(Chapter 4)
Sebatang rokok
dikeluarkan di poket seluar lalu disepit pada bibir mulut.Liter dinyalakan lalu
dibakar pada puntung rokok.Fitri melepaskan gumpalan asap.Matanya merenung pada
pintu tandas.
Perlahan-lahan
batang rokok yang dihisap terlepas dari genggamannya.Fitri terbatuk-batuk,sudah
masuk lima kali pada hari itu dia menghisap rokok.Segala kesihatan dalam
dirinya langsung tidak difikir.Dia pun tidak tahu sehingga bila dia harus macam
ini.Selalunya bila dirinya tertekan,dia akan menghirup asap rokok.Tetapi hari
ini lain sedikit,agak terlampau juga dia menghirup asap rokok.
Otaknya
bercelaru memikirkan soal Qaisara.Mengapa kekasih hatinya seolah-olah
melemparkan dia ke tepi pada tahun ini?
“Sudikah awak
menjadi isteri saya pada suatu hari nanti?” Mesej itu dihantar pada
Qaisara.Segala kata-kata itu juga merupakan ayat yang pernah dituturkan kepada
Qaisara buat kali yang terakhir.
“Saya takut awak pulak lupa..” Itu yang dibalas
oleh Qaisara waktu lewat malam lalu.Ketika itu dia baru mendapat mesej dari
telefon bimbitnya.Yang tinggal itu sahaja,kerana itu mesej terakhir
Qaisara.Sejak itu,dia sudah tidak lagi melihat Qaisara.
Minggu lepas
dia ada datang ke rumah Qaisara untuk mencarinya..
“Assalamualaikum makcik.”
Ucapnya pada Ibu Qaisara yang sedang menyapu di hadapan berhampiran pintu
rumah.
“Waalaikumussalam,Fitri.kamu apa khabar?” Tutur Ibu Qaisara lembut.Seulas
senyuman terukir di bibir.Hubungan Ibu Qaisara dengannya begitu akrab dari dulu
lagi.Sejak dia mengenali Qaisara lagi,ibunya juga mempunyai hubungan yang baik
dengan ibu Qaisara.Oleh sebab mereka tinggal satu apartment bersama.IbuQaisara
juga mengetahui tentang hubungan rapatnya dengan anaknya,Qaisara.
“Alhamdulillah
sihat..” Balas Fitri lalu mengerling ke selipar berwarna merah hati milik
Qaisara yang terdampar di sudut kasut rumah itu.Dia tahu,selipar itu yang
digunakan Qaisara setiap kali gadis itu keluar rumah.”Sara ada makcik?” Dia
terus bertanya.Walaupun dia tahu gadis itu ada di dalam rumah.Kerana masakan
selipar itu ada di situ.
Senyuman yang
mekar di bibir terus layu dengan perlahannya.Air muka Ibu Qaisara berubah.
“Sara ada tak
makcik?” Fitri mengulangi soalannya lagi.Kali ini dengan nada yang kurang
berpuas hati.Riak wajahnya meminta jawapan.
“Er..di..dia
tak ada kat rumah,dia pergi ke rumah kawan dia.” Balas Ibu Qaisara.
“Ohh..” Seiringan
dengan itu,Fitri mengukirkan senyuman yang hambar.Dia tahu Ibu Qaisara
membohonginya,dia juga tahu Qaisara ada di rumah kerana selipar gadis itu ada
di situ.Tidak mengapa jika Qaisara tidak mahu menjumpainya.
Fitri terus
melangkah pergi.”Makcik,saya minta diri dulu ye..” Setelah berpaling.Dia mahu
menitiskan air mata,tapi cuba ditahannya sekuat hati.Apa sebab Qaisara menyuruh
ibunya membohongi dia?apa salahnya terhadap Qaisara sehingga gadis itu tidak
mahu menjumpainya?
