh dengan sindiran.
“Saya nak ke
surau sekejap lagi Tuan.Lepas isyak saya balik.” Pamit Mak Kiah segera berlalu
meninggalkan ruangan dapur.
Datuk Syed Ahmad Yusuf
mengangguk lalu bangkit dari kerusi.Gelas yang disuakan sebentar tadi diletak
ke singki.Langkah kakinya menuju ke ruang tamu.
“Assalamualaikum.” Ucap Datin Farihah yang baru muncul di muka pintu.
“Waalaikumussalam.” Balasnya.Datuk Syed Ahmad Yusuf termenung ke arah
tubir tingkap.
“Baru balik ke
bang?” Tegur Datin Farihah.Entah kenapa,air muka suaminya lain benar saat itu.
“Mari ikut
abang naik atas kejap.Abang ada benda nak cakap.” Pinta Datuk Syed Ahmad yusuf
tidak bermaya.
Dari riak
wajah suaminya.Datin Farihah dapat membaca ada sesuatu yang tidak kena.Dituruti
saja langkah Datuk Syed Ahmad Yusuf menuju ke tingkat atas.
Pintu bilik
ditolak perlahan.Datuk Syed Ahmad Yusuf melangkah mengadap balkoni.Tubuhnya
segera disambut angin senja yang menderu.Dia melepaskan keluhan.Datin Farihah
yang berada di belakangnya dapat mendengar bunyi keluhan nafas yang mendesah
itu.
“Abang,apa
benda yang abang nak cakap?cepatlah.” Desak Datin Farihah.
Soalan
isterinya tidak diendahkan.Datuk Syed Ahmad Yusuf mencapai satu briefcase di
kabinet berhampiran di situ lalu dihulurkan pada isterinya.
“Apa ni bang?”
Datin Farihah menyambut briefcase itu lalu membuka isi kandungan.
Setelah meneliti isi
kandungannya.Datin Farihah menutup mulut seolah-olah tidak percaya.Dia kalih
memandang suaminya.
“Apa semua ni
bang?” Tanya isterinya dengan nada yang sebak.
Datuk Syed Ahmad Yusuf
tidak menjawab.Wajahnya sekadar tersenyum hambar.
No comments:
Post a Comment