Thursday, 2 June 2016

JANI : Bab 2



                          Malam terasa panjang.Erin duduk di bilik dalam keadaan separuh gelap.Pintu bilik dibiar terbuka memberi cahaya dari ruang tamu menyinar ke situ.Kesepian malam seiring dengan keadaan jiwanya yang berderai.
                          Erin menangis teresak-esak menahan sendu.Sekeping gambar di tangan dia renungi..
                          Aliya..kenapa kau pergi terlalu awal? bisiknya di hati.Erin tunduk.
                          ‘Kau tahukan, kau dah macam adik aku sendiri..masih banyak waktu yang aku nak lewati bersama kau..masih banyak cerita yang aku ingin kongsikan dengan kau.’
                          Erin mengangkat muka.Air matanya terus merembes di pipi.
                          ‘Masih ada janji yang aku ingin tepati buat kau..tapi kau pergi terlalu awal?’
                          ‘tolong bagitahu aku..apa sebenarnya yang terjadi.’
                          Erin kini berjauhan dengan ibu bapanya.Dia terasa sunyi.Selain Shah.Tiada lagi Aliya sebagai tempat dia bersandar harapan.Malam itu ia menjadi sebuah peneman bagi melangkah ke hari baru.Suatu kepastian yang tidak akan dilupakan oleh hayatnya.                      

***********************************

                          Tengahari itu.Erin meluangkan masa bersama teman lelakinya Shah.Sebaliknya pertemuan mereka pada hari itu sedikit pun tidak merancakkan perbualan mereka.Erin banyak diam.Shah mengeluh.
                          “Ya..I pun tak sangka juga.” Shah menelan sesuap nasi.Kemudian berhenti sejenak merenung Erin yang masih bungkam.
                          “Erin,you tak nak makan ke? kalau you tak makan,nanti you sakit.” Lirih Shah perlahan.
                          “Biarlah I sakit,biar I mati..tak adalah Aliya nak tunggu I lama-lama.Kan?” Erin terus termenung jauh.
                          Shah mengeluh.Dia mula bosan kerana kekasihnya itu membicarakan sesuatu yang tidak masuk akal.
                          “Erin..janganlah cakap macam tu.Semua orang sayangkan dia,family dia,kawan-kawan dia.Semua orang ambil berat pasal dia.You ingat I tak sedih ke kehilangan dia?”tutur Shah berpanjang lebar.        
                          “Erin..” Dia mencapai tangan Erin.”Aliya sayang kan you begitu juga dengan I.I ajak you keluar, datang sini pergi makan ni semua pun sebab taknak you duduk berkurung dalam rumah sorang-sorang.Sedih sebab perkara yang berulang.I taknak you terus murung macam ni.”
                          Mereka saling berpandangan.Kini Erin sedar bahawa Shah masih setia di sisinya.Tidak jemu melihat dan mendengar keluhannya.Bukan bergelar kekasih semata-mata.Dia juga sudi menjadi sahabat di hati Erin yang sepi saat itu.Itu yang membuatkan dia amat mencintai Shah.
                          “I’m always here beside you no matter what. Remember that.” Bisikan Shah kedengaran di telinga Erin.Dia rasa tersentuh.
                          “I faham..tapi I sebenarnya bukan sedih pasal Aliya.”
                          “So what? apa yang you risau sekarang ni?”
                          Kali ini Erin termenung panjang.Mahu disembunyikan perasaan sedihnya pada Shah pun berguna lagi.Dia tidak tahu mahu mengujarkan apa lagi.
                          “Erin!”
                          Erin tersentak.Pandangan matanya tiba-tiba buntang memandang Shah.
                          “Erin..kenapa ni?” soal Shah.
                          Erin diam dan menggeleng.Cepat-cepat perasaan aneh itu dilempar jauh dari hatinya.
                          
