Saturday, 4 January 2014

Dipenghujung Lautan Cinta : Bab 39

                                                                        (Chapter 39)

                                Pada malam itu, Ustaz Azhari tiba di rumah.Terlihat kelibat Zara Elina sedikit mundar mandir.Setelah melangkah masuk, pandangannya singgah pada sebuah kotak yang terdampar di meja tamu.
                                 Zara Elina meluru lalu menghenyakkan tubuh ke sofa.Dia mencapai kotak tersebut lalu membelek-beleknya.Ustaz Azhari yang memerhatikan itu ingin mengetahui di sebalik kotak itu.
                                 “Kotak apa tu?” Tanyanya.Dia meneliti betul-betul.
                                 “Wow, siapa bagi Eli handphone ni? bertuahnya.” Kata Ustaz Azhari setelah berjaya meneliti sebuah telefon bimbit di tangan Zara Elina.Gadis itu mengerut dahi,belum pernah sepanjang hidupnya meraih sesuatu yang sebegini.Tambahan pula,dia tidak mengetahui fungsinya.
                                 “Kawan dekat sekolah.Entahlah apa benda dengan semua ni tak tau lah.” Balas Zara Elina dan tiba-tiba kedengaran bunyi di telefon bimbit.Lantas dia mencapak telefon itu ke sofa.Dia bangkit,terkejut juga dia.
                                 Ustaz Azhari memandang ke arah telefon bimbit itu.”Jawablah panggilan,orang call tu.”
                                 Zara Elina mengambil semula telefon itu.”Tapi nak tekan dekat mana ni? Eli mana tahu benda semua ni.” Jawab Zara Elina panik tetapi tampak spontan.Mana tidaknya,sepanjang hidupnya tak pernah menggunakan telefon bimbit.Publik phone pun masik teragak-agak lagi!
                                 “Cuba tekan butang warna hijau tu.Pakcik pun tak pandai sangat guna touch screen ni.”
                                 Dengan pantas Zara Elina meluru ke biliknya.Dia menekan butang yang sedia tertera di bawah hujung screen telefon itu lalu dihala ke telinganya.“Hello,siapa ni?” 
                                 “Siapa? kau tak baca ek nama aku dekat skrin tu? mata letak mana!?” Kata Syed Azri Firdaus dengan nada yang angkuh.Zara Elina terkedu sesaat.
                                 “Esok aku nak kau tunggu aku dekat padang sekolah,tempat biasa tu masa rehat.Bawa bekal makanan aku sekali ye? Aku nak nasi goreng! Kalau kau tak ada,siap kau!” Ujar Syed Azri Firdaus lalu memutuskan panggilan.
                                 Zara Elina yang mendengar omelan lelaki itu hanya mencebik bibirnya sahaja.’Ingatkan dah berubah,teruk lagi adalah!’  
                                
