(Chapter 37)
Izzul menggalas
begnya seraya melangkah keluar dari kelas tersebut.Akan tetapi,dia tetap tidak
senang dengan cara murid sekelasnya memandangnya.Macam tadi baru sahaja dia
melakukan kesalahan.
Pedulikan
sahajalah.Dia memikirkan sesuatu yang patut dia buat sekarang.Dia ingin mencari
itu..
Dia melangkah menerusi koridor di
situ.Dia melihat ada sekumpulan pelajar-pelajar Cina di hujung penjuru koridor
sana.Tidaklah terlalu ramai,hanya dalam tiga orang pelajar.
Izzul menghampiri
mereka.”Excuse me,I nak tanya.kelas form 5 sampai bangunan bahagian mana?”
Tuturnya.
“Why?” Seseorang
dari mereka bersuara.Intonasinya sedikit tinggi.
“I murid baru
dekat sini.Kelas I di koridor bahagian ini saja.Tapi cuma tiga kelas form 5
saja yang ada dekat koridor ni.Kelas-kelas yang lain mana?”
“Lu apasal mau
tanya? cari sendirilah!” Tempik pelajar itu.
Izzul tersenyum
sinis.”Takde hal.”
**************************************
“Kenapa kau
lambat?kau ingat aku tunggul ke dekat sini?” Herdik Syed Azri Firdaus.
“Maaf,tadi saya tolong cikgu uruskan
barang tadi.” Ujar Zara Elina.
“Hmm..lain kali kalau dah tahu ada kerja
tu,cepatlah sikit!” Bebel Syed Azri Firdaus lagi.
Syed Azri Firdaus
kalih merenung seketika penampilan gadis itu.’Huh,nasib baik dia pakai baju
sukan.’Dia menghempaskan keluhan.
Dia menghulurkan
satu topi keledar kepada Zara Elina.
Zara Elina
terkedu.”Kita nak ke mana ni?”
“Ambil
jelah!jangan banyak tanya.” Bentah Syed Azri Firdaus seraya menghidupkan enjin
motosikalnya.
*************************************
Mereka
berjalan-jalan di Kompleks membeli-belah itu.Kemudian mereka menjamu selera di
situ.Selepas menjamu selera,Zara Elina menuruti saja langkah Syed Azri Firdaus.
“Kita nak ke
mana lagi? saya penatlah.Saya nak balik.”Rungut Zara Elina.Mahu saja dia
menarik lengan Syed Azri Firdaus.Tapi tidak kesampaian.
“Kejap
lagilah!aku nak cari kedai handphone ni.” Balas Syed Azri Firdaus.Zara Elina
sekadar mengerut dahi.
“Awak nak beli
handphone baru ke? kenapa? handphone awak rosak?” Tanya Zara Elina tidak puas
hati.Bermacam-macam bermain di benaknya ketika itu.
“Bukan.Aku nak beli untuk kau.”
Jawab Syed Azri Firdaus seiring dengan wajah yang selamba.
“Apa? untuk
saya?” Zara Elina tersentak.
“Yelah.Aku nak
beli untuk kau.Kau tahu tak? Yang kau tak ada handphone langsung! Memang status
kampunglah kau ni.Kenapa? kau taknak?”
Zara Elina
mengeluh.”Bukannya taknak.Cuma terkejutlah tiba-tiba awak nak belikan saya
handphone.Saya bukan reti pakai pun.” Luahnya.
“Aku akan beli
handphone mahal gila.” Ujar Syed Azri Firdaus.
Zara Elina kalih
laju ke Syed Azri Firdaus.Kali ini dia tidak tahu bagaimana harus berbahas lagi
dengan lelaki itu.”Handphone mahal? Tak payahlah.Buang duit awak je.Kalau ye
pun nak beli,handphone yang biasa-biasa tu cukuplah.” Lirihnya.
“Aku taknak
handphone yang cikai-cikai.Jatuh standard aku!”
Akhirnya mereka
berdua tiba di sebuah kedai telefon bimbit.Syed Azri Firdaus memilih untuk
membeli telefon bimbit yang sama dengannya.Sony Ericsson Xperia Ray.Tetapi
berwarna merah jambu!
‘Tak fahamlah
aku dengan dia ni!’ Desis hati Zara Elina.
Setelah
menyelesaikan pembelian,mereka melangkah keluar dari Kompleks itu untuk menuju
ke parkir motosikal.Langkah mereka terhenti apabila keluar di muka pintu
hadapan.
‘Alamak! Hujan
pulak,sweeter dah la tak bawa.’ Syed Azri Firdaus memandang ke langit.Hujan
lebat mencurah-curah.
“Macam mana ni?
takkan nak redah je.Kuyup kita nanti.” Rungut Zara Elina.
“Kau nak balik
ke taknak? Kalau kau nak aku hantar kau balik,redah sajalah hujan ni.” Syed
Azri Firdaus mengorak langkah.
“Jom ikut aku pergi tempat parkir motor.”
Ajunya.
Mereka berlari
keanak-anakan ke tempat yang dituju.Selepas tiba di situ,baju mereka yang
sedikit basah dikibas menggunakan tangan.
Zara Elina
memandang semula ke langit.Hujan lebat semakin lebat mencurah diiringi guruh.
Syed Azri
Firdaus mengangkat tubuh lalu duduk di motosikalnya.Dia mengerling pada Zara
Elina di sebelahnya.
“Mak kau tak
marah ke kau balik lambat?” Tanya Syed Azri Firdaus.

No comments:
Post a Comment