(Chapter 40)
Smk Seksyen 17 Subang Jaya
keesokan..
“Elina,apa
pula keputusan kau?” Soal Nadirah.
Zara Elina hanya tersenyum.Tidak mampu untuk meluahkan apa-apa.
Nadirah membalas sebagai isyarat tanda faham seraya
tersenyum.”Okeylah,aku pergi dulu.”
Kelibat
Nadirah sudah hilang di situ bersama dengan beberapa pelajar yang lain.Ruang
kelas itu bertukar sunyi.Lekas dia mengeluarkan bekal makanan yang dibawanya
untuk Syed Azri Firdaus.
“Elina.” Tegur Nurin.
Dia kalih memandang.”Eh Nurin,kau ada dekat sini lagi? Kenapa tak turun
rehat? Azman mana? takde dengan dia?”
Nurin tersenyum spontan.”Hai,Azman pula? dia dah turun rehat dah.Kau
kenapa tak turun lagi? Sorang-sorang je ni.” Tanyanya kembali.
“Aku nak keluarlah ni.Jom-jom!” Gesa Zara Elina seraya menarik seiring
bersama langkah Nurin untuk beredar dari kelas tersebut.
*******************************************
“Elina,kenapa kau suka sangat dengar cakap mamat buaya tu?”
“Hmm..biarlah,dia pun banyak juga tolong aku.Lagipun salah aku juga
dekat dia.At least,kita kena bersangka baik juga kan?” Ujar Zara Elina.
Nurin mengangkat kening.”Elina,aku nak tanya kau ni.”
“Apa?” Zara Elina berpaling ke
arahnya.
“Kau memang layan semua orang macam ni ke?” Air muka Nurin bertukar
hampa.Zara Elina mula berkerut dahi.
“Maksud aku,kau sanggup ambil risiko untuk kesenangan orang tanpa
memikirkan nasib kau sendiri.macam tu ke?” Sambung Nurin lagi.
Zara Elina tersenyum.Senyumannya sedikit sinis seolah-olah menyangkal
sangkaan Nurin.”Mana ada,aku okey jelah.Janganlah risau.”
Nurin terkebil-kebil.Kini dia faham bagaimana Zara Elina ini.Jika itu
pendirian Zara Elina,dia hormat keputusan yang terletak pada dirinya.Cuma dia
tidak terfikir yang Syed Azri Firdaus akan tunduk semudah itu dan Zara Elina
akan menjadi bahan mainannya.Tidak sampai hati tengok kawannya itu dipermainkan
sebegini rupa.
“Okeylah,aku nak pergi ni.Jumpa dekat kelas nanti ye.” Pamit Zara Elina
dan Nurin pergi meninggalkannya di situ sambil tersenyum.
*******************************************
“Elina!” Satu suara memanggil dari belakang.Zara Elina berpaling.
Seorang
pelajar datang menghampirinya.Zara Elina menelitinya saat itu.Wajahnya
tampan,rambut lurus sedikit ikal di depan,kulitnya kuning langsat dan mempunyai
tahi lalat di sebelah kanan bawah pipinya.
“Ini Zara Elina kan?” Soalnya.
“Ya saya.Ada apa?” Tanya Zara Elina kembali.
“Nothing!..” Jawabnya sambil tersenyum sumbing.
“Nama saya Izzul.Kelas 5 Dinamik.Boleh kita kenal-kenal? maybe?” Bicara
Izzul.
Zara Elina tersenyum spontan tetapi tetap ada sedikit keraguan.”Oh sure!
my name is Zara Elina.5 Amanah.” Balasnya.
Izzul merenung matanya.Kini sah yang gadis itu tidak sombong dan mahu
berkawan.
“Awak.free tak ni? kejap lagi rehat dah nak habis?” Izzul membuka
bicara.
Dahi Zara Elina mula berkerut.Dia mula sedar yang dia sudah menghabiskan
beberapa minit di dalam kelas,bersama Nurin dan sekarang? dia harus cepat..
“Okey Izzul.Ada
apa-apa something?” Soalnya tergesa.
“Err.. saya menganggu awak ke ni?”
“Eh bukan! cuma sekarang bukan masa yang sesuai sebab saya nak cepat
ni.” kata Zara Elina dan mula mengorak langkah untuk pergi.Izzul terlopong di
situ.
“Eh kejap, siapa tadi? Izzul kan?” Zara Elina sempat berkalih.
Izzul mengangguk spontan.”Oh
okey, yes!”
“Kita jumpa lain kali je ye?” Kata Zara Elina seraya melemparkan
senyuman manis.Izzul mengangguk dari jauh.
Zara Elina segera menuruni tangga.Mungkin
Syed Azri Firdaus sudah lama menunggu di sana.Namun,sejurus sampai ke tingkat
1.Sekujur wajah kusam menyambut ketibaannya.Zara Elina terpaku.

No comments:
Post a Comment