(Chapter 36)
“Kenapa masa
awal bulan awak tak masuk terus?” Encik Yahya merenung tepat ke bola mata
Izzul.
“Saya tak mula
sekolah lagi.” Balas Izzul tenang.Tiada riak curiga pada wajahnya.
“Awak tahu tak
Izzul?saya tak sanggup melihat sekolah ini dijadikan tempat berteduh bagi
golongan pelajar yang rosak disiplin.”
Izzul mengangkat muka lalu memandang
tepat wajah Encik Yahya.”Maksud cikgu?”
“Saya tak mahu
awak pindah ke sini,semata-mata melarikan diri dari nasib awak sendiri.Lagipun
banyak juga kami beri peluang pada orang macam awak ni,tetapi semuanya tidak
seperti yang kami harapkan.Awak fikir semudah itu saja ke saya membenarkan awak
bersekolah di sini?” Tungkas Encik Yahya.Sengaja mewujudkan kesan curiga pada
anak muda itu.
“Itu saya faham
cikgu.” Izzul menunduk memandang lantai.
Dari pandangan
Encik Yahya.Dengan personaliti Izzul yang berseragam sekolah,dia sendiri
meragui untuk menggagalkan hasrat Izzul.”Course apa awak ambil?”
“Sastera..”
Jawab Izzul ringkas.
Encik Yahya
mengangguk perlahan.”Baiklah,awak boleh tinggalkan dokumen ni untuk saya?”
“Saya boleh
belajar di sini?” Air muka Izzul kembali mekar.
Encik Yahya mengangguk seraya
tersenyum.”Awak boleh ke kelas awak sekarang..di blok B tingkat 3 hujung sekali
bahagian kiri.”
Izzul bangkit
dari kerusi.”Terima kasih cikgu.Saya minta diri dulu.” Pamitnya lalu melangkah
keluar dari bilik pejabat itu.
******************************************
Izzul berhenti berjalan.Dia
mengeluh seketika.Matanya kalih memandang anak tangga.Tinggal satu tingkat lagi
untuk dia jejaki.Sementara itu,dia mengambil kesempatan merayau-rayau seketika
berhampiran koridor itu.
“Sana mesti tandas.” Bisiknya
lalu melangkah menghampiri tandas itu yang terletak tidak jauh dari tempat dia
berdiri.
Izzul melangkah
memasuki tandas.Bau yang cukup menyesakkan nafas menyelubungi hingga rongga
hidungnya.Tetapi dia tidak terkejut,kerana bau itu sudah biasa bagi dirinya.Apa
lagi kalau bukan bau rokok!
Serentak itu
antara dua pintu tandas dikuak.Izzul tersentak lalu melangkah laju memasuki
antara bilik tandas itu.Dia menutup rapat pintu tandas itu.Apabila dia
memandang ke atas.Cahaya matahari dari tubir tingkap tandas menampakkan
gumpalan asap-asap menyelebungi ruang tandas tersebut.
“Yang mana?” Seorang pelajar bersuara sambil menilik penampilannya di muka cermin.
“Aalaah..yang 5 Amanah tu..” Balas seorang pelajar iaitu
sahabatnya.
“Bohsia yang kau
pungut kat luar sekolah ni pun kau tak try habis.Ini pula yang high class tu?yang
kau lagi satu,takde minah lain ke kau nak tackle?perempuan kolot macam tu jugak
kau nak!” Kutuk sahabatnya itu tanpa niat mewujudkan sebarang pravokasi.
“Tapi dia lawa siot,kau jugak cakap macam tu dulu.Tapi tak berani nak tackle..” Kata lelaki itu
tanpa kalih memandang sahabat di sebelahnya.
“Memanglah.Tapi semenjak aku tahu dia tu tak layan orang macam kita ni,tu pasal aku tak peduli pun.”
“Aku akan dapat dia!” Monolognya lalu mereka berdua sama-sama ketawa.
Kening Izzul
terjongket.’Perempuan mana diorang cakap tu?macam popular je kat sekolah
ni.’ Bisik hatinya.Dia menjengah telinganya lagi ke arah suara tersebut.
Setelah sebarang
suara tidak kedengaran.Izzul keluar dari bilik tandas itu seraya mengeluh
panjang.Dia terus beredar dari tempat itu.
**************************************
“Assalamualaikum cikgu..” Suara dilontarkan serentak dengan ketukan
pintu.
Semua mata
mengalih perhatian ke arah Izzul.Begitu juga dengan Natasya.Dia memandang Izzul
tidak berkelip.
“Mohon maaf
cikgu,saya pelajar baru.” Kata Izzul.
Cikgu itu
tersenyum.”Silakan masuk,pergilah ke tempat kamu.”
Izzul membalas
senyuman cikgu tersebut.Langkah kakinya ke arah belakang mencari tempat
duduk.Sekilas itu,matanya berpaling memandang Natasya.
Pantas Natasya
mengalih pandangannya.Segan juga rasanya lelaki itu menyedari dia
memerhatikannya.

Mane bab 37?? Omg!! Tergantung.. Kan cheong.. :(
ReplyDeletesetiap bab akan di-update kan untuk jangka masa yg cukup lama ini kerana kami akan menghadapi SPM.harap reader dapat brsabar
ReplyDeletethnx..