(Chapter 2)
“Mak,Arin pergi dulu.” Pamit Nashrin sebelum melangkah ke luar rumah.
“Nashrin!” Laung Ibunya.
Nashrin tergamam secara spontan.Terkedu dengan cara ibunya
memanggilnya.Tidak pernah ibunya memanggil namanya dengan sebutan yang
formal.”Ada apa mak?”
“Sini,dekat dengan mak.” Arah ibunya.Nashrin akur lalu menghampiri
ibunya.
Setelah Nashrin menghampirinya.Ibunya membelai perlahan rambut
anaknya.Nashrin terkebil-kebil dengan cara ibunya.Saat itu,dia terdengar
ayat-ayat suci yang terungkap dari mulut ibunya.Selepas itu,satu ciuman
dikenakan pada dahi Nashrin oleh ibunya yang tersayang.
“Belajar baik-baik dekat sekolah tu.” Pesan ibunya.
Tidak ada kata-kata yang terbalas dari Nashrin untuk ibunya.Dia terus
pergi meninggalkan rumah.
Setelah bayang-bayang Nashrin hilang,Ibunya mengeluh halus.Antara lima
anaknya,dia paling sayangkan Nashrin.Dia sendiri pun tidak tahu
mengapa,walaupun Nashrin banyak meninggikan suara padanya,mengendah segala
nasihatnya.Nashrin tetap nombor satu dalam hatinya.Anaknya yang keempat
itu,tidak seperti adik-beradiknya yang lain.Kerana Nashrin dilahirkan dengan
keadaan yang kurang stabil suatu ketika dahulu…
“Macam mana
tuan?tuan mahu anak tuan dibedah atau tidak?pihak hospital perlukan keputusan
dari tuan,keizinan dari tuan untuk melakukan pembedahan terhadap anak tuan.”
Kata doktor itu kepada suaminya saat dia melahirkan Nashrin.
Suaminya
berfikir dengan penuh teliti.Jika pembedahan itu tidak dilakukan.Dia sebagai
seorang bapa seolah-olah seperti membunuh anaknya sendiri.Dengan kehendak
hati,dia mempersetujui anaknya dibedah.Dengan keizinan dirinya,telah
membenarkan Nashrin terus hidup hingga kini.
****************************************
“Apa khabar
Nas?kau sihat.” Tanya Ikmal ramah.
Nashrin
tersenyum manis.Dia tahu,Ikmal tidak jemu-jemu menanyakannya soalan yang sama
tiap-tiap hari.”Sihat,alhamdulillah.” Balasnya.
“Nas..” Tegur Irwan.Nashrin
berpaling.
“Teman aku jumpa
puan Aziah sekejap.Aku nak bayar yuran pibg aku.” Pinta Irwan iaitu rakan
karibnya yang sentiasa bersamanya.
Nashrin
mengangguk.Lantas dia dan Irwan segera melangkah beredar meninggalkan Ikmal dan
rakan-rakan sekelasnya yang lain.
*******************************************
“Okeylah cikgu..bayaran yang
lain saya suruh kakak saya jelaskanlah.” Terang Irwan.
Puan Aziah
mengangguk faham.”Nashrin,awak bila nak jelaskan yuran?” Dia beralih pada
Nashrin.
“Tengok dululah
cikgu.Kadang-kala lupa pulak nak cakap dekat mak saya.” Ujar Nashrin.Seulas
senyuman terukir di bibir.
Nashrin dan
Irwan melangkah serentak meninggalkan bilik guru.Semasa berjalan menyusuri
koridor.Nashrin kalih merenung blok berhampiran di situ.
Matanya terus
terpana.’Afrina?’ Bisik hati kecilnya.
Di arah
tersebut,seorang gadis tersenyum simpul melayan kerenah rakan-rakannya.Sejuk
sekali hatinya setiap kali dia memandang gadis itu.Dia sendiri pun tidak tahu
mengapa.
“Sudah-sudahlah tu Nas.” Tegur Irwan kepadanya yang dari tadi merenung
ke arah gadis itu.
“Apa yang
sudahnya?” Nashrin cuba berdalih.
“Bukan apa,kau
ni..kesianlah aku tengok kau!”
“Kenapa pula?”
Nashrin tersenyum.
“Suka
berkhayal sendiri.kau tahu tak peribahasa ni?bagai perigi mencari timba.”
Senyuman yang
mekar sebentar tadi tiba-tiba layu tatkala rakannya Irwan berkata begitu.Jauh
di dasar hati,segala-galanya memang benar.Perasaannya terhadap Afrina tidak
akan terbalas.
“Aku tengok sejak dia
sekolah kat sini.Kau pendam semua yang ada dekat hati kau pasal dia.Tapi dia
sendiri pun tak pernah bagi muka dekat kau.Entah-entah,kau wujud ke tak dekat
sekolah ni dia pun tak sedar.” Sambung Irwan lagi.
Nashrin diam seribu bahasa.Matanya
tidak kalih memerhatikan gadis itu.Sepertinya Irwan tidak cukup
mengenalinya.Walau sudah bertahun-tahun mereka berkawan,Irwan masih tidak tahu
rahsia yang dialaminya ketika ini.
Dia tahu bahawa Afrina mengenalinya.Mengenali
dirinya melalui pandangan dan pertemuan.Malah,lebih banyak Afrina mencuri
pandangnya walaupun dia sendiri yang menyukai Afrina.Adakah Afrina mempunyai
perasaan sepertinya?
Nashrin
mengeluh.Mana mungkin,dia selalu mencuri baca di blog,facebook,twitter gadis
itu.Tidak pernah satu pun tercatat di catatannya sebelum itu.
“Sudahlah,lambat pula nanti.” Gesa Irwan.
Nashrin dan
Irwan bergegas laju menuju ke kelas mereka.Sesaat dua,Nashrin cuba melupakan
kekalutan itu.Dia mahu melupakan Afrina.Ye!itulah yang dia cuba.
******************************************
Nashrin meletak begnya ke muka
meja.Kerana tidak akan kehadiran cikgu,ramai pelajar-pelajar di kelas itu
membuat hal masing-masing.Dia kalih merenung Fadhil dan Irwan yang hanya duduk
di sebelahnya manakala Fadil cuma di hadapannya.
“Wan,semalam tak ada
kerja sekolah?” Tanya Fadhil.
Irwan
mengangkat bahu.”Entahlah..kalau ada pun,malas pulak nak buat.”
Nashrin yang
mendengar perbualan dua rakannya hanya merenung tingkap sahaja.Malas mahu
menyampuk sekali.
Badrul hadir
di kelas itu,dia melangkah menuju ke tempat duduknya di sebelah Fadil.Sekilas
dia memandang tiga sahabatnya itu.Matanya hanya tertumpu ke arah Nashrin.
“Hai,Nas
termenung nampak?” Tegurnya kepada Nashrin tanpa memandang arah nya.Irwan dan
Fadhil hanya melayan perbualan mereka.
Nashrin
diam tidak membalas teguran Badrol.Seulas senyuman cuma dipamerkan kepada
sahabatnya itu.
“Hai
Nas,gerangan siapa yang kau kenang-kenangkan tu?” Usik Badrol.
Nashrin
mengangkat kening.”Siapa?”
“Anak dara mana yang tersangkut tu?”
Nashrin
sekali lagi tersenyum.Badrol dapat meneka apa yang bergayut di fikirannya
ketika itu.Irwan dan Fadhli diam,pandangan mereka bertaut sesama sendiri.

No comments:
Post a Comment