(Chapter 33)
“Assalamualaikum.” Syed Azri Firdaus meletakkan topi keledar di atas
kabinet berhampiran pintu masuk.
‘Senyap je,selalunya riuh bila aku balik lewat maghrib macam ni.’ Detik
hatinya.
Dia melangkah menuju ke dapur.’Mak Kiah tak ada?’ Syed Azri Firdaus
melihat ruang dapur tiada sesiapa lalu dia meluru ke tingkat atas.
Setelah tiba di tingkat atas,dia mencapai tombol pintu bilik.
“Lambat balik?” Sapa Datin Farihah.
Syed Azri Firdaus berpaling.”Mama.”
“Biasalah,banyak events
dengan member-member tadi.” Katanya.
Datin Farihah melangkah untuk ke tingkat bawah.Sebelum masuk ke
bilik,sempat mata Syed Azri Firdaus memerhati gerak langkah ibunya.Entah
mengapa,dia merasa aneh dengan cara Datin Farihah menegurnya.Pucat sungguh
wajah ibunya.
‘Mama menangis ke?’ Detik hati Syed Azri Firdaus.Dia melangkah masuk ke
bilik.Persoalan itu dibiarkan berlalu.
********************************************
Datin Farihah merebahkan kepalanya ke bantal di sofa.Rasa menyesal masih
berbekas di hati.Dia berharap dapat bertemu dengan gadis yang merupakan anak
kenalan rapatnya.
Dia menggunggu.Air matanya
menipis ke pipi..
“Sudahlah tu.Tak ada apa lagi yang mampu kita buat.Benda yang lepas biar
berlalu.Kita perlu tebus kesilapan apa yang kita rasa adalah sepatutnya.” Kata
suaminya lewat petang tadi.
Andai kata dia dapat bertemu dengan
Zara Elina saat itu.Mahu juga dia peluk gadis itu sekuat mana kerinduannya pada
wanita yang bernama Yuhanis.
Tanpa disedari,Datuk Syed Ahmad Yusuf muncul di belakangnya.Perlahan-lahan
jejari kasarnya memaut bahu isterinya.Datin Farihah tidak menghirau.
“Kenapa bersedih ni?” Pujuk suaminya.
Datin Farihah tidak terus menjawab.Rasa sebak di hati cuba ditenangkan
sebaik mungkin.”Kita banyak dosa dengan dia bang.Saya tak dapat bayangkan
sejauh mana derita yang dia alami masa tu.”
Datuk Syed Ahmad Yusuf tersenyum tawar.Bukan isteri dia sahaja
bersedih,tapi dia juga dapat merasa apa yang terpagut di hati isterinya saat
itu.”Kita tak boleh buat apa-apa lagi sayang,berdoa sajalah untuk mereka.”
Katanya.
“Abang fikir
dengan cara macam tu kita dapat kemaafan dari dia?” Suara Datin Farihah
seakan-akan membentak.
“Tak ada cara lain lagi dah
selain itu.Tapi tak bermakna abang nak merendah-rendahkan arwah..”
“Hidup budak tu
dalam kesusahan bang!abang tahu tak kita terlalu kejam.Kejam dalam membuat
kesimpulan.Pasal kita,mereka jadi macam ni.” Belum sempat suaminya mengeluarkan
kata-kata.Dia memintas terlebih dahulu.
“Sayang..kuatkan
iman.Jangan cakap yang bukan-bukan lagi.Kita sendiri tak bermaksud nak
hancurkan hidup dia!” Bidas Datuk Syed Ahmad Yusuf.
Air mata Datin
Farihah semakin deras berjujuran.Esaknya makin kuat.”Saya kenal sangat dengan
dia,saya faham macam mana diri dia yang sebenarnya.Abang bolehlah cakap macam
tu,sebab abang tak faham..” Nada suaranya kembali lembut.
“Kalau awak
faham kenapa awak menangis?”
Datin Farihah
mengetap bibir.Dibiarkan saja air mata mengering di pipi.Walaupun dia faham
bukan bermakna dia tidak rindu.Dia rindu sangat.
Datuk Syed Ahmad Yusuf menyapu air mata isterinya.”Kalau ada masa
nanti,abang bawa dia ke sini ye?”
Datin Farihah mengangkat muka.Dia memandang wajah suaminya.Ada persoalan
di benaknya.Samar-samar disebalik air mata yang bertakung di peluput.Wajah
comel Zara Elina ketika berusia 2 tahun terbayang di ruang mata.
No comments:
Post a Comment