(Chapter 38)
Zara Elina kalih memandang Syed Azri Firdaus.Perlahan-lahan dia
menggeleng.”Saya tak ada mak dengan ayah.” Ujarnya.
Dahi Syed Azri
Firdaus mula berkerut.Seakan tidak percaya.”Habis tu, ko tinggal dengan siapa
kalau tak ada mak ayah?”
“Ti..tinggal
dengan..ada orang jaga.” Jelas tampak adanya keraguan pada suara Zara Elina.Dia
malas mahu bercerita panjang dengan Syed Azri Firdaus kerana dia seperti orang
lain juga.Tidak putus-putus menanyakannya apabila dia memberitahu yang dia
tidak mempunyai Ibu bapa.
Syed Azri
Firdaus menghempaskan keluhan.”Suka hati kau lah!” Bukan ada kena mengena pun
kalau dia mengambil tahu.
Setengah jam
makin berlalu.Akhirnya hujan berhenti.Syed Azri Firdaus menghantar Zara Elina
pulang ke rumahnya.
“Jaga baik-baik handphone
aku tu! mahal aku beli.” Tutur Syed Azri Firdaus kasar.
‘Siapa suruh
beli!’ Cebik Zara Elina dalam hati.
Zara Elina
berlalu pergi.Syed Azri Firdaus mengatapi Zara Elina sehingga hilang dari
pandangannya.
Sekelip mata
air mukanya berubah.Entah apa yang difikirkan agaknya.Dia lalu memecut laju
meninggalkan kawasan itu.
*******************************************
“Daus, lambat balik? puas
Natasya telefon Daus tadi.Call handphone Daus pun tak dapat.” Kata Datin
Farihah lalu kalih semula memandang televisyen.
‘Call aku?’
Desis hati Syed Azri Firdaus.Dia mengeluar telefon bimbit dari poketnya lalu
melihat pada skrin.10 panggilan tidak dijawab! habislah nasibnya dengan
perempuan tu nanti.Mulut perempuan tu bukannya boleh diam.Tak pasal-pasal
melayang duitnya silap hari bulan.
“Lusa ni Daus
ada ke mana-mana tak? Ada orang nak datang.Lagipun. mama ada anak angkat nanti,
dia tinggal sini.” Kata Datin Farihah.
“Tengoklah dulu
macam mana.” Syed Azri Firdaus terus lalu bergegas ke tingkat atas.
“Daus! Berapa banyak duit yang Daus
keluar dekat ATM tadi?” Laung Datin Farihah.
“RM 950
ringgit!” Sahut Syed Azri Firdaus.
“Apa!?” Nada
suara Datin Farihah tinggi.Matanya berbulat besar.Tetapi tidak kedengaran oleh
Syed Azri Firdaus yang sudah ke tingkat atas.
Dammn..
berdentum bunyi pintu berlaga dengan dinding.Tapak kaki dihentak kuat bila
berjalan.Badannya kemudian dihenyak ke sofa.
Maria tersenyum melihat
tingkah laku anak perempuannya.Baru beberapa hari yang lepas, Natasya bersikap
dengan keadaan yang sama, membentak-bentak.Ini tidak lain tidak bukan tentunya
fasal Syed Azri Firdaus.
“What’s wrong sayang?” Soal Maria yang duduk
menghadap televisyen.
“Huh! what a
stupid man he is?” Rungut Natasya bengang.
“Who’s that?
Firdaus?”
“Ya.. I feel
like just the guy to death! I’d tried.” Keras nada suara Natasya.
“He wasn’t
silly. Just you’re unwise Tasya.I’ve told to you right?” Maria mengerling ke
arah anaknya.
“What do you
mean? how do I..?” Natasya menjeling pada Ibunya.
“I didn’t mean
so.But you’re not in earnest.Try more..” Tutur Maria.Matanya kalih ke skrin
televisyen.
“I’d tried
everything mummy! It’s hard right! No matter how..” Rungut Natasya keras.
“You must be
patient.Engrossed in a huff only yours! exactly, you can’t be like that
sayang.”
“Mummy! You’re so
annoying! lagi sakit hati tau!?” Natasya tiba-tiba melenting.
“See.. what I
said? do you think that I don’t do anything yet?this is about our future
Tasya..you must think something,do something wisely!” Kata Maria tegas.
“Good! If we
succeed, mum and dad just have fun only?” Tempelak Natasya menahan geram.
“What makes
you say so dear? we’ve got work.After you do everything.Our part will
on.Understand?”
Natasya
merengus kasar.”Alright..!” Balasnya tidak seiring dengan kata hati.Dia bangun
dari sofa dan meninggalkan Ibunya di situ.

No comments:
Post a Comment