(Chapter 5)
Usai solat
isyak,mereke sekeluarga berkumpul di ruang tamu.Yuhanis turun juga ke ruang
tamu apabila dipelawa Farihah untuk berbual bersama.Zara Elina sudah lena tidur
di bilik,mungkin agak keletihan berjalan-jalan siang tadi.
Anak kecil itu
sudah petah berkata-kata.Tiada sedikit pelat kata-katanya.Mana
tidaknya,sepanjang masa berkepit dengan Syed Azri Firdaus yang lebih matang
darinya.Sedikit demi sedikit terpengaruh juga.
“Anak Akak
masih tidur?” Tanya Syed Ahmad Yusuf sambil memperlahankan bunyi TV melalui
remote.
“Masih
tidur lagi.” Balas Yuhanis.
“Mama..mama” Omel
Syed Azri Firdaus sambil duduk di pangkuan ibunya.
“Mana mama
letak barang yang mama beli untuk Eli tu?”
“Ada dekat plastik merah
dekat atas meja solek mama,pergi tengok” Kata Farihah manja.
Lantas anak
kecil itu berlari naik ke tingkat atas.Syed Ahmad Yusuf dan Farihah tersenyum
melihat keletah anak tunggalnya.
“Barang apa puan beli untuk anak saya?” Soal
Yuhanis.Dia mula berasa berberat hati,keluarga itu amat terlalu baik untuk
dirinya.
“Kalung
leher..” Jawab Farihah ringkas.
“Saya akan
cari duit untuk ganti balik duit Puan”
“Tak
perlulah,pemberian saya hanya ikhlas saja.”Pintas Farihah perlahan.
“Akak
taknak cari suami akak?” Sampuk Syed Ahmad Yusuf.Matanya berpaling ke arah Yuhanis.
“Saya tak
tahu..”
“Tak
apalah.”Itu saja yang disuarakan Syed Ahmad Yusuf.Dia tidak mahu bersoal
panjang.
“Tuan,Puan.ada
perkara yang yang saya nak Tuan dan Puan tunaikan.Saya harap Tuan Puan
menghormati keputusan saya.”
Suasana di
ruang tamu itu menjadi sunyi seketika.Yuhanis berfikir dia harus sedar apa yang
dikatakan.Dia dapat meneka apa yang dihajatnya mungkin hanya satu angan-angan
kerana majikannya mungkin berberat hati untuk perkara itu.Entah mengapa,dia
mula merasa ada ikatan batin pula dengan keluarga tersebut.
“Saya tahu
kedudukan saya,saya sedar siapa saya.Saya hanya pembantu rumah..suami pun tak
tahu kemana” Bungkam Yuhanis perlahan.
Bukan kerana dia
gilakan harta mereka.Tetapi untuk masa depan anak perempuannya.
“Insyaallah,andai
ada jodoh.Kita sama-sama pertimbangkan.” Ungkap Farihah.
Tanpa
mereka sedar,dari ruang dapur,sepasang mata merah menyala mencerlung ke arah
mereka.Sudah agak lama susuk tubuh itu tegak di situ.Ombak dadanya juga semakin
laju menahan rasa sakit hati.
“Kurang
ajar kau betina tak sedar diri.Aku tak akan biarkan semua ini berlaku!”
Bibirnya diketap kuat melayan geram.
*******************************
Deringan
telefon bimbitnya itu membuat Hussein mengeluh panjang.Bahkan,menambah lagi
kekusutan pada permasalahannya.
“Hello..”
Dia cuba menjawab tenang.
“Hello?Mana?”
“Mana apa
ni bos?call saya tak tentu pasal lepas tu tanya saya pulak.” Dia cuba
berbasi-basi.
“Lapan
puluh ribu lah!berapa lama lagi kau nak aku kasi kau tempoh?ini pun dah cukup
baik taw!”
“Kan saya dah cakap yang saya bayar ansur-ansur,bos dapat duit tiap-tiap bulan pun dah
kira bagus tahu.Kalau bos nak saya tambahkan jumlah lagi,tunggulah hujung minggu
ni.”
“Memang,kau boleh bayar
ansur-ansur.Tapi jumlah yang kau bagi tu sikit,tiap-tiap minggu sekarang
ni,memanglah kau banyak bayar.Kau kena ingat berapa tempoh aku bagi dekat kau.Sekarang ni pula kau bagi sikit”
“Kan saya dah bagi dekat bos 4 hari lepas?bos tunggulah saya naikkan jumlah.”
“Ya!kau ada
bayar,tapi kau bayar seringgit je..setakat kau nak aku beli choki-choki, boleh
la bodoh!”
Dia mula
tidak keruan,Razak dan konco-konconya bukannya boleh dibawa main tambah lagi
mengarah mereka agar bersabar.Dia harus mencari duit esok hari sahaja,untuk
menyelamatkan nyawa dia yang kian terancam.
‘Mana aku
nak dapat duit sebanyak itu?’ Gerutunya sendirian.
No comments:
Post a Comment