(Chapter 34)
Di Flat Desa Mentari ..
Izzul
mengemas fail-fail dan dokumen penting lalu disimpan ke dalam beg.Takut juga
jika terlupa esok hari.Dia melangkah menuju ke beranda belakang rumah.Bapanya
di situ.Duduk di kerusi roda.Termenung jauh sambil mengamati pemandangan langit
yang kosong.Yang ada cuma warna langit yang kian gelap untuk menyambut waktu
malam.
Saat itu dia meraih rasa simpati
terhadap bapanya itu.Lelaki yang separuh lumpuh itu bukan lagi manusia yang
sempurna yang mampu bangkit,berdikari dengan sendirinya.Dirinya saja dijadikan
sandaran,dia tahu.Lelaki itu saja satu-satunya bapa di dalam keluarganya.Dia
tidak mempunyai ibu lagi.Dia hanya tinggal bersama bapanya.
Sambil
menarik nafas panjang,Izzul menghampiri bapanya.”Abah buat apa di sini?”
Tegurnya sambil memaut bahu bapanya.
Bapanya yang sedar akan
kemunculan anaknya di situ tidak diendahkan lalu terus menghayati
renungannya.Dia faham Izzul amat mengambil berat padanya.Selalunya,hanya pada
mereka anak beranak saja bercerita apa saja.Antara mereka berdua tidak pernah
ada rahsia.Sejak Izzul kecil lagi hingga kini,hanya dengan bapanya sahajalah
dia berkongsi suka dan duka setiap hari.
“Abah,marilah..kita masuk ke dalam.Dah nak malam ni.” Lirih Izzul.
“Sekejap lagi.Biar abah
tenangkan lagi diri abah kat sini.” Jawabnya.
Izzul
akur.Diikuti saja hati tua itu.Dia pun merasa nyaman bila berdiri di situ.Sejuk
dengan tiupan angin senja.
“Esok kau
sekolah?” Tanya bapanya.
Sedaya upaya Izzul mengulum senyuman walau bapanya tidak memandang
wajahnya.”Ya..” Jawabnya ringkas.
“Abah
harap untuk kali ini sekolah kau yang terakhir.”
Izzul
mengerut dahi.”Maksud abah?”
“Abah
taknak kau bertukar-tukar sekolah lagi.Cukuplah untuk kali ni.Kita ni bukannya banyak duit sangat nak tanggung kos pembelajaran kau tu.Ini pula,kau dah buat hal.” Luah bapanya.
Malah dia tidak kurang pendiriannya seperti seorang bapa pada orang lain.Siapa yang tidak mahu melihat anaknya berjaya?Dia juga meletakkan harapan yang sama pada Izzul.
Malah dia tidak kurang pendiriannya seperti seorang bapa pada orang lain.Siapa yang tidak mahu melihat anaknya berjaya?Dia juga meletakkan harapan yang sama pada Izzul.
Izzul
ketawa kecil.”Tengoklah..” Dia sendiri tidak pasti dengan luahan
bapanya.Sememangnya dia tidak pernah terlari dari terlibat dalam masalah
disiplin.
“Zul..” Lirih bapanya.
“Mmm..?” Izzul menunggu ayat yang mahu dituturkan bapanya.Dia membongkok
sedikit tubuhnya mengadap bapanya.
“Abah
tahu ini mungkin terbeban untuk kau.Tapi abah mohon tunaikan hajat abah.” Pinta
bapanya.
“Apa
dia?cakaplah.. “
“Tapi
kau kena janji kau takkan bagitahu sesiapa.Walau dengan budak-budak kau
sekalipun.” Kata bapanya bersungguh-sungguh.
Izzul
mengangguk faham.Dalam hatinya,ini mungkin sesuatu yang penting buat diri
bapanya.Seolah-olah terlalu rahsia.
“Hussein Abdullah.” Ungkap bapanya.
Izzul bergumam
tanda kurang faham.”Siapa tu abah?”
“Hussein Abdullah..” Lelaki itu mengulangi nama itu lagi.”Orang yang
menimpa nasib hidup macam abah juga dulu.” Sambungnya lagi.
“Jadi?kenapa
dengan dia?”
“Cari
dia..” Kata bapanya ringkas.
“Abah
tahu ke mana dia sekarang?” Tanya Izzul kurang berpuas hati.
Bapanya
menggelengkan kepala.Kurang dari 16 tahun dia di penjara,hala tuju lelaki itu
pun entah ke mana.Dia sendiri pun tidak tahu.Apa yang pasti,lelaki itu kerap
juga terlibat dalam urusan gelap.Malah,turut menjadi mangsa seperti dia.Mangsa
kekejaman oleh..
“Tapi
abah..macam mana Izzul nak cari dia?Malaysia ni bukannya kecil sangat.Lagipun
penting sangat ke lelaki tu dengan abah?” Izzul mula bingung.Bapanya tersedar
dari lamunannya.
Bapa
Izzul terus membisukan diri.Jika bukan kerana ‘peristiwa’ itu,dia tidak akan
terhegeh-hegeh menyuruh Izzul mencari lelaki itu.Dia tahu lelaki itu tidak akan
terlepas dari genggamannya.Rasa dendam sudah lama terlahir dalam hatinya.
“Dia
punya keluarga,masa tu umur Izzul baru 2 tahun.Rumah dia dekat Sungei Way,rumah
teres 2 tingkat.” Jelasnya.
“Kalau
macam tu,malam ni Izzul pergi cari rumah dia lah kat sana.Bolehkan?”
“Tak.Dia mungkin tak tinggal di situ lagi dah.Dia golongan kurang
pendapatan.” Balas bapa Izzul.
“Tanya jiran?”
Bapanya sekali lagi
menggelengkan kepala.”Tak banyak jiran yang duduk kat lorong rumah tu.Lagipun
dia tinggalkan rumah tu mungkin dah terlalu lama.Abah tak tahu sekarang ni dia
hidup lagi atau tidak.”
“Tengoklah,Izzul
usahakan.” Kata Izzul.
Izzul
menguap lalu melangkah untuk beredar meninggalkan bapanya di beranda
itu.”Okeylah abah.Izzul pergi mandi dulu.
“Zul!”
Panggil bapanya semula.
Langkah
Izzul terhenti.Dia berpaling semula.”Ada apa lagi?”
“Lelaki tu ada anak,anak perempuan.”
“Usia?”
“Cuma
jarak 8 bulan dengan kau.” Kata bapanya buat sekian kali.
Tanpa
melemparkan apa kata-kata,Izzul keluar meninggalkan tapak beranda itu.
Fikiran Izzul menerawang resah.8
bulan,bermakna dia sebaya aku?siapa pula..’Seorang gadis’.Hati Izzul berminat
mendengar lagi cerita tentang itu.Dengan kemampuannya yang sedia ada,dia cuba
membuat yang terbaik buat bapanya.

No comments:
Post a Comment