Sunday, 1 June 2014

Di Penghujung Lautan Cinta : Bab 44

                                                                         (Chapter 44)
                              Zara Elina menanti di gazebo rumah.Hampir jam 4.00 petang,Ustaz Azhari sudah tiba di rumah.Setelah melangkah masuk,dia menghampiri Zara Elina yang duduk di meja halaman.Perlahan-lahan dia melabuhkan punggung di kerusi itu.Nafas keluhannya berat.
                              “Eli..” Ustaz Azhari mula bersuara.Fikirnya,inilah masanya untuk dia meluahkan isi hatinya.
                              Zara Elina mengangguk sedikit.Menunggu kata-kata untuk diteruskan oleh Ustaz Azhari.
                              “Eli akan tinggal dengan satu keluarga nanti.Pakcik nak pindah ke Terengganu.” Ungkap Ustaz Azhari.Zara Elina sedikit tergamam.
                              Ustaz Azhari beristighfar berulang kali di dalam hati.Dia sudah meneka apakah reaksi Zara Elina bila dia mengungkapkan.
                              “Ta..tapi kenapa pakcik? kalau nak pindah pun mesti Eli ikut sekali.” Tanya Zara Elina.
                              “Tak boleh,pakcik nak Eli kekal dekat sini.dah 3 tahun kita di Subang Jaya ni.Nak berpindah sekolah.Harus keluar duit lagi semata-mata untuk setahun ini.” Terang Ustaz Azhari .
                              Zara Elina serak.”Susahlah macam ni.Eli tak tahu nak cakap macam mana..”
                              “Keputusan dah dibuat.Eli akan tinggal dengan keluarga kawan pakcik.Dia pun dah menanti Eli.”
                              “Kawan pakcik yang mana?”
                              “Yang datang berkunjung sabtu lepas.Kasihan dia,dia pun tak ada anak perempuan..” Lirih Ustaz Azhari.
                              Zara Elina diam mengingatkan kelibat seorang lelaki yang hadir ke rumahnya dalam beberapa hari yang lalu.Jarang sekali Ustaz Azhari menjemput rakan-rakannya berkunjung malah bertapak di rumahnya.Mungkin hubungan akrab yang terjalin sesama mereka.Itu sebab dia datang ke rumah ini.
                              “Eli tak kenal dia.Macam mana Eli nak tinggal dengan dia? kenapa pakcik buat keputusan nak tinggalkan Eli sorang-sorang dekat sini? kenapa tak bawa Eli ke Terengganu sekali?” Bertalu-talu pertanyaan Zara Elina.Sukar untuk dia pasrah tentang hal itu.
                              Ustaz Azhari diam membisu.Dia tunduk merenung lantai.Amat berat pula dia mahu mengungkapkan perkara yang sebenar.Dia bukannya tidak mahu berterus-terang.Cuma bimbang yang Zara Elina akan berkecil hati tentang hal itu.”Tak apalah Eli.Ikut saja cakap pakcik.Uncle Yusuf tu baik orangnya.”
                               “Pakcik tahu Eli tak suka.Kalau Eli sayangkan pakcik sekali pun.Tolonglah faham pakcik.Pakcik minta maaf kalau benda yang pakcik rancangkan semua ni..”
                               “Cukuplah! Eli tak percaya yang pakcik sanggup buat macam ni!” Zara Elina seakan membentak.
                               Dia melangkah laju masuk ke rumah.Air matanya merembes,tapi ditekup mukanya seakan tidak mahu dilihat oleh Ustaz Azhari.Dia amat sedih.
                               Kedengaran bunyi pintu bilik berdentum.Ustaz Azhari sedikit tersentak.Bagai tidak percaya yang Zara Elina akan berasa terpukul.Boleh dikatakan kali pertama dia melihat Zara Elina marah,membentak-bentak.Jauh beza dengan sikap biasanya yang lembut dalam berbicara,pasrah dan bertawakal dengan apa-apa nasib yang menimpanya.
                               Zara Elina berkurung di dalam bilik.Melayani perasaannya.Perasaannya mudah tersentuh dan terhiris.Hatinya yang luhur.Dia menangis teresak-esak.Dalam diam,hatinya cuba redha dan menerima dengan semua itu.

