(Chapter 5)
Afrina
menghenyakkan tubuhnya ke sofa.Sudah berlalu dalam 20 minit setelah pulang ke
sekolah.Dalam sesaat terasa kepalanya seperti mahu berdenyut.Mengantuk agaknya.Dia
mencapai remote Astro lalu ditekan-tekan beberapa kali untuk mencari saluran
yang dia rasa berkenan.
Bila tiba di
saluran 702,Diva Universal,dia berhenti menekan.
‘Love the Sprout’ dia
meniliti tajuk di situ.’Baca title pun macam romantik je,tengok je lah!’
putusnya.
Untuk melayani
rasa mengantuknya,ditonton sahaja cerita itu.Makin lama dia menghayati cerita
itu.Filem yang ditontonnya adalah cerita
klasik,mungkin sudah lama.Tetapi cerita inggeris klasik itu pun sudah cukup
mengusik hatinya saat itu.
“Ina!” Satu
suara dari belakang memutuskan kelekaannya menonton cerita inggeris klasik itu.
Afrina
tersentak.’Tak spoil mood aku tak boleh ke Akak ni?’
Dia berpaling
memandang Kakaknya.”Apa dia?”
Seorang gadis
yang dihadapnya ialah Kakak tunggalnya,Aliyaa.Seorang yang tegas,sopan-santun
dan patuh dengan prinsip keagamaannya.Dialah insan yang disayangi Afrina dalam
kalangan keluarga mereka.
Aliyaa
melangkah menghampiri Afrina lalu mengambil tempat di sisi adiknya itu.Dia lalu
mengambil bantal kecil di sebelahnya lalu memandang wajah adiknya.“Semalam Akak
ada singgah MPH shop..”
“Oh!” Dia
baru teringat yang dia meminta agar Kakaknya membeli sebuah naskah novel
inggeris.”So,Akak dah belikan?Mana?” Afrina bingkas bangkit menegak badan
menghadap Kakaknya di sebelah.Wajahnya terlukis rasa ceria.
Aliyaa diam
seketika,dia mengeluh perlahan.”Ina..kakak,sorry okey?” Dia mengukir senyuman
tawar pada adiknya itu.Agar kekecewaan tidak timbul pada hati adik
kesayangannya itu.
Afrina
merasa hiba.Dia berpaling semula ke kaca tv menonton cerita inggeris.Buat
beberapa ketika mereka berdua senyap.Kisah ‘Love the Sprout’ yang ditayangkan
di kaca tv hilang entah ke mana.Masing-masing sibuk melayan perasaan sendiri.
“Kenapa dia
ni sampai macamni ni? Kita boleh cari lain kali kan? Lagipun bukannya jual satu
je dekat Malaysia ni.” Tutur Aliyaa memecahkan kesunyian sekejap tadi .Dia mencuit
pipi gebu Afrina lalu memalingkan sedikit tubuhnya ke sisi adiknya itu.
Wajah
Afrina masih monyok,tak bersuara.Bukan dia fikir Kakaknya itu sengaja.DIa faham
dia tidak sengaja sebenarnya.Tidak boleh juga jika dia amat mengikut kehendak
hatinya saja.Dia lalu memandang mata Kakaknya.Pandangan mereka bertautan
seketika.
Aliyaa
tersenyum memberi kekuatan pada adiknya.”Ina..” Afrina masih memandang tenang
wajah Kakaknya.”Boleh Akak baca satu puisi tak? Best, Akak ingatkan nak baca
sekali dengan Ina.”
Wajah si
Kakak direnungnya.’Puisi apa pula Akak kata ni?’ Pertanyaan itu tidak
diungkap.
Aliyaa bangkit lalu
melangkah ke arah tangga menuju ke tingkat atas.Afrina tidak mengendahkan,dia
kali semula ke arah tv menonton kisah ‘Love the Sprout’ itu balik.’Puisi apa
pulak Akak nak baca untuk aku ni?tak pernah pula dia sebut pasal benda alah tu
kat aku.’ Monolognya.
Beberapa
minit kemudian,Aliyaa kembali semula ke tingkat bawah bersama sehelai kertas A4
berwarna jingga.Berjalan menghampiri Afrina.Dia duduk semula di sebelah adiknya
seraya memandang wajahnya.”Okey,Akak nak baca ni.Dengarlah.”
‘Ingat
aku minat sangat ke benda jiwang-jiwang ni ha?’ Cebik hati kecil Afrina.Hendak
atau tidak mahu.Dia pun cuba melayani kemahuan Kakaknya.Dia mengalih pandangan
ke wajah Kakaknya.Sesaat itu dia terpandang sebuah tulisan yang dicetak di
kertas yang berada di genggaman Kakaknya.
“Akak kan wakil pidato sekolah,tak tahu ke?.” Tutur Aliyaa.