*************************************

                                 Sementara itu,di tingkat 12 Flat Desa Mentari.Bapa Izzul termenung sendirian di beranda belakang rumah.Hujan yang baru berhenti membawa pergi kepanasan kota.Dia berasa dingin,teramat dingin di situ.Apa yang membelenggu dirinya kini adalah rasa dendam yang tidak bertepi.Tiada sesiapa pun yang akan memahami peristiwa itu..
                                 “Berapa ganjaran yang ada?” Tanyanya dengan reaksi mesra berbaur sinis.
                                 “RM 100,00.” Balas seorang penyelia yang berusia dalam lingkungan lewat 30-an tersebut seraya kedua-dua belah tangannya mengajukan bukti pada butiran dokumen yang tertera.
                                 Senyuman mula bergayut di bibirnya.Dia sememangnya seseorang yang langsung tidak memikirkan situasi yang tidak dia jangka kerana apa yang pasti,dia tetap sedaya upaya melakukan sesuatu tugas demi beberapa nilai wang yang tidak ternilai.
                                 “Tapi Dato kata dia akan tambah dua kali ganda dari nilai yang ada.” Ujar penyelia itu lagi.
                                 Bertambah sinar lagi senyuman sinis di air mukanya.Memang tidak menyesal dia menolak dari awal lagi.”Terima kasih.Apa-apapun,teruskan perbicaraan kes saya nanti.”
                                 “Maaf encik.Kes ini tak akan dibicarakan lagi.”
                                 Sekelip mata senyumannya mati.Tapi kenapa? ”Apa maksud awak!?” 
                                 “Dato nak saya hentikan dan tutup perbicaraan kes ini secepat mungkin.Jadi,kes encik ini akan dilanjutkan ke mahkamah.Itu yang saya sedia maklum.” Tokok penyelia itu.
                                 “Apa ni? padahal Dato dah janji dekat saya yang dia akan lepaskan saya dari hukuman selepas dia bebaskan dari tuduhan mahkamah??” Bidasnya.Riak wajahnya bagai tak percaya.
                                 “Maaf encik,itu yang Dato maklumkan.Saya hanya menjalankan tugas saya saja.” Kata penyelia itu seraya bangkit dari kerusi.
                                 “Saya minta diri dulu encik.Jika ada apa-apa info,saya datang bertemu dengan encik lagi.” Ujar penyelia itu buat sekian kalinya.Tangannya seraya mengemaskini fail-fail yang dipegang lalu beredar dari situ.
                                 Dia masih terpaku di situ.Riak wajahnya menunjukkan rasa takut.Jika diikutkan,mahu sahaja dia menangis di situ.”Apa ni?..apa semua ni!!?” Tidak semena-menanya,dia akan menghabiskan tempoh 13 tahun di dalam penjara. Dia meraung-raung sedih sambil menekup mukanya.
                                 Bunyi guruh yang bertemankan gelap malam seakan-akan membisikkan dirinya lalu baru dia sedar dari lamunan itu.Bukan dengan cara itu yang akan diakhiri,apa yang pasti,kejadian yang dasyat bakal tercetus daripadanya nanti,itu pasti.Seulas senyuman mula bergayut di bibir.
                                 
*************************************


                                 Di luar rumah,Azman termenung di atas pangkin kayu setinggi dua kaki sambil merenung langit malam.Tidak ada bintang,tidak ada bulan.Yang ada hanyalah kilauan kilat dan dentuman guruh yang masih bersisa.Deru angin sesekali memercik gerimis ke pipinya.Namun tidak dihiraukan.
                                 Walaupun hanya beberapa hari perkenalannya dengan Nurin.Hatinya sudah terpahat untuk memilikinya.’Orang miskin macam aku tu sesuai ke dengan dia?’ Detik hatinya.
                                  “Buat apa duduk dalam gelap ni? pasanglah lampu.” Tegur Ibunya dari muka pintu.
                                  “Biarlah mak.” Balas Azman ringkas.
                                  “Apa yang fikirkan tu? ada masalah? duit?” Tanya Ibunya sambil duduk di sebelahnya.
                                  Azman tersenyum tawar dan lantas menggeleng.”Bukan pasal duit mak,kalau pasal tu pun takkan nya Man cakap.Man boleh cari sendiri.”
                                  Ibunya terpempam.Pandai pula anaknya itu menjaga hati tuanya.
                                  “Mak..mak ingat lagi tak yang budak perempuan yang beli rojak dekat kita minggu lepas tu?” Tanya Azman kerana menyedari bahawa Ibunya itu bukanlah jenis yang mudah lupa.
                                  “Budak tu? kenapa? Man fikirkan budak tu ke?”
                                  “Bukan.Dia baru pindah sekolah Man.Sama kelas pulak tu.” Jawabnya.Terlebih dahulu dia menafikan tekaan Ibunya.       
                                  “Tak payahlah fikir sangat budak tu.Nanti macam-macam pula jadinya..” Kata ibunya tenang.

                                  Azman terdiam.Tangan tua Ibunya hinggap di bahu anak kesayangannya.Diusap lembut bahu Azman yang sedang-sedang itu.

No comments:

Post a Comment