Sudah seminggu peristiwa dia ke
rumah Qaisara berlalu.Sejak beberapa bulan yang lepas hingga ke hari ini,dia
cuba menelefon Qaisara tetapi gadis itu tidak menjawabnya.Dalam satu
hari,sebanyak 5 kali dia akan menghubungi Qaisara.Tetapi dari beberapa minggu
yang lepas sejak Qaisara menghilangkan diri dari hidupnya saat itu.Qaisara
tidak lagi menjawab panggilannya apatah lagi membalas mesejnya.
Apabila dia
cuba mencari Qaisara dengan menunggunya di luar pagar sekolah.Qaisara turut
tiada.Mana awak pergi Qaisara!?Hati Fitri merintih.
Pintu tandas
dikuak dengan perlahan.Fitri melangkah keluar,setelah melangkah ke luar
tandas.Dia menuruni tangga,dia mahu keluar dari sekolah itu sekarang.
***************************************
Tiba pada
waktu balik,Nashrin dan Irwan berjalan seiringan menuruni tangga..
“Kau ada jumpa
Asri tadi time rehat?” Soal Irwan.
Nashrin
mengangkat kening.”Kalau aku mengadap muka dia pun ada apa?” Celotehnya.Bagi
dia,berjumpa dengan Asri langsung tidak menyemat rasa gembiranya dalam hati
walau Asri adalah sahabat baiknya.
Irwan
tersenyum tawar.”Bukan apa pun..kau tahu masa kita baru balik dari library tu
aku ada masuk ke kelas dia.Bukan main rapat dia dengan budak baru tu.”
“Siapa?lelaki
ke perempuan?” Nashrin berpaling merenungnya.
“Perempuan..”
Jawab Irwan ringkas.
Nashrin
mengangguk.Mungkin gadis yang dilihatnya sebelum ini dan apa yang dikatakan
Asri lewat malam semalam.”Apasal dengan perempuan tu?”
“Asri cakap
kat aku kau suka dia,betul ke?”
Nashrin
sedikit tergamam.”Sembang.” katanya.
Irwan ketawa
kecil.Selalunya dalam persahabatan mereka sentiasa akan menuturkan ayat
sebegitu.Pendek kata,Asri membohonginya.
‘Tak ada kerja
aku nak mengorat perempuan tu,apalah Asri ni cakap kat Irwan aku yang suka!’
Getus hati Nashrin.
Langkah kaki
mereka berdua akhirnya menghampiri pagar sekolah..
Nashrin
menghela nafas.Selalu waktu begitu dia akan mengintip gadis idamannya iaitu
Afrina.Tetapi tidak pada tahun ini kerana waktu pulang persekolahannya lebih
awal dari Afrina.
‘Apa yang kau
tengah buat sekarang ni?..’ Bisik hati kecil Nashrin.
“Nas,how are
you?” Sapa Qushairi.
Nashrin
berpaling.”I’m okey.”
Qushari juga
merupakan sahabatnya.Jika lelaki itu mempunyai masalah,dia akan mencarinya
kerana dia tahu Nashrin seorang sahaja memahaminya oleh sebab Nashrin adalah
orang yang baik.Jika di saat dia merasa duka,Nashrin seorang sahaja dia
berkongsi apa pun.Tetapi tidak pada di saat dia gembira..
“Assalamualaikum Tok Wan!” Laung Qushairi pada seorang lelaki tua yang
duduk di pondok pengawal sambil memerhati pelajar-pelajar sekolah.
Nashrin kalih memandang.Lelaki tua itu tidak
menyahut laungan Qushairi sebaliknya hanya mengulum senyuman manis.
Sudah empat tahun
dia melihat lelaki tua itu berkerja di situ.Dia ingat lagi semasa dia mula
bersekolah di situ sejak tingkatan 1.Hanya kelibat Tok Wan sahaja sebagai
pengawal di sekolah itu.Adakah warga tua itu tidak bosan menghadap pemandangan
yang sama?
‘Apahal aku
dok fikir pasal orang tua ni pulak!?’ Gerutu hati Nashrin.

No comments:
Post a Comment