Afrina
melentokkan kepalanya di bahu Aliyaa.”So,kira Akak nak berkarya dengan Ina la
ni ye?yes,I know Akak memang hebat.”
“Hmm..yelah.Sampai ke hari ni,Mata Akak tak jemu-jemu baca puisi ni.Tak tahulah kenapa.” Afrina
mengerut dahi.Kata-kata yang dituturkan Kakaknya itu membuat hatinya terbuka
untuk mengetahui lebih lanjut tentang puisi tersebut.Ada apa dengan puisi
tu?Hatinya berbisik.
“Mana
Akak dapat puisi ni?” Soalnya.
“Cikgu bagi..” Jawab Aliyaa.Dia tidak tahu siapa yang menulis.
“Bacalah..Ina nak dengar.”
Aliyaa
meneliti satu ayat di baris atas yang merupakan sebuah tajuk.’Pandangan Pertama,Cinta’.
‘Pandangan Pertama,Cinta.’
Memang aku bukan siapa-siap bagi dirimu,
Namun
dirimu serasa sangat berarti untukku …
Sejak pertama ku mengenal dirimu, Semua yang ada di hidupku rasa lebih hidup dari semula, Mungkinkah ini.. ataukah ini dinamakan
tentang cinta?
Aku tak tahu entah apa yang aku rasa..
Bila memang rasa itu cinta,
Tak mungkin ku ungkapkan begitu saja,
Bila rasa itu hanya kekaguman sementara,
Aku takut menyakiti hatimu..
Kerana rasa cinta dan rasa suka terkadang sulit
untuk dibezakan,
Aku tak mahu ada yang terluka di antara
kita berdua,
Biarlah pertemuan itu menjadi sebuah kenangan terindah …
Sejak pertama ku mengenal dirimu, Semua yang ada di hidupku rasa lebih hidup dari semula, Mungkinkah ini.. ataukah ini dinamakan
tentang cinta?
Aku tak tahu entah apa yang aku rasa..
Tak mungkin ku ungkapkan begitu saja,
Bila rasa itu hanya kekaguman sementara,
Aku takut menyakiti hatimu..
Kerana rasa cinta dan rasa suka terkadang sulit
untuk dibezakan,
Aku tak mahu ada yang terluka di antara
kita berdua,
Biarlah pertemuan itu menjadi sebuah kenangan terindah …
Afrina
terpempam mendengar segala coretan ayat itu.Sesaat itu bayang-bayang lelaki di
sekolah tadi terlintas di fikirannya.Mm..biarkanlah.
Aliyaa
selesai membaca puisi tersebut.Entah mengapa tajuk kali ini yang didapati padanya adalah lain daripada yang lain.Dia diarah
memegang puisi itu bagi pertandingan Sajak pada hari akan datang.
“Cinta?”
Afrina mengangkat kening.Bapak jiwang budak yang tulis ni!Desis hatinya.
Aliyaa
mengerling pada jam di dinding.Pukul 2.55.Dia teringat yang dia ada berjanji
dengan rakannya untuk ke rumahnya.Perlahan-lahan dia bangkit dari sofa bersama
helaian kertas yang masih berada di genggaman.
“Akak naik
dulu,kejap lagi nak bersiap.Nak pergi rumah Kak Sheera.Adik tinggal
sorang-sorang boleh ke?”
“Keluar?aduh..
tunggu mama dengan papa balik kejap lagi tak boleh ke?”
“Mama dengan papa balik pukul berapa?”
“Hari ni
maybe awal sikit kot.Dalam kurang setengah jam nanti baliklah,lagipun papa ada
cakap dia balik awal petang ni.Kan dia nak bawak kita dining dekat Subway nanti?” Ujar Afrina.Dia menutup mulut menguap
serta-merta.
“Tak
apalah,Akak temankan Ina sekejap.”
‘Risau
sangat Kakak aku ni kat aku.’ Desis hatinya.
Aliyaa
duduk semula di sebelahnya.
Setelah
itu,mata mereka berdua kembali memandang ke televisyen.Cuba untuk
menonton.Aliyaa tidak dapat menumpukan sepenuhnya pada cerita ‘Love the Sprout’
itu.Otaknya masih ligat berfikir.Mindanya masih bersoal jawab.
‘Pasal
cinta pulak aku nak present dekat event tu nanti.’ Hatinya berkata.
Setengah
jam semakin hampir.Kelopak mata Afrina semakin berat.Aliyaa masih lagi tertumpu
menonton cerita di televisyen itu.Entah apa ceritanya.
Sesaat
matanya tertutup,dibuka balik.Seketika terlelap,dia berjaga semula.Dan
akhirnya, sesudahnya,Afrina terlelap juga di sofa itu.

No comments:
Post a Comment