(Chapter 6)
“Kak.. oh Kak.” Suara dilontarkan senada dengan ketukan pintu.
Pintu dibuka lantas Yuhanis bersuara.”Ya Puan?”
“Saya nak pergi hospital sebentar sebab ada appoiment.Firdaus ikut saya
sekali,tolong jaga rumah ni ya.Jangan risau,Kak Kiah ada sekali di rumah ni.”
Tutur Farihah.
“Appoiment?Puan sakit ke?”
Farihah tersenyum
nipis.”Bukan sakit,jangan risau Kak.Okeylah saya nak pergi dulu.”
Di bilik,Kak Kiah membelek-belek punat telefon bimbitnya,dia tahu masa
itu sudah tiba.Mujurlah sebelum ini dia terfikir untuk mengambil beberapa
helaian kertas milik majikannya.Mungkin ini dapat melengkapkan rancangannya.
Farihah dan Syed Azri Firdaus sudahpun melangkah ke luar rumah.
‘Aku mesti selesaikan hari ini jugak!’ Omong Kak Kiah sendirian.
Dia bingkas bangun dan keluar dari bilik.Lalu meluru ke tubir tingkap.Dia melihat ke luar,kereta Syed
Ahmad Yusuf sudah bergerak meninggalkan perkarangan rumah.
Kak Kiah bergegas ke tingkat atas.Pintu bilik Yuhanis diketuk kasar.
Yuhanis yang sedang mendodoikan Zara Elina bingkas bangun menuju ke
pintu.
Sejurus sahaja pintu dibuka,satu tamparan melayang ke pipinya.Pipinya
merasa perit akibat tamparan tadi.Kali ini tubuh Yuhanis pula ditolak dengan
kuat.
Yuhanis terjatuh.Zara Elina yang nyenyak tidur terjaga dari lenanya.
Kak Kiah menerpa masuk.Almari pakaian Yuhanis diselak kasar.Dia
mengambil baju yang berada di dalam almari itu dan dihumban ke muka Yuhanis.
“Bungkus pakaian kau ni semua!kau keluar dari rumah aku ni!” Herdik Kak
Kiah.
“Kenapa ni Kak?saya tak faham,saya ada buat salah ke?” Rayu Yuhanis.
Pertanyaannya tidak diendahkan oleh Kak Kiah yang telah keluar dari
biliknya.Air mata yang cair mengalir perlahan pada pipinya.Apa semua ni?
Tiba di bilik majikannya,dia menyelinap masuk.Pandangannya mati pada
satu sudut.Dia menghampiri meja solek dan pantas tangannya mengaut.
‘Takkan nak ambil semua?’
Monolognya sendiri.
Di bilik Yuhanis,dia memungut perlahan baju-baju yang bertaburan di
sekelilingnya.Satu cebisan kertas singgah ke tapak tangannya.Fikirannya
seolah-olah terawang,dia mencari pen yang ada di bilik itu.Pantas tangannya
menulis lalu diseluk ke beg tangannya.
Kak Kiah kembali semula ke bilik Yuhanis dan mencampakkan satu bunjut
bungkusan ke ribaan Yuhanis.
“Bangun ikut aku!” Arahnya.
“Akak,apa semua ni?kenapa akak buat saya macam ni?” Tanya Yuhanis teresak.
Jejari kasar Kak Kiah menangkap
ke pangkal lehernya.Yuhanis kelu tak terkata.
“Kau tahu ke atau kau sengaja buat tak tahu?memanglah kau ada buat
salah,sekarang ni kau ikut aku dan bawa anak kau sekarang!” Tempelak Kak Kiah.
Yuhanis memandang kurang faham.Tangisan Zara Elina semakin galak.
“Apasal?kau nak cabar aku?kau dah tak ada siapa-siapa sekarang ni.Ikut
je apa aku suruh!cepat,dekat luar rumah dah ada orang tunggu kau tu.”Jerkah Kak
Kiah lagi.