************************************

                          Malam itu,Shah ingin menghantar Erin pulang ke rumah.Sepanjang perjalanan,mereka tidak banyak bercakap.Erin lebih suka berdiam diri.Kekasihnya itu langsung tidak mahu berpaling kepadanya.Lebih selesa memandang ke luar tingkap.Memang tidak mahu berbual sama sekali.Shah berasa terpukul.Dia mendengus perlahan.
                          “Erin..kenapa ni? I tengok you dari tadi senyap je.” Shah mula bersuara perlahan.
                          Erin kalih merenungnya muram seketika kemudian membuang pandangan secara asal ke luar.Masih tidak mahu bersuara.                                                            
                          “You masih sedih pasal Aliya lagi ke? jangan lah sedih lagi,I bosan lah kalau you terus sedih-sedih saja macam ni.” Ujar Shah mengharap Erin mendengar keluhannya.
                          “Esok kita keluar lagi? jom..?” Shah cuba memujuk.
                          Erin menjeling malas.“You nak keluar ke mana lagi?”
                          “Keluar ke mana tu I tak pasti lagi.Lagi pun esok I ada kelas dari pagi sampai petang..”
                          “Aik? dia yang ajak kita keluar.Dia pula yang menyibukkan diri?” Tebak Erin.Bicaranya mula mesra.
                          Shah tertawa kecil.”Yalah.. esok I tak sure lagi. Tapi kalau I balik awal I call you terus ok? kalau sempat malam ke.”
                          Erin mendengus tiba-tiba. “Ehh dia ni kan? tadi cakap esok la, malam la, lepas tu cakap lusa ni pulak?” Dia menarik muka muncung. Merajuk.
                          “Erin.. I pun nak fikirkan life I juga. Assignment lagi..all of my time bukan untuk you je ok?” Detak Shah lembut.Berharap kekasihnya memahami dan menghormati masanya.
                          Erin dan Shah sama-sama membisu seketika.
                          “At least, I dapat keluar temankan you harini lama-lama kan? betul tak.”
                          Shah mencuit hidung Erin. Senyuman mekar semula di wajah Erin. Kemudian mereka sama-sama tergelak.
                          “Shah! Berhenti!” jerit Erin.
                          Shah tersentak.”Kenapa ni Erin?”
                          Mata Erin mencerlung.Nafasnya kedengaran berat untuk dihembus.”I rasa ada orang yang berdiri dekat tepi jalan tadi.”
                          Shah mengerling.Dia mengeluh panjang.”Itu saja ke? I ingat apa tadi..”                         
                          “You boleh tak keluar sekejap? periksa dulu.”
                          “Tak ada apa-apa Erin..”
                          “Periksalah dulu!” Sanggah Erin tiba-tiba.Riak wajahnya cukup serius.Dia cuma mahu meyakinkan Shah tentang apa yang dia lihat tadi.
                          Tanpa berkata apa-apa.Shah bangkit keluar dari kereta.
                          Matanya berkalih ke jalan dari depan hingga belakang.Malam itu gelap.Kereta lain pun tidak kelihatan lalu di situ.Shah menghampiri ke belakang kereta.Tetapi dia mendapati tiada apa-apa yang aneh di situ.
                          Sementara itu Erin di dalam kereta.Dia tidak turut keluar sebaliknya menjengah dari tingkap kereta.Dia agak kurang pasti sama ada dia silap pandang atau tidak.
                          Shah kembali masuk ke dalam kereta.Dia berkalih sebentar memandang Erin kemudian menggeleng.Ada apa saja kekasihnya itu.Mereka kembali bergerak dari situ dan Erin mengabaikan keanehan yang melintasi di situ.

*****************

                          Selang beberapa minit,kereta Shah berhenti di depan rumah Erin.Selesai menghantar Erin pulang.
                           “Ok bye. Love you.” Bisik Shah perlahan.
                           Wajah Erin muram.“Wah.. belum apa-apa dah halau orang balik.”
                           Shah tergelak kecil “Tak adalah..bukan macam tu.”
                           “Yelah..kita baru je sampai..dah la berat nak kasi you balik.”
                           “asal tak cakap awal-awal? Kan senang kalau you cakap awal-awal. I tak payah la balik. I tidur rumah you..”
                           “Eh..mana boleh!
                           Erin dan Shah seraya tergelak.
                           “Boleh jugak?” Erin tersenyum kecil.
                          Mereka senyap seketika .
                          “Eh!” Mereka sambung tertawa
                          “Ok sayang..thanks for today.” Erin mengucapkan untuk sekian kalinya.
                          “ok bye..love you..”

                          Setelah selesai menghantar Erin pulang ke rumah.Shah kembali menumpu perhatian ke perjalanan pulang.

No comments:

Post a Comment