(Chapter 7)
14 tahun kemudian…
Jam loceng berdering pada waktu pagi.Syed Azri Firdaus masih nyenyak
tidur,telefon bimbitnya pula berbunyi.Dia masih tidak mengendah.Sayup-sayup
suara Datin Farihah dari tingkat bawah pula menempik di telinganya.
Syed Azri Firdaus bangkit dari tidur,mengenyeh-genyeh kelopak
matanya.Agaknya sudah empat kali juga telefon bimbitnya itu berbunyi.Dia
mencapai telefon bimbit seraya menjawab.
“Hello?Who’s there?”
“Who?boleh lagi kau tanya aku siapa?kau tahu tak sekarang pukul berapa?”
Gumam Khairy iaitu sahabatnya.
“Don’t worry,baru
pukul berapa.” Katanya selamba.
“Baru pukul berapa?kau tengoklah jam sekarang ni,pukul berapa?”
Sebaik sahaja Syed Azri Firdaus mengerling ke arah jam di kabinet
sebelahnya.Matanya terus buntang.
“Hello?hello?Daus?..kau dengar tak aku cakap ni?”
Panggilan Khairy ditamatkan terus.Dia mencapai tualanya lalu keluar
menuju ke bilik mandi dengan keadaan kelam-kabut.
Jam telah menunjukkan pukul 7.25 pagi,kelas di sekolahnya bakal bermula
7.30.Syed Azri Firdaus masih belum keluar rumah.
Dia meneliti penampilannya pada cermin kemudian mencapai beg silang.Pandangannya
mati seketika pada sesuatu objek,Firdaus terpana.
‘Macam manalah hidup dia sekarang?’ Detik hatinya.
“Firdaus!” Laung Ibunya,Firdaus berpaling.
‘Semoga dia baik-baik saja’ Syed Azri Firdaus meninggalkan biliknya.
Setiba di tingkat bawah,dia mengebas sekeping roti yang telah disediakan
di atas meja lalu ke pintu keluar rumah.
“Khairy telefon tadi,dia kata dia tunggu Daus dekat bus stop.” Beritahu
Datin Farihah kepada Syed Azri Firdaus yang sibuk mengikat tali kasutnya.
“Oh..okeylah mama.Daus pergi dulu.” Dia mencapai topi keledarnya dan
keluar dari pintu rumah.
Selepas menghidupkan motosikal tanpa memanaskan seketika,dia terus
menunggang pergi meninggalkan perkarangan rumah.
Datin Farihah memerhati disebalik tingkap.”Pergi sekolah pun
lambat,salam pun tidak” Monolognya sambil menggeleng seraya tersenyum nipis.
Tiba di sekolah,Firdaus memparkir motosikalnya.
“Cepat sikit,menyalak pula cikgu Aidil tu.” Gesa Khairy yang bangun dari
boncengan motosikal Firdaus sambil menanggalkan topi keledar.
“Kau takut dengan dia ke?”
Celoteh Syed Azri Firdaus.
“Takut tu bukanlah masalahnya,yang kau ni asyik lambat ni pasal apa?baik
aku naik bas dari aku tumpang kau!” Rungut Khairy.
“Tak ada metro bus subuh macam ni bang.” Kata Firdaus selamba sambil
memanggakan motosikalnya.
“Tahu pula?kau jugalah aku jadikan transport sekarang ni.Jangan nak kena
kan aku pula.”
Syed Azri Firdaus ketawa kecil.Mereka terus beredar dari kawasan itu.
Perlahan-lahan langkah kaki mereka melintas di koridor bilik guru.Firdaus
dan Khairy menjengah sebentar ke pintu bilik guru.
“Cikgu Aidil,ada apa yang boleh saya bantu?” Tegur Firdaus tenang,sengaja
mahu masuk ke kelas lambat sedikit.
Cikgu Aidil berpaling. “Firdaus,Khairy?baguslah kamu berdua ada di
sini,saya masuk ke makmal lambat sedikit.Tolong saya bawa kertas ujian topikal
ni.”
“Edar terus kepada semua ke cikgu?” Tanya Khairy.
“Tak perlu,letak saja atas meja makmal.Bila saya masuk nanti saya akan
edarkan kepada semua.” Ujar cikgu Aidil.
“Baik cikgu.” Ucap Syed Azri Firdaus dan terus melangkah pergi.

No comments:
Post a Comment