Wednesday, 23 January 2013

Dipenghujung Lautan Cinta : Bab 35


                                                                            (Chapter 35)
Keesokan hari ..
                                

                                Waktu persekolahan berjalan seperti biasa.Bagi pelajar,sekolah itu sudah seperti rumah mereka sendiri.Tempat mereka bertapak setiap hari.Beranggapan ia seakan-akan menjadi keluarga mereka.Juga tempat mereka mempelajari sesuatu yang baru dalam kehidupan mereka.
                                Tepat jam 9.35 pagi.Waktu rehat bermula.Zara Elina dan Nadirah serentak melangkah bersama menuju ke kantin.Di fikiran Nadirah,adakah hari ini akan timbulnya perasaan bahagia untuk dirinya.Bagi Zara Elina,dia tidak terfikir untuk mengingati insiden yang berlaku hari yang sebelumnya.Tidak terfikir untuk toleh ke belakang mengingatkan segala-galanya.Apa yang di fikir hidup mesti ke hadapan.
                                Tanpa disedari,Zara Elina terlanggar seseorang.Apabila mengangkat muka,terkejut juga dia.Tatkala wajah yang terpamer di hadapannya ialah Syed Azri Firdaus.
                                “Sorry..” Kata Zara Elina tergagap-gagap.
                                Langkah Zara Elina sekali lagi terhenti kerana tiba-tiba Syed Azri Firdaus menangkap kasar lengannya.Muka Zara Elina merah padam.’Berani dia pegang lengan aku,fikir aku ni perempuan murahan ke apa?’ Cebik hati kecil Zara Elina.
                                 “Ke sini.” Syed Azri Firdaus menarik Zara Elina ke tepi.Nadirah terpinga-pinga.
                                 “Dira,pergilah dulu.” Pinta Zara Elina kepada sahabatnya.Nadirah akur,seiring dengan senyuman tawar.Dia melangkah pergi.
                                 Suasana koridor itu akhirnya tidak kelihatan pelajar lalu-lalang lagi.Syed Azri Firdaus masih terdiam,tiada satu pun reaksi yang terlukis di wajahnya.
                                 Zara Elina cuba memberanikan diri memandang mata lelaki itu.Dia tidak biasa bergaul rapat dengan mana-mana lelaki sebelum ini.”Awak nak apa?” Tanyanya.
                                 Syed Azri Firdaus masih hairan dengan personaliti gadis itu.Entah mengapa gadis di hadapannya terlalu baik untuk dibuat rakan.Jauh dari sudut hati,tidak sampai hatinya mahu menyakiti gadis itu.Arghh!tapi dia peduli apa,gadis ini takkan terkecuali.’Belas Kasihan’ tiada dalam kamus hidupnya.Syed Azri Firdaus cuba melemparkan perasaan itu jauh-jauh.
                                 “Okey.” Syed Azri Firdaus kembali bersuara.
                                 “Banyak benda aku nak cakap dengan kau.so,aku tak boleh lama-lama kat sini.Tinggalkan nombor telefon kau cepat.” Katanya seraya mengeluarkan buku nota kecil dan pen dari poket seluarnya.
                                 Zara Elina memandangnya sambil tercengang.”Err..saya tak ada handphone.” Nada Zara Elina sedikit menggigil.
                                 Jawapan yang terpacul dari mulut Zara Elina membuatkan Syed Azri Firdaus terkejut.Rupa saja seperti orang kaya,tidak sangka ia di luar jangkaannya.
                                 “Kau ni datang dari ceruk mana?susahlah macam ni.Kau ni bukannya boleh percaya sangat.”
                                 “Kenapa?kalau ada yang nak cakap,cakap sajalah sekarang.Saya dah lapar ni.” Dia semakin pelik dengan kelakuan Syed Azri Firdaus.
                                 “Balik ni kau tunggu aku dekat kawasan parkir motor.Jangan tak datang pula.” Pesan Syed Azri Firdaus.Zara Elina menggangguk.
                                 “Elina!cepatlah..nanti rehat habis pula.Janganlah buang masa dengan mamat buaya itu.” Laung Nurin dari jauh.
                                 Syed Azri Firdaus dan Zara Elina kalih melihat.Tanpa berkata apa-apa,Zara Elina melangkah meninggalkan Syed Azri Firdaus dari situ.Syed Azri Firdaus masih merenung ke arah Nurin.Terlintas juga di fikirannya,patutlah dia merasa ada sesuatu yang kurang saja pada hari itu.
                                 Syed Azri Firdaus merenung tepat padanya.Dia tidak membalas ejekan Nurin.
                                 “Wei budak!” Kaki Zara Elina terhenti.Dia menoleh ke belakang.Hatinya mula geram dengan cara Syed Azri Firdaus memanggilnya.
                                 Syed Azri Firdaus berjalan beberapa langkah mendekatinya.
                                 “Siapa nama kau?” Soal Syed Azri Firdaus.
                                 Zara Elina terpempam.Sekilas dia merenung mata Syed Azri Firdaus penuh makna.
                                 ”Z..Zara Elina.” Jawabnya lalu terus beredar laju dari situ.Senyuman tidak terukir di bibir Syed Azri Firdaus.    
                                 Bagi Zara Elina,saat ini dia terasa seperti ada sesuatu yang menderu di dadanya.Perasaan yang tidak pernah wujud dalam hidupnya sebelum ini.Perasaan apakah ini?

****************************************

                                 Azman berdiri tidak jauh dari situ.Dia melihat segala-galanya.Dia juga mendengar segalanya.Malahan,dia dapat jangka apa yang meligat di hati Syed Azri Firdaus.Lelaki berambut lurus tersusuh cantik itu.Sudah lama kenal Syed Azri Firdaus,sejak dia bersekolah di situ.Walau tidak pernah bertegur-sapa,dia tahu Firdaus lelaki yang baik.Meskipun kebelakangan ini,dia banyak mencipta masalah,mengenakan Zara Elina.Tapi di dasar hatinya baik.Syed Azri Firdaus mulia seperti dirinya juga.
                                 Teringin dia mencuri peluang untuk berkongsi kehidupan bersama Syed Azri Firdaus.Dah lama dia tidak melihat Syed Azri Firdaus yang sebenar.Sejak lelaki itu hanyut diekori nafsu jahat dari Natasya,Mudah-mudahan Firdaus kembali pada dunia realitinya yang sebenar.Macam dia juga.Sememangnya dia dan Firdaus ada persamaan.Kedua-duanya terkurung oleh rasa bersalah.
                                 Azman menghela nafas tenang.Mungkinkah Zara Elina boleh tolong?

No comments:

Post a Comment