Dengan sedu-sedan,Yuhanis tidak mampu berbuat apa-apa.Dia mendapatkan
Zara Elina pada rangkulannya seraya mengheret beg pakaiannya.Tanpa
disedari,patung beruang kesayangan anak kecil itu terlepas dari genggamannya.
Yuhanis menuruti sahaja langkah Kak Kiah hingga ke pintu pagar.
Diluar pagar rumah,seorang pemuda berbadan sasa tersedia menanti.Orang
itu menghampiri lalu mengambil beg pakaiannya dan dicampak ke tempat duduk
belakang.
“ini upahnya,aku rasa dah terlalu cukup.Pastikan perempuan ni tak
kelihatan lagi dekat sini.Faham!?” Tuturnya tegas.
“Selesa ke kau kerja dekat rumah orang kaya ni?” Celoteh pemuda itu
mesra.
Kak Kiah tersenyum sinis.
Pemuda itu menyambut wang itu dengan senyuman lebar.Dia kemudian beralih
ke bahagian pemandu dan masuk ke dalam kereta itu.
“Cepatlah masuk!nanti majikan aku tu nampak kau pula!” Kak Kiah menolak
masuk tubuh Yuhanis ke dalam dan menutup pintu kereta.
“Maafkan aku Ayu..aku beri peringatan pada kau,jika kau berani berhubung
dengan keluarga tak guna ni lagi.Walau apa cara sekalipun,aku boleh humban kau
ke dalam penjara.” Ugut Kak Kiah sambil ketawa mengekek.
Yuhanis memandang tanpa suara seketika air matanya tidak berhenti
berjujuran.Secara takdirnya,nasib selalu tidak menyebelahi dirinya.
Pemandu tersebut segera menggerakkan kenderaannya.Kereta tersebut
bergerak jauh.
Di perjalanan,kereta yang dinaiki Yuhanis berhenti mengejut.Dia mula berasa
kalut.
Hampir-hampir saja kereta tersebut melanggar dengan seorang lelaki
berkelakuan mabuk.Yuhanis kalih memandang ke hadapan ’Abang Hussein?’
“Woi!kau gila ke?Mata letak mana?”
Tanpa sebarang respon,pemuda
itu menghentam botol kacanya ke kereta tersebut.
Pemandu itu keluar dari pintu untuk mengerjakan pemuda mabuk itu.Yuhanis
turut keluar beriringan bersama Zara Elina.Selepas keluar dari kereta,dia
melangkah menghampiri suaminya.
“Kau uji kesabaran aku tahu tak?aku nak tanya kau,kau nak mampus ke
sekarang ni?” Tangannya memaut kasar kolar lelaki mabuk itu.
“Jangan apa-apakan dia encik!ini suami saya!” Yuhanis mencelah.
Pemuda yang diupahkan Kak Kiah itu teragak-agak untuk meneruskan
perjalannya.Pedulilah,yang penting wang sudah ada ditangannya.
Dia melepaskan pautan gagahnya pada kolar suami Yuhanis dan berpatah ke
keretanya.Dia mencampak keluar segala beg-beg yang ada.Dia kini terperangkap
bagi melunaskan misinya.Kereta itu segera beredar.
“Ayu?abang rindukan Ayu.Maafkan abang Ayu..mana Ayu pergi selama ni?Ayu
tahu tak selama ni abang cari Ayu?” Ungkap Hussein itu sayu.
Yuhanis menggelengkan kepalanya sambil menahan esak tangisan.
“Serahkan Eli dekat aku!aku
perlukan dia dari kau,aku tak ada duit sekarang ni!bagi budak ni dekat aku!”
Hussein berkeras sambil cuba mengambil Zara Elina dari dukungan.
“Jangan kau sentuh anak aku!..” Jerit
Yuhanis.
Hussein tidak berputus asa dan
cuba menarik Zara Elina.Selepas hampir mendakap anak kecil itu,dia menolak
tubuh Yuhanis ke arah jalan.
“Ibu!!!..” Tempik Zara Elina.
Pinn…Pinn..Skkrrrii..tt
- Ending Of Prologue-
No comments:
Post a Comment