*************************************************

                               Syed Azri Firdaus tiba di rumah beberapa minit.Dia melangkah masuk segera ke tingkat atas.Datuk Syed Ahmad Yusuf yang baru beberapa minit sebelum itu sampai ke rumah sempat mengerling ke arah anaknya.Dia terus mematikan televisyen.
                               “Firdaus,tunggu di bilik..papa datang ke bilik nanti.” Tungkas Datuk Syed Ahmad Yusuf.
                               Syed Azri Firdaus mengeluh malas.’Papa membebel lagilah ni.’ Leternya di dalam hati.Dia terus menaiki anak tangga.
                                Setelah melangkah masuk biliknya.Dia segera menyalin seragamnya,5 minit kemudian Datuk Syed Ahmad Yusuf tiba di depan pintu bilik lalu membuka daun pintu.Syed Azri Firdaus sudah pun menanti sambil duduk di birai katil.
                                “Ya papa..kenapa?” Soalnya.Matanya tidak berkelip memandang wajah bapanya yang berkaca mata.
                                “Esok anak jagaan kawan papa akan tinggal di sini.” Tutur Datuk Syed Ahmad Yusuf seraya mencapai bangku kerusi di bilik Syed Azri Firdaus.
                                “Tinggal dekat sini?” Air muka Syed Azri Firdaus berkerut.”Berapa lama?”
                                “Untuk selama-lamanya.Do you understand right?”
                                “So,what’s the matter now? who cares papa?” Syed Azri Firdaus mengangkat kening.Inginkan kepastian.
                                “Papa mahu Firdaus bersedia untuk belajar menerima dia,berbaik dengan dia.Itu sebab Daus harus ambil tahu.” Ujar Datuk Syed Ahmad Yusuf.
                                “Tak kisahlah siapa papa.Papa nak Daus pulang semata-mata nak sampaikan benda remeh ni?” Kata Syed Azri Firdaus.
                                Datuk Syed Ahmad Yusuf mengeluh halus.”Daus akan kahwin dengan dia bila tiba saat umur kamu dan dia cukup nanti.”
                                 Mata Syed Azri Firdaus terbeliak.”Kahwin?..jangan bergurau papa.”
                                 “Ini bukan bergurau.Papa dan mama sudah rancang perkara ini lebih awal lagi.So,mulai sekarang papa mahu Firdaus berubah,buang sikap busuk hati Daus tu.Papa tak mahu Daus jadi teruk lagi.” Tegas Datuk Syed Ahmad Yusuf.
                                 Fikiran Syed Azri Firdaus mula tidak keruan.”How about Natasya? papa..”
                                 Datuk Syed Ahmad Yusuf mengangguk.”Yes,that’s why..! get rid of from her.” Balasnya sambil tersenyum.
                                 “Belum habis sekolah.Dah timbang tentang perkara macam ni.Daus tak kira,Daus tak setuju!”
                                 “Setuju atau tidak, Daus kena hadapi apa yang mama dan papa buat.” Tebak Datuk Syed Ahmad Yusuf.
                                 Datuk Syed Ahmad Yusuf bangkit dari bangku kerusi.Dia melangkah ke arah pintu keluar.Mahu beredar.”And then,Firdaus..”
                                 Syed Azri Firdaus berpaling semula ke bapanya.Renungannya kali ini seakan-akan malas.
                                 “Mulai esok,Firdaus akan ke sekolah naik kereta.Papa hantar.” Kata Datuk Syed Ahmad Yusuf.
                                 Syed Azri Firdaus membuang pandangan ke arah lain.Dia tersenyum sinis,kemudian berpaling semula ke arah bapanya.”But why? apa lagi papa nak ambil apa yang ada pada Daus?” Hatinya terpukul.
                                 “Tak akan kamu nak ke sekolah naik motor,dia sorang-sorang macam mana? naik dua orang papa fikir papa taknaklah.Kalau tanya kamu,lagi kamu taknak.So,I hope you understand Firdaus.” Kata Datuk Syed Ahmad Yusuf lagi.
                                 Datuk Syed Ahmad Yusuf membuka daun pintu.Dia berpaling seketika.”And one more thing Firdaus,kemaskan baju dan barang-barang kamu.Kita akan ke Bukit Jalil selama dua hari satu malam.” Tambahnya lagi.
                                 “Untuk apa ke sana? Daus malaslah nak berjalan hujung minggu ni.” Rungut Syed Azri Firdaus.Hatinya masih menahan sakit dengan keputusan bapanya sebentar tadi.
                                 “Papa ada projek tanah dengan Tan Sri.Papa mahu Daus ikut.” Tegas Datuk Syed Ahmad Yusuf.
                                 “Kenapa Daus kena ikut sekali? papa punya kerja,papa buatlah..jangan libatkan Daus.” Bidas Syed Azri Firdaus sinis.
                                 Datuk Syed Ahmad Yusuf menggelengkan kepala.“Papa mahu Daus ikut sekali.Sebab Firdaus yang akan ambil alih business papa.Kalau kamu ikut papa,boleh ambil pengetahuan sikit tentang kerja ni.” Bicaranya keras.
                                 “Berapa kali Daus nak cakap!? Daus tak nak! Daus malas nak cakap pasal syarikat papa tu! please,don’t force me.I’m not interested in your tourism bussines.” Jawab Syed Azri Firdaus.
                                 “Kalau macam tu..papa tarik baliklah cukai motor Nouvo S tu balik.”

                                 Syed Azri Firdaus mengeluh hampa.”Mm..yelah-yelah!”

No comments:

Post a Comment