(Chapter 6)
Mata Nashrin
menjerumus ke arah Komputer riba.Erghh..tidak mempunyai sesiapa untuk bertalian
bersama dia.Sesaat dua saat dia terkerut,dia?Seulas senyuman mula bergayut di
bibirnya.Siapa lagi kalau bukan orang itu.
‘Assalamualaikum Haryani!’ Nashrin menaip kata-kata di papan kekunci
tersebut.Berharap Haryani sudi bersembang dengannya.
‘Haryani? dia dah offline ke?’.Wajahnya
kian mundur.Bukannya sekali-sekala Haryani membuat begitu kepadanya.Dia tahu
Haryani sengaja tidak mengendahkannya.Atau..mungkin bukan tiba peluangnya untuk
dia dan Haryani berbual bersama untuk ketika ini.
Sesaat dia
membelek laman yang ada.Dia sekadar mengetahui bahawa Haryani masih belum lagi
memutuskan taliannya di siber.’Kenapa dia tak balas pos aku?’ Dia mula
kecewa,tidak mengapalah jika Haryani tidak mahu melayani dia.Dia tidak boleh memaksa
apa-apa.Nashrin lantas mematikan Komputer ribanya.
**************************************************
“Arin.” Tegur Ibunya.
Nashrin
berpaling.”Ada apa mak?” Dia melangkah menghampiri ibunya di meja tamu.
Ibunya
memikirkan sejenak.Mungkin inilah masanya untuk dia meluahkan hasrat hatinya
yang tidak terungkap untuk sekian bertahun-tahunnya.Berharap Nashrin akan
terima dengan hati yang terbuka.Dia menghembus nafas tenang.”Masa mak balik
kampung bulan lepas..”
“Mak ada berbual dengan makcik Rahimah,jiran
sebelah rumah Atuk,Arin kenal?” Tanya Ibunya.
Nashrin
menggeleng kepala. Baginya,penduduk setempat di kawasan perkampungannya
langsung tidak pernah dia mengambil tahu.”Kenapa dengan dia?”
“Arin..”
Lirih nada si Ibu.Nashrin melangkah lalu mengambil tempat bersebalahan sofa di
sebelah Ibunya .”Kalau Arin ikut mak berpindah ke kampung.Arin nak?”
Nashrin
kalih memandang air muka Ibunya.Hanya sesaat sahaja pandangan dia dan Ibunya
bertautan.Cukup untuk sekadar itu,Ibunya tidak perlu menjelaskan sepanjang
lebar niatnya ke sana.Dia faham maksud Ibunya.
“Perlu
ke Arin ikut?” Soalnya agar Ibunya dapat menterjemahkan maksud kata-katanya.
Sejak arwah nenek kembali ke
rahmatullah,rumah sekeluarga mereka yang bertapak di Felda di Negeri Sembilan sudah
hampir 5 bulan ditinggalkan.Oleh sebab Datuknya tidak mempunyai sesiapa untuk
dijaga dan diawasi atas sakit yang dihadapinya di lewat usia.Kini Datuknya
menetap bersama keluarga sepupu belah Ibunya di Johor Bahru.
“Mak
dah tak ada sesiapa dah kalau Arin tak ada,Kalau Arin ikut mak dengan adik
berpindah ke kampung,boleh tolong mak jaga Atuk dekat
kampung.Sekurang-kurangnya,rumah tu taklah terbiar.” Jelas Ibunya.
Nashrin termenung panjang.”Kalau nak harapkan Ibu dengan adik saja dekat
sana,tak tentu selamat Arin..” Tambah Ibunya lagi.
“Arin bukannya
taknak..” Bidas Nashrin.Sebelum ini,dia pernah mendesak Ibunya agar memindahkannya
ke sekolah lain atas sebab perselisihan dengan rakan di sekolahnya.
Nashrin bingkas bangun dari sofa meninggalkan Ibunya di ruang tamu.Dia
tahu Ibunya akan menunggu keputusan daripadanya.Patutkah dia membawa dirinya
semudah itu ke tempat lain tanpa mengungkapkan isi hatinya kepada seseorang
yang dicintai?Mungkin Afrina juga sedih jika mendapat tahu dia akan pergi.Bisik
Nalurinya.
***********************************************
“Hello,Fitri ada?” Soal Nashrin di
talian telefon.
“Hmm..ye,ni aku Fitri.” Jawab pertalian di sana.
Perlahan-lahan Nashrin menghempaskan keluhan seraya tersenyum
nipis.”Fitri,ni aku Nas.” Tuturnya.
Di
sana Fitri mengerut dahi.”Ohh Nas,okey..okey.” Dia senyap seketika.”Kau apa
khabar?”
“Yang
kau pula apa khabar?..” Lirih Nashrin perlahan.Entah mengapa dia merasa Fitri
sedikit berbeza seperti sediakala.
Fitri
tersenyum tawar.Hatinya sedikit tenang setelah mendengar suara seorang sahabat yang dia kasihi.”Aku baik-baik je,kau?”
“Alhamdulillah.” Nashrin berfikir sejenak.”Maaflah aku ganggu waktu kau
masa ni.Kau okey je kan?”
“Eh takdelah,ada
apa call aku ni?”
“Kau
tulah!apa cerita dah masuk tiga minggu dah start sekolah langsung tak nampak
muka,masa balik sekolah tu adalah.Itu pun sekali dua.” Gumam Nashrin seiring
dengan kemesraannya.
Fitri
tersenyum sumbing.”La yeke?dalam beberapa minggu ni aku sibuk sikit.Kecil punya
hal la.” Balasnya.
“Hmm..saja call kau,teringatkan kau tadi.”
Fitri
tersenyum.
“Fitri,kalau aku pindah?kau rasa kau setuju tak?” Tiba-tiba suara
Nashrin bertukar menjadi serak.Fitri tergamam.
Pindah?dia tidak faham apa yang di
katakan oleh sahabatnya itu.”Kau nak pindah?sebab apa?” Tanyanya.
“Bukan aku nak!Mak aku nak aku ikut dia berpindah ke kampung.Itu
masalahnya.” Nada pertuturan Nashrin sedikit tinggi.
“Okey,okey.chill..cuba kau terus-terang dekat aku.Apa yang kau fikirkan sekarang ni? dan sebab apa kau kena pindah?”
Nashrin memejam matanya.Perlahan-lahan dia meresahkan
nafasnya.”Afrina, macam mana?” Dia meluahkan sahaja.Untuk Fitri,buat apa lagi
dia berahsia?
Fitri
mengangkat kening.Dia faham perasaan Nashrin.Dia tahu yang Nashrin
benar-benar mencintai Afrina.Jikalau Afrina adalah sebab utama Nashrin tidak mahu berpindah.Dia hormat dengan keputusan sahabatnya.”Apa kata kau pujuk
je mak kau.Jangan pindah?” Cadangnya.
Nashrin terkedu.”Takkan punyalah,dia yang ajak aku pindah! confirm dia
tak kasi punya..” Bantahnya.
“Aalaah..kau cubalah.Belum cuba belum tahu.” Kata Fitri.
Nashrin mengeluh akhirnya.”Hmm,tengok dulu lah macam mana.”

No comments:
Post a Comment