(Chapter 4)
“Ya Allah Kak!.Tak
ada baju lain ke?Kenapa tak pakai baju selain dari ini?Baju ni saya bagi untuk pakai di
rumah saja!”
Yuhanis
melihat tubuhnya di cermin dari hujung kaki hingga ke pangkal leher.Bagi Yuhanis
rasanya bekas baju milik Farihah yang dipakainya sudah cukup cantik malahan dia
sendiri tidak pernah memakai pakaian secantik ini.Mengapa Farihah mengata
begitu?
“Mari ikut
saya Kak.Daus tengok-tengok Eli dulu ya sayang.”Kata Farihah sambil menolak
tubuh Yuhanis ke dalam biliknya.
“Baiklah
mama.”Balas si kecil pintar Syed Azri Firdaus.
Terpegun
Yuhanis melihat deretan baju-baju yang bergantungan di dalam almari.Semua
cantik-cantik belaka.Pelbagai pilihan warna dan fesyen.
“Cuba Akak
Pakai yang ini.”Farihah mencapai sehelai baju kurung moden bercorak cantik.
“Tak mahulah
Puan,Baju yang saya pakai dah cukup cantik dah.Lagipun saya ni dah
tua.”Rintihnya sambil menggelengkan kepala.
“Akak..jangan kata macam
tu.Akak taklah nampak tua,kalau saya kata Akak ni anak dara pun orang percaya
taw!.”Seloroh Farihah bersahaja.
Yuhanis
hanya tersenyum sekadar memaniskan muka.
“Habis tu Akak nak pakai
yang mana?.”Soal Farihah kembali.
“Tak apalah
puan,baju yang saya pakai dah cukup cantik.”
“Mana boleh!
Ini first time Kakak keluar pergi shopping dengan Farihah.Mestilah pakai cantik
–cantik.”
“Saya
seganlah puan,nanti orang awam ingat saya apa pula nanti.”Bungkam Yuhanis
perlahan.Berharap agar wanita itu memahaminya.
“Mmm…susah
sangat Akak ni!Biar saya sendiri yang pilih.Kali ni suka atau tak,Akak kena
pakai juga.Kalau tak saya taknak kawan Akak..”Ugut Farihah.
Lantas dia
mengeluarkan sehelai baju kurung moden berwarna merah hati berbunga kecil
kuning.
“Nah!Akak
pergi tukar.Tukar sahaja dalam bilik air saya.”Farihah meletak baju kurung ke
atas tapak tangan Yuhanis lalu menarik tangan Yuhanis dan membawanya ke bilik
air.
“Cepat
tukar Akak.Saya tunggu di luar..lepas ni saya make up Kakak pula.
Erkkk..Terkedu Yuhanis mendengar kata Farihah itu..
‘Nak make
up pulak!macam mana ni!?Jerit hati Yuhanis.
Setengah jam
mula berlalu,Farihah dan Yuhanis melangkah menuruni anak tangga.Sayup-sayup itu
terdengar suara Zara Elina dan Syed Azri Firdaus dari ruang tamu.
“Mama!kenapa
lambat sangat?lama taw Daus tunggu.”Omel Syed Azri Firdaus.
Yuhanis
berpaling memandang anak kecil itu.
“Ibu..ibu..”Omel pula Zara Elina pada Farihah walau dia tahu itu bukan
ibu kandungnya.Seketika itu,Farihah tersenyum lalu menggapai anak perempuan
itu.
“Jom kita
pergi.”Mesra Farihah melayan anak Yuhanis bersahaja.
Yuhanis
sedikit keruan melihat tindakan anak kecilnya pada Farihah.
“Makin hari
makin manja dia dengan saya ni Kak.Boleh jadi besan kita ni kan?.”Farihah
mencuit bahu Yuhanis.
Yuhanis
tersenyum nipis.Farihah mendukung Zara Elina dan memimpin tangan Syed Azri
Firdaus menuju ke kereta.
***************************
Sudah lebih satu jam mereka ‘meneroka’ di Shopping Complex itu.Dalam sejuk penghawa dingin,Yuhanis dan Farihah berehat sebentar di ruang istirahat yang tersedia khas untuk pengunjung.Dilepaskan Zara Elina dan Syed Azri Firdaus bermain di taman permainan di situ.
***************************
Sudah lebih satu jam mereka ‘meneroka’ di Shopping Complex itu.Dalam sejuk penghawa dingin,Yuhanis dan Farihah berehat sebentar di ruang istirahat yang tersedia khas untuk pengunjung.Dilepaskan Zara Elina dan Syed Azri Firdaus bermain di taman permainan di situ.
Mereka
berdua memerhati ke arah dua anak kecil yang masih leka bermain dalam golongan
awam itu.
“Puan..saya nak
tanya sikit boleh?.”Yuhanis bersuara dan Farihah memandang wajahnya.
“Boleh,tanyalah.Apa dia?”
“Tentang
orang gaji dekat rumah puan,dah lama ke dia menatap di rumah puan itu?”
“Dah nak
dekat 4 tahun jugalah,sebelum Daus adalah.Kalau nak tahu dulu dia pernah
menempuh peristiwa yang amat memilukan tahu.”Kata Farihah.
“Peristiwa
macam mana tu?.”
“Satu hari
ni,abang Yusuf on the way balik dari kerja.Masa tu abang Yusuf hampir sahaja
nak terlanggar dia sebab pada masa yang sama dia baru kena ragut.Abang Yusuf
kasihan tengok dia jadi terus bawa dia balik.Bila abang dan saya dapat tahu
yang dia tiada tempat tinggal,tiada suami dan anak-anak.Kami terus ambil dia
jadi pembantu rumah.”Terang Farihah.
Minda
Yuhanis sedikit terkedu.”Puan tak fikir ada apa-apa ke dekat dia?”
“Tak
adalah,lagipun dia nampak macam baik.”
“Saya bukan
apa,sebenarnya…”Kata-kata Yuhanis terhenti seketika apabila Zara Elina berlari
ke arahnya dengan wajah yang penuh tangisan.
“Kenapa
sayang?.”Dia mengusap-usap rambut anak kecil itu.
“Untie,tadi
patung teddy bear dia hilang masa main dekat sana.”Beritahu Syed Azri Firdaus.
“Tak apa ya Kak,mari
kita cari sama-sama.”Mereka berdua bangkit dari kerusi itu.
“Daus cari
dekat sana,mama dengan untie cari sana dulu ya sayang.”Arah Farihah lantas
berjalan bersama Zara Elina yang berada di dukungan Yuhanis.
Mereka
mencari di sekitar itu.Selepas itu,Syed Azri Firdaus kembali pada mereka
berdua.
“Mama,ini
dia.Ada budak pegang tadi.” Beritahunya.
Syed Azri Firdaus itu
menghulurkan kepada Zara Elina.Anak kecil itu mengesat air mata.Tangisannya
kian henti.
Yuhanis dan Farihah kelu tidak terkata.Pandangan mereka bertaut sesama sendiri.
Yuhanis dan Farihah kelu tidak terkata.Pandangan mereka bertaut sesama sendiri.
No comments:
Post a Comment