PROLOG
Kicauan burung-burung gagak
pada malam itu menghapuskan keheningan malam.Kilat yang berdentum seolah-olah
menadah seruan itu. Jauh terletak di dalam hutan.Rumah itu sungguh sunyi.Kesunyian
itu didampingi bersama satu rintihan yang meronta-ronta meminta disuapkan
sambil dipuja oleh kelibat seorang gadis yang duduk tegak seraya tubuhnya
diselimuti oleh jubah hitam.
Lilin menyinari kegelapan di ruang rumah usang itu.Ular tedung
melingkari leher si gadis sambil memuja bayang yang terpamer di sebalik kain
putih terbentang besar di dinding itu.
“Puteri jelita seri wajah..” tutur gadis itu dengan suara lunak dan
beralun.Senyuman bergayut di bibirnya.
“Aku seru dirimu mendampingi
diriku.Satukanlah diriku dengan dirimu..”
Rintihan itu semakin kuat kedengaran.Bayangan itu semakin pekat
kelihatan menyahut seruannya.
“Puteri menawan..jiwaku untukmu.”
*****************************************
Cuaca baik di pagi itu.Panas terik di kolej itu sedikit pun tidak
menggamit rentak setiap pelajar.Langkah seorang gadis cantik yang muncul di
koridor itu sekaligus membuat pelajar-pelajar di sekeliling itu terpana
melihatnya.Terutamanya kaum lelaki.
Gadis itu sedar akan perhatiannya.Dia tersenyum sebaliknya mengabaikan
pandangan mereka terhadapnya.Keadaan itu berterusan sehingga dia berada di
dalam kelas.
Namanya Erin.Dia kini tinggal
berseorangan di sekitar Shah Alam buat sementara kerana ibu bapanya kini
berurusan di luar negara.Perhatian Erin bukan lagi perkara yang besar di
kolej.Kecantikan yang dimiliki olehnya seringkali membuat lelaki di sekeliling cair
dan cemburu kerana tidak berjaya meraih cintanya.Ya,hati Erin telah pun ditawan
oleh jejaka kacak bernama Shah yang merupakan pelajar di kolej itu juga.
Selang beberapa jam.Sesi kelas pada masa itu telah tamat.Erin bersama
dua rakannya iaitu Qistina dan Dora mengiringi langkah ke luar kelas.
“Baru masuk pukul 2 ni.” Dora melihat jam seraya mengeluh.
“Apa kata kita singgah makan mana-mana dulu? takkan nak balik sekarang.Betul
tak?” kata Erin.
“Boleh juga.Jom ikut aku! aku tahu tempat lunch yang best.” Pelawa
Qistina.
Erin dan Dora saling berpandangan dan mengangguk.Mereka langsung setuju.
“Ada makanan apa yang best dekat
situ Qist..?” Dora bertanya.
“Ikut saja lah aku! kau ni.. lagi pun kita habis kelas awal.Hari lain
tak sangatlah kita dapat lunch sama-sama macam ni.” Putus kata Qistina.
Erin tersenyum.Dia tidak kisah
sebenarnya jika itu dapat mencapai kepuasan rakan-rakannya.
Deringan telefon bimbit Erin membuat langka mereka semua terhenti
seketika.Erin gegas mengeluarkan telefon bimbit dari beg tangannya.Erin
mengerut dahi.Dia meneliti sejenak nombor telefon yang tidak diketahuinya.
Tanpa berfikir panjang.Erin menekan punat lalu menjawab panggilan
itu.”Hello?”
Perlahan-lahan air muka Erin berubah panik.
“Erin.Kenapa ni?” tegur
Qistina setelah merasakan perubahan pada wajah Erin.
Nafas Erin tersekat-sekat seakan menyembunyikan keseduan yang
menimbul.Dia bingkas beredar pantas dari situ.
“Erin!!...”
Pandangan Qistina dan Dora bertaut seketika.Mereka risau terhadap perubahan sikap Erin saat itu.Kenapa dengan Erin?
Bersambung..
No comments:
Post a Comment