Sunday, 1 June 2014

Di Penghujung Lautan Cinta : Bab 43

                                                                        (Chapter 43)
                             “Bawa air untuk I,dahagalah tekak ni.” Pesan Syed Azri Firdaus yang sibuk menonton Televisyen di rumah Natasya.Sudah hampir 3.30 petang.Dia masih kekal di rumah kekasihnya.tidak pulang lagi ke rumah.
                             “Come follow me..” Natasya menarik tangan Syed Azri Firdaus yang berbaring di atas sofa.Untuk sesaat,dia mengeluh seketika lalu dituruti saja langkah gadis itu.
                             Mereka memasuki ruangan dapur.Natasya mengarahnya  duduk di bahagian meja makan.Kemudian gadis itu membuka peti sejuk lalu mencapai botol kaca yang berpanjang 30 sentimeter dan berwarna hijau tua.
                             Deringan telefon.Syed Azri Firdaus sedikit tersentak lalu mengeluarkan telefon bimbitnya.Satu keluhan dihembuskannya tatkala melihat panggilan yang tertera masuk kepadanya adalah bapanya.Kemudian Natasya menghulurkan segelas cecair yang berwarna keemasan kepada Syed Azri Firdaus yang kelihatannya tidak mengendahkan buat seketika.
                             “Hello papa,ada apa hal ni?” Soalnya.
                             “Firdaus ke mana sekarang ni? papa mahu jumpa Firdaus sekarang ini juga.Papa di rumah sekarang.” Panggilan yang masuk dari Datuk Syed Ahmad Yusuf menyuarakan.
                             Wajah Syed Azri Firdaus berkerut.”Ada something penting ke papa? Tunggulah malam ni ke,Daus sibuk ni..” Dia memandang Natasya sesaat.
                             “Sibuk apanya? Firdaus buat apa sekarang dekat sana sampai tak boleh balik sekejap!? Kalau papa kata balik,balik sekarang.Tentang perkara tu,biar papa bagitahu Daus nanti.”
                             “Alright papa,wait for me.” Syed Azri Firdaus menghempaskan keluhan.”Firdaus balik sekarang.”
                             “Okey cepat,papa dan mama tunggu Daus ni.” Panggilan dimatikan.Air muka Syed Azri Firdaus tampak bingung.Dia masam mencuka.
                             “I’d tried..!” Getusnya.Syed Azri Firdaus menyembam wajahnya ke meja.Fikirannya mula kusut.Dia berasa terkilan dengan sikap papanya yang seringkali mengongkongnya.Sejak kebelakangan ini,papanya membentak-bentak.Bapanya kerap mencari dan memerhati kesalahan setiap perkara yang dibuat.Hari ini,apa lagi?
                             Natasya tersenyum melihat kekasihnya yang tampak kebingungan.”Why sayang?”
                             “Mmm..” Syed Azri Firdaus kembali mengangkat muka.Air mukanya mencuka masam.
                             “Drink this and you’ll feel better.” Natasya menghampirkan segelas air kepada lelaki itu.
                             Syed Azri Firdaus melihat pada gelas berkaki runcing yang disentuh oleh Natasya.Fikirannya lebih tertumpu terhadap permasalahan bapanya.Langsung tidak menerawang pada gelas tersebut.
                             “Come on sayang..sekali ini sahaja you cuba.I promise you,this is the first and the last one you’ll drink this.Try little bit and what ever your problem is,will gone.” Pujuk Natasya.Suaranya sedikit ghairah.Jari jemarinya bermain-main di lengan Syed Azri Firdaus menggesa tangan lelaki itu menyentuh gelas itu.Dia menghampirkan lagi tubuhnya ke Syed Azri Firdaus.
                             “Please sayang..I just wanna make you feel better..” Tangannya pula meraih tangan Syed Azri Firdaus.
                             Syed Azri Firdaus merenung pada cecair keemasan itu.Natasya tersenyum seolah-olah memberi keyakinan kepada Syed Azri Firdaus untuk meneguknya.
                             Natasya meraih gelas itu lalu mahu disuakan ke mulut Syed Azri Firdaus.Malah,lelaki itu menolaknya.Natasya mengeluh hampa.
                             “No..sayang.I’ll not drink this.That is my principle.Don’t you tried to seduce me again.Please fahamlah I.” Tegas nada Syed Azri Firdaus.
                             Syed Azri Firdaus bingkas bangkit dari kerusi itu.”Sorry sayang.I kena balik sekarang.tak boleh lama-lama di sini.Apa-apa hal,you text I saja okey.” Katanya.Walaupun tidaklah buruk di setiap kata-katanya,tetapi agak kasar.  
                             Dia berlalu keluar rumah Natasya.Gadis itu kelihatannya tidak menunjukkan reaksi apa-apa.Dibiarkan Syed Azri Firdaus berlalu seperti itu sahaja.Buat sekian kalinya,dia berpaling.kelibat lelaki itu sudah pun tiada di rumahnya.Dia tersenyum kurang puas hati.

*************************************************



                             Sejak bapa Izzul bebas 3 tahun lepas.Bapanya banyak menghabiskan waktu di beranda belakang rumah yang berada di tingkat 12.Dia lebih banyak membisu.Melayani hatinya yang penuh luka dan mudah terhiris.Kelumpuhan yang dialami sudah meragut kebebasannya yang menjadi kemegahannya sebelum ini.
                             “Abah.” Suara Izzul memecahkan lamunannya.Dia berpaling sedikit.
                             “Fikirkan rumah ni tak ada orang tadi.Abah buat apa duduk sini?” Izzul menghampiri bapanya.”Masuklah.Nanti badan masuk angin.” Lirihnya.
                             “Biarlah.Aku nak sakit ke nak mati ke bukan kau punya hal.” Balasnya kasar.
                             Malah Izzul tidak mudah ambil hati.”Izzul masuk dalam dulu.Abah dah makan ke? Izzul nak turun sekejap lagi beli nasi.” Izzul mengorak kaki untuk melangkah meninggalkan beranda.
                             “Kau dah jumpa orang yang abah suruh cari tu?” Tanya bapanya.Langkah Izzul terhenti.
                             “Belum lagilah abah..”
                             “Lembab!” bentak bapanya.
                             Izzul mengeluh kuat.”Abah ingat benda ni senang ke nak cari? bagilah Izzul tempoh.Kalau ada sikit maklumat,Izzul laporlah dekat abah..” Ujarnya.

                             Lelaki tua itu akur.Hembusan nafasnya berdesau.Tiada siapa lagi untuk dia menaruh harapan selain Izzul.Hatinya terus merintih.

No comments:

Post a Comment