(Chapter 41)
Zara Elina
tergamam.Dia terpaku di depan tangga beberapa saat.Dia terkebil-kebil.Air muka
lelaki itu sedikit menakutkan di depannya.Baju sekolah tidak bergosok dan
kotor,rambut pacak sedikit serabai,kulitnya hitam manis.Kini dia terhalang
untuk melaluinya.Jantungnya mula berdegup.
Lelaki itu masih
tercelung mata pada Zara Elina.Pandangan matanya umpama isyarat ingin merogol
saja.Gegas dia melintasi lelaki itu.Dia sudah tidak tahan lagi,bau busuk yang
keluar dari tubuh lelaki itu.Sebaik tubuhnya lolos dari kekangan lelaki itu.Dia
meluru kea rah koridor,sebelum berpaling ke kiri.Dia dapat melihat pelajar
lelaki itu masih mencerlung padanya.
Sesudah itu,Zara
Elina tiba di perkarangan padang.Dia menjenguhkan pandangannya mencari kelibat
Syed Azri Firdaus di situ.Tidak ada.Dia cuba menjenguh lagi.Tidak ada juga! dia
sudah terlambat.
Dia
mula merasa tidak enak.Tanpa memikirkan apa-apa.Dia melangkah beredar dari kawasan
itu.
****************************************
‘Sia-sia je aku
masak semua ni.Tak pasal-pasal dia tak ada.’ Bisik Zara Elina dalam hati.Dia
berjalan memandang ke hadapan.Serta merta dia berhenti melangkah tiba-tiba.
“Firdaus!”
Panggil Zara Elina.
Syed Azri Firdaus
kalih memandang ke belakang.Zara Elina datang menghampirinya.
“A..awak nak ke
mana ni? sorry,saya lambat.” Katanya sedikit gagap.
Syed Azri
Firdaus mencerlung matanya.”Aku? aku nak balik ke kelas lah.Nak ke mana lagi??”
Intonasi suaranya tinggi.
Zara Elina mula
terkebil-kebil.”Habis tu nasi goreng ni macam mana?” Tanyanya sambil
menghalakan bekal makanan yang dipegang kea rah pandangan lelaki itu.
“Tak payah! Kau
lambat sangat.So,aku cancel lah.” Herdik Syed Azri Firdaus.
Zara Elina
terpempam.”Oh okey.”
Syed Azri
Firdaus menghulurkan tangannya untuk meminta bekal makanan di tangan Zara
Elina.”Takpelah.Bagi aku terus bekal makanan ni.”
Tanpa banyak
bicara,dia memberi bekal makanan itu ke Syed Azri Firdaus.
“Menerima itu
lebih mudah dari memberi.” Seloka Syed Azri Firdaus.
Zara berkerut
dahi.Tidak sangka juga yang Syed Azri Firdaus pandai memain kata-kata yang
penuh psikologi.
Sebutir syiling
melanting ke kaki mereka.Syed Azri Firdaus mengutipnya dan tiba-tiba Nurin
muncul di depannya.
“Eh cik Minah? Aku
ingatkan siapa tadi.Duit kau tercicir ke ni?” Sindirnya seraya menghulurkan
syiling tersebut kepada Nurin.
Nurin merengus
kasar tatkala diperkata begitu.Syiling yang berada di tangan Syed Azri Firdaus
direntap kasar.Muncungnya memandang ke arah lain.Azman yang berada di sisinya
sekadar tertawa kecil melihat kelakuan Nurin.
“Apa kau buat kat
sini? Tempat kau bukan kat sini.Tempat kau bukan ke dekat Zoo Negara sana!?”
Nurin membalas keangkuhan.
Syed
Azri Firdaus menarik nafas tinggi-tinggi.Kesabarannya di dadanya semakin
membara.Jika tidak dikawal,mahu sahaja meletus saat itu.Mampu lagi dia
tersenyum sinis ketika itu.”Yelah,aku tahu tempat mana yang aku harus
pergi.Jangan risau.”
“Elina..!”
Izzul melaung dari jauh seraya melangkah ke arah mereka berempat.
Setelah
menghampiri mereka.Nafas Izzul termengah-mengah seketika.”Elina,nak balik ke
kelas semula ke? rehat dah nak habis.”
‘Dah tahu rehat
dah nak habis.Yang tercegat datang ke sini apa hal?’.Desis hati Syed Azri
Firdaus.Matanya merenung tajam ke arah Izzul.
Zara Elina
hilang arah sebentar.Kehadiran lelaki itu di situ membuatkan dia bingung.Ada
apa ni? namun,dia berlagak tenang seperti biasa.”Tak adalah,kami nak balik ke
kelaslah ni.Jom kita gerak..” Tuturnya sopan.Dia mengerling ke arah Syed Azri
Firdaus,Nurin dan Azman yang mula bercekak pinggang di situ.
“Oh ye..!
Izzul,ini saya kenalkan kawan-kawan saya.Ini Nurin,ini Azman,dan..”
“Ok..ok..!”
Cantas Syed Azri Firdaus.Dia angkat kepala sebentar sebelum berpaling.Senyum
diukir tetapi tidak ikhlas.Tidak begitu peramah.
“Aku bla dulu lah..! malaslah
nak kenal-kenal ni.” Pamitnya.Walaupun tidak tinggi intonasi suaranya tetapi
tetap kasar.
Masing-masing
mengabaikan keadaan lalu Izzul menyambut salam Azman yang memandangkan hanya
berpihak di situ diikuti Nurin yang hanya menyambut salam dengan selempar
senyuman di bibir.Tidak lama kemudian,mereka semua beredar dari koridor itu.

No comments:
Post a Comment