(Chapter 3)
“Assalamualaikum..”Yuhanis tersentak seraya berpaling ke arah pintu
rumah.
Perhatian
Yuhanis pada dua anak itu terhenti seketika.Baru sahaja dia mahu bergegas,dia
sudah memerhati Farihah sudah melangkah ke arah pintu rumah.
“Hantar barang
ni dekat dapur.”Arah Farihah pada wanita lingkungan lewat 30-an.Baru sempat dia
melangkah,Farihah menegurnya.
“Ayam mentah tak
beli?”
“Dah
habis,minggu depan abang Wan tak berniaga.Dia balik Rembau.”Ujarnya.
Wanita itu
mengalih pandangan ke arah ruang tamu.Dia terlihat seorang wanita jelita
merenung sayu anak majikannya bersama budak perempuan yang tak dikenalinya.
“Perempuan itu
dah bangun.Dari mana dia tu?.”Tanyanya.
“Kak Ayu..saya
kenalkan pembantu rumah saya.Kak Kiah.”Farihah menghampiri Yuhanis segera
memperkenalkannya.
Yuhanis dan Kak
Kiah bersalaman sambil mengukir senyuman antara satu sama lain.
“Awak dah
makan?makanan ada di dapur.Nanti tolong siram pokok dekat halaman rumah
ye.”Perintah Farihah.
“Baik puan,saya
minta diri dulu..”Pamit Kak Kiah terus meninggalkan ruang tamu tersebut.
“Kak Ayu,mari
kita ke atas.Ada hal nak dibincangkan.”
“Baiklah..”
Setiba di
tingkat atas.Di bilik Farihah,Yuhanis menceritakan peristiwa yang menimpanya
malam semalam.Farihah yang mendengar segalanya hanya menggangguk lesu.
“Dia dah mintak
penceraian dengan Akak tak.?”Yuhanis menggeleng.Badannya tersedu-sedan menahan
sebak.
“Tak..dia halau
saya macam tu je dari rumah.Dia taknak tengok dan taknak jumpa saya lagi
dah.”Air matanya yang bergenang cuba dikesat habis.
“Akak takde
saudara mara atau adik beradik?.”Yuhanis menggeleng perlahan.
“Saya dah tak
ada siapa dalam dunia ni.Hanya Eli satu-satunya peneman hidup saya sekarang.”
Farihah termenung
seketika,dia kembali mengangkat muka.
“Akak
tinggallah sini..dekat rumah ni saya sekeluarga saja tinggal.”Pujuknya.
“Tak
apalah,saya tak perlukannya..biar saya keluar dari sini cari tempat tinggal.”
Farihah
menggenggam erat tangan Yuhanis.”Rumah ni arwah ibu mertua saya
punya.Tinggallah sini,abang Yusuf mesti izinkan.”Pujuk Farihah lagi.
“Boleh saya
kerja di sini?”Pinta Yuhanis.
“Kenapa kalau
tak boleh?rumah ni besar,payah kalau saya nak uruskan seorang diri.”
Yuhanis
membalas senyuman wanita itu.Mujur ada insan yang dapat membantunya.
6 hari mula
berlalu,Yuhanis dan anaknya Zara Elina menumpang di banglow itu.Tiada permintaan gaji
darinya,cukuplah hanya menawarkan tempat tinggal dia dan anaknya.Farihah dan
Yusuf senang dengan dirinya.Tidak perlu diarah untuk membuat kerja,dia sudah
tahu apa tugas yang harus dibuatnya di rutin harian.Tidak seperti Kak
Kiah,kebanyakannya perlu disuruh baru dibuat.
Semasa dia
menanam pokok di halaman rumah,dia bertembung bersama Kak Kiah yang baru
membuang sampah di luar banglow.
“Rajinnya Ayu
buat kerja ni..pergilah berehat,kesian Akak tengok kamu tu.”Itu saja yang
dipintanya,kasihan dia melihat Yuhanis membuat kerja yang harus dilakukannya.
“Tak apalah,Ayu
dah biasa buat semua ni.”Tutur Yuhanis lembut.
“Takpayah
lah.pergilah berehat..kalau taknak pun sekurang-kurangnya pantau budak-budak tu
dekat dalam tu.”Kak Kiah menghalangnya dari meneruskan kerja.
Yuhanis
beralah.”Baiklah Kak,Ayu masuk dalam dulu ye?”Pamitnya segera mahu melangkah
pergi.
Jejari kasar
Kak Kiah menangkapnya secara tiba-tiba.Yuhanis berpaling.
“Kenapa Kak?ada
apa-apa lagi.”Soalnya.
“Tak ada
apa..cuma Akak ada pesanan nak disampaikan kepada kamu.”
Yuhanis
mengerut dahi.“Apa dia?”
“Lain kali nak buat kerja tu
tak usah serius sangat.Tuan rumah ni bukan jadikan kita kaya pun.Barang
kemas,semua tu ada pulak duit.”Bisiknya.
Tanpa mereka
sedari,Farihah yang mencari kelibat Yuhanis menghampiri mereka dengan penuh
kehairanan.
“Kakak berdua
berbual pasal apa ni?.”Sapanya.
Kak Kiah
tersentak.Kata-katanya sebentar tadi cuba dikumat-kamit agar tidak
dicurigai.Yuhanis kalih memandang Farihah.
“Kak Ayu,kejap
lagi Akak bersiap ye..kita nak keluar beli barang,banyak barang nak dibeli
ni.Hujung minggu depan,saudara mara saya nak datang sini.”
Yuhanis
tersenyum hambar.“Baiklah puan,bagi saya beberapa minit sikit nak bersihkan
dapur.Nak uruskan anak saya tu.”
“Tak apalah
Kak,pergilah uruskan Eli tu terus.Dapur
tu saya dah bersihkan dah.”
Farihah
melangkah masuk sambil diekori langkah Yuhanis melalui pintu itu.Selepas
bayang-bayang mereka berdua hilang.Kak Kiah bersuara sendirian.
“Aku dah 5
tahun kerja dekat ‘istana’ ni,satu teh air pun dia tak pernah pelawa
aku..perempuan tu tak sampai seminggu dah dapat keluar pergi shopping.Tak boleh
jadi.”Monolognya sendirian.
*PERHATIAN :- Jangan beritahu isteri,girlfriend,adik,kakak,ibu mertua tentang laman web http://www.zalora.com.my/ tahu tak? portal online shopping untuk baju dan kasut besar gila tu? Kasut,Baju,Beg.. beratus jenama! beribu gaya! yang paling gila lagi,penghantaran dan pemulangan ke seluruh negara adalah Percuma!
*PERHATIAN :- Jangan beritahu isteri,girlfriend,adik,kakak,ibu mertua tentang laman web http://www.zalora.com.my/ tahu tak? portal online shopping untuk baju dan kasut besar gila tu? Kasut,Baju,Beg.. beratus jenama! beribu gaya! yang paling gila lagi,penghantaran dan pemulangan ke seluruh negara adalah Percuma!

No comments:
Post a Comment