(Chapter 3)
Waktu rehat bermula.Di sekolah,Nashrin jarang ke kantin.Kebanyakannya dia banyak menghabiskan masa rehat bersama rakan karibnya,Irwan.Dia malas bersama Fadhil dan Badrul.Kerana baginya mereka berdua seakan-akan membuat banyak fikirannya bercelaru.Baginya,Irwan mudah untuk berbual tenang dengannya.Mereka berdua berjalan menyusuri koridor.
“Nas.” Irwan
bersuara.
“Ye,kenapa?”
Nashrin berpaling ke arahnya.
“Kau tak masuk
sekolah vokasional?” Soal Irwan.
Nashrin
mengeluh halus.”Tak,keluarga aku suruh .Cuma aku je taknak.”
“Kau ni,orang tua
sekarang ni sibuk nak keluarkan duit banyak-banyak nak suruh anak diorang
belajar..Kau pulak taknak.” Kata Irwan.Nadanya sedikit perlahan di hujung
kata-katanya.
“Aku taknak tinggalkan
tempat ni.” Ujar Nashrin.
Irwan terkerut
dahi.”Aalah..nanti kau dah kerja ke,dah berumah bujang ke,kau tinggalkan jugak
tempat ni.”
“Itu aku
tahu.” Nashrin termenung.
Bila Irwan
berkata padanya tentang sekolah vokasional dia teringatkan sesuatu..
“Kau taknak
pindah sekolah vokasional?” Dia menanyakan kepada Fitri.
“Aku ada terfikir dulu.Kalau aku pindah,aku
boleh mulakan hidup baru.Tapi aku rasa aku nak kekal kat sini sajalah.”
“Kenapa pula?”
“Dunia yang
aku berada sekarang sudah cukup bagus dah.Aku taknak semua tu hilang dekat
pandangan aku semata-mata kerana kehidupan baru.” Balas Fitri.
“Itu
kerana,Qaisara?”
“Salah
satunya..”
Nashrin
terdiam seribu bahasa.Sepertinya Fitri telah pun memuktamadkan
keputusannya.Bagaimana pula dengan diri dia?adakah dia mahu berpindah
sekolah?Nashrin terus berfikir panjang.
Melihat
sahabatnya itu membisu.Fitri bersuara..
“Kalau kau nak pergi,pergilah.”
Nashrin kalih
merenung Fitri.Jelas pandangannya sedikit meminta kekuatan.
“Itu semua
bergantung kepada diri kau sendiri.Kau sorang saja yang tahu apa yang terbaik
untuk diri kau.Bukannya orang lain.” Sambung Fitri lagi.
Bila dia
mengimbas kembali kata-kata Fitri beberapa bulan yang lalu.Dia segera mendapat
keputusannya sendiri.Sehingga kini,dia tertanya-tanya.Adakah keputusannya untuk
kekal di Smk Damansara Utama adalah keputusan yang tepat atau sebaliknya.Kerana
dia ada sebab yang tersendiri kenapa dia mahu kekal.
Sehingga ke
hari ini dia pun tidak tahu bila segalanya itu akan terjawab.Atau pun tiada
penghujungnya?memang susah untuk dia katakan ‘tidak’.
“Jom masuk ke
dalam.” Gesa Irwan setelah mereka berdua berada betul-betul di hadapan
perpustakaan sekolah.Nashrin tersedar dari lamunannya.
“Kau masuklah dulu.Aku
nak ambil angin dekat sini sekejap.” Beritahu Nashrin.Tanpa bertanya
apa-apa,Irwan akur segera melangkah masuk ke dalam.
Renungan
Nashrin di beranda itu tampak pahit jika diteliti betul-betul.Dia merenung ke
suatu arah.Kerana di situlah selalunya Afrina dan rakan-rakannya bertapak
setiap kali waktu rehat dan masa yang lain.
Alangkah
baiknya jika dia memiliki Afrina.Gadis yang dia idamkan selama ini..Fitri?baru
dia terfikir,sudah seminggu dia tidak melihat kelibat Fitri.Ke mana sahabatnya
itu menghilang?belum lagi tahun ini dia melihat Fitri di sekolah.
Nashrin
mengeluh panjang.Apa yang pasti,Fitri tidak akan sesekali mengabaikannya.Dia
tahu Fitri akan kembali berjumpa dengannya.Mungkin esok?
*******************************************
“Oh siapa dia?Min Ho?” Celoteh Farhanah.Ellia dan Laila mendengar sahaja
segala gurauan itu.
“I’m
sorry,jangan samakan aku dengan mamat tu ye?” Bidas Afrina.
Farhanah
berhenti ketawa.”Aku tahulah mamat yang tak ada kelas manalah secocok dengan
cik Afrina saya yang cute ni! hehe..” Usik Farhanah.Jari-jemarinya mencubit ke
pipi Afrina yang putih susu itu.
“Ishh kau
ni,kenapalah suka sangat pipi aku ni?” Afrina mencebik.Intonasinya tetap ceria
dan gembira.
Farhanah
menggelengkan kepala sambil tersenyum.Tiada ungkapan yang terpacul baginya saat
itu.
Senyuman
Afrina segera terpana kemudian perlahan-lahan mundur tatkala terlihat
seseorang.’Dia?’
Nashrin
berpaling ke kanan setelah terdengar bunyi langkah semakin
menghampirinya.Apabila terpandang,hatinya sedikit terkejut!baru difikirkan
sebentar tadi.Afrina sudah berada berhampiran dengannya di situ.
Sepantas itu
Nashrin mengalihkan pandangan ke arah lain apabila kelihatan Afrina sedar yang
dia cuba memandangnya.
Afrina dan
rakan-rakanya lolos melepasi kelibat Nashrin di situ.Nashrin cuba
mententeramkan jiwa raganya saat itu.’Oh Afrina..seandainya kau tahu,aku
teringin sangat memiliki kau.Adakah kau akan menerima cinta daripada manusia
macam aku ni?’ Bisik Nashrin di dalam hati.
*****************************************
Afrina
menghela nafas resah.Dia cuba memandang rakan-rakannya sedikit di sebelah.Takut
dicurigai oleh mereka padanya.Setelah itu,dia memejamkan matanya sekuat
sedikit.’Ya Allah..kenapa jantung aku selalu berdebar-debar setiap kali
terserempak dengannya?’ Rintih hati Afrina.
Ellia merenung sedikit
curiga ke arah Afrina.Kenapa kelakuan Afrina kerap berubah setiap kali muncul lelaki
itu di depannya?ada apa Afrina dengan budak itu?Detik hatinya.

No comments:
Post a Comment