Thursday, 27 December 2012

Dipenghujung Lautan Cinta : Bab 31


                                                                                 (Chapter 31)
Di Sunway Piramid..

                              
                              “Kita nak ke mana lagi sayang?tak payahlah balik awal sangat.Tak puas lagilah.” Rengek Natasya manja sambil berpaut pada lengan Syed Azri Firdaus.
                              “Penatlah sayang.I keluar hari ni ada something dengan Eri,bukannya nak pergi shopping ke sana sini!” Rintih Syed Azri Firdaus seolah-olah tidak bermaya.
                              “Habis tu kita nak balik?”
                              Syed Azri Firdaus mengangguk.”Saya ke hantar awak balik?”
                              “Doesn't matter,hantar saya sampai bas stop nanti daddy saya ambil.” Ujar Natasya.Bagaikan kucing parsi dia menggesel-gesel pada rangkulan Syed Azri Firdaus.
                              Khairy di sebelah Syed Azri Firdaus menghela nafas resah.Dia umpama orang bodoh terselit di tengah-tengah antara Syed Azri Firdaus dan Natasya.
                              Habis melayang duit Syed Azri Firdaus berbelanja sakan untuk kekasih hatinya.
                              “Saya promise pukul 5.00 petang nanti saya jumpa awak balik okey?” Syed Azri Firdaus mendekatkan bibirnya ke pipi Natasya yang putih gebu.
                              Natasya tersenyum menggoda.”I love you sayang..” Katanya perlahan.
                              ‘Mengada-ngada betul perempuan ni!’ Getus benak di hati Khairy.

****************************************
                              
                              Ustaz Azhari memerhati kereta Datuk Syed Ahmad Yusuf berlalu pergi.Selepas itu,dia terus termenung pada arah jalan di mana kereta sahabatnya lalu di situ walau dia sedar tidak kelihatan lagi.
                              Fikirannya memikirkan soal nasib Zara Elina.Bukannya dia tidak sayangkan Zara Elina.Dia tidak mampu melihat Zara Elina sedih kembali.Dia tahu sampai bila-bila pun gadis itu tidak faham betapa pedih penderitaan yang menghantui dirinya..
                              “Mak bapak dia pun kamu tak tahu siapa!asal usul keturunan budak tu pun entah datang dari mana!lepas tu korang berdua nak kutip dia jadi keluarga kita pulak?kau ni dah gila ke apa Zari,Nasuha!?” Leteran Umminya pada dia dan arwah isterinya beberapa tahun yang lepas.
                              “Kami jumpa budak tu masa dia kecil lagi Ummi,kasihan budak tu.Ummi janganlah bersangka buruk pada dia.” Pujuk arwah isterinya cuba mententeramkan ibu mertuanya.
                              “Suka hatilah Ummi nak kata apa pun.Kalau kamu berdua nak sangat menyara budak tu,suka hati kamu!Ummi tak kisah,sampai bila pun jangan haraplah Ummi nak bagi muka dekat budak tu!” Keras nada Umminya.
                              Di luar sedar,Ustaz Azhari menitiskan air mata.Dia ingat lagi di rumah ibunya di kampung,pada suatu malam itu selepas dia baru mengerjakan solat isyak.Dia menghampiri isterinya dan Zara Elina yang masih berbual perlahan di beranda rumah.Ustaz Azhari tidak mahu menganggu perbualan mereka,dia menjengah di muka pintu.Dia mendengar segala-galanya..
                              “Mak Seha..” Rintih Zara Elina perlahan.
                              “Ye sayang?” arwah isterinya membelai lembut rambut Zara Elina.
                              “Kenapa nenda benci dengan Eli?”
                              Mak Seha tergamam.”Nenda tak benci Eli,dia sebenarnya tak bermaksud pun nak buat Eli macam tu.Tak perlulah Eli fikirkan semua tu okey?”
                              “Betul ke?” Nada Zara Elina lemah.
                              “Betul,Mak Seha tak pernah berbohong dengan Eli.Sampai bila-bila Mak Seha takkan sama sekali bohong Eli.” Tungkas Mak Seha.
                              Dalam kesamaran itu,Zara Elina cuba mengukir senyuman buat wanita itu,sayangnya tak terdaya.Kesedihan dirinya tak mampu diubati saat itu.Beberapa minit kemudian Zara Elina terlena di dakapan isterinya.Bertemankan gelap malam.Dari arah belakang,Ustaz Azhari merenung penuh makna ke arah gadis itu.

*********************************************

                              
                              Selang beberapa jam.Datuk Syed Ahmad Yusuf keluar dari bangunan bank itu beriringan dengan air muka serba tidak kena.Cermin matanya dibetulkan pada wajah agar kelihatan kemas.Tangannya sibuk membelek dokumen yang baru diambil sebentar tadi.Langkah kakinya laju menuju ke tempat letak kereta.
                              Deringan telefon memutuskan lamunannya.Dia menyeluk saku dan mengeluarkan telefon bimbitnya lantas dia menjawab.        
                              “Apa khabar Datuk?" Ucap kliennya sebaik sahaja panggilan dijawab.
                              "Baik,alhamdulillah.." Jawab Datuk Syed Ahmad Yusuf seperti acuh tak acuh.
                              "Maaflah saya menganggu Datuk waktu begini cuma saya nak beritahu Datuk nanti Pegawai PDRM nak adakan meeting dengan kita lusa nanti.Mereka nak teruskan discuss tentang projek dekat Puchong yang tertangguh kelmarin.” Beritahu kliennya.
                              “Oh..saya tahu itu,Qira ada hubungi saya tadi.Mungkin dia lupa beritahu awak yang dia dah maklumkan kepada saya."
                              "Saya nak pesan lagi,dalam tiga hari nanti,saya nak awak tangguhkankan meeting seterusnya pada hari yang lain.Kalau boleh lewatkan dalam sehari dua.Saya ada hal minggu depan.” Perintahnya.
                              “Hari apa Datuk nak saya aturkan?”
                              “Hari Khamis.Segala urusan yang belum,saya nak settle kan dalam satu hari itu juga.” Dia sudah tidak kisah lagi.Hangat hatinya masih membara.
                              “Sempat ke settle kan semua itu dalam tempoh satu hari?”
                              “Saya tak ada pilihan..” Jawab Datuk Syed Ahmad Yusuf ringkas.Dia malas mahu memikirkan soal kerjanya.
                              “Hari jumaat bagaimana Datuk?”
                              “Hari jumaat saya akan out station ke Golf Club di Puchong selama tiga hari dua malam.”
                              “Holiday dengan Datin ke?”
                              “Tidaklah..saya ada discussion dengan Tan Sri di sana.”
                              “Baiklah Datuk,saya akan buat tugas saya sebaik-baiknya.”
                              Panggilan ditamatkan.Wajah Datuk Syed Ahmad Yusuf kembali mencerlung.   
                        
                                     
                                
                                            

No comments:

Post a Comment