(Chapter 8)
Syed Azri Firdaus
dan Khairy bergegas menuju ke makmal kimia.Pelajar-pelajar yang lalu-lalang di
sekeliling mereka juga sibuk menuju ke kelas masing-masing.
Dalam kelekaan
itu,Syed Azri Firdaus terlanggar seorang pelajar perempuan membuat
kertas-kertas yang dipegangnya berterabur dan bercampur-aduk.Dia mendengus kuat.
“Woi!tak nampak
ke?mata kau letak mana?” Tempelak Firdaus pada gadis itu.
“Maaf,saya tak
sengajalah.” Gadis itu mengangkat muka.
Sekilas sebentar mereka berpandang sesama
sendiri.
Gadis ini memang cantik dan manis,boleh
terpikat sesiapa yang menatapnya.Puji Syed Azri Firdaus.
“Ehem..mm..” Khairy menegur.Syed Azri Firdaus
dan gadis itu segera memungut kertas-kertas yang bertaburan tanpa banyak bicara.Mereka
bertiga terus beredar dari koridor tersebut.
Di makmal
kimia,Syed Azri Firdaus dan Khairy melangkah masuk lalu meletak kertas-kertas
yang berada di dakapan mereka.
“Cantikkan
perempuan tadi?” Ungkap Khairy sambil menyusun kertas-kertas itu supaya
kelihatan rapi.
Syed Azri
Firdaus tersenyum tawar.”Kalau kau suka dia,kau pergilah mengorat dia.”
‘Kita nak usik
dia,kita sendiri pula yang kena?’ Detak hati Khairy.
“Aku tak
perlukan dia.kau yang patut mengorat dia,bukan
aku.”Ujar Khairy.
Langkah kaki
mereka berdua menuju ke tempat duduk makmal.
“Tak perlu?kau
kan mahu kan yang baru?” Firdaus mengusik.Saat itu dia tidak sedar dia terlepas
kata.
Khairy kalih
merenung Firdaus dengan pandangan yang tajam.”Maksud kau?”
“Tak..takde apa-apa,Sabrina tulah.”Firdaus terkumat-kamit.
Khairy tersenyum
hambar.Sambil meletak beg di ribaannya.Dia mengeluh perlahan.
Hampir 10
minit,kelas bermula seperti biasa.
‘Ringg…’ loceng
berbunyi menandakan waktu rehat sudah bermula.
“Baiklah
semua,kita sambung jumaat ni.Firdaus!tunggu saya selepas ni.” Pesan cikgu
Aidil.Firdaus berkerut.
Semua pelajar-pelajar kelasnya
sudah pun meninggalkan makmal.
“Kau nak pergi
makan ke?” Tanya Khairy sambil mengemas buku yang dipakai ketika pembelajaran.
“Tak tahulah.Kau
pergilah dulu,cikgu Aidil nak jumpa aku.” Kata Firdaus.
“Ohh..okeylah,aku
keluar dulu.” Khairy menepuk-nepuk bahu sahabatnya.
Bayang-bayang
Khairy dan murid sekelasnya sudah pun hilang di makmal itu.Cuma ada Firdaus dan
cikgu Aidil sahaja.
Syed Azri Firdaus
bangkit lalu melangkah menghampiri ke arah cikgu Aidil yang kelihatan kusyuk
mencatat sesuatu di ruangan kertas.Dia berdiri tegak di depan cikgu itu.
“Kenapa
cikgu?ada apa?”
Cikgu Aidil
mengangkat muka sambil tersenyum sinis.”Well done!i’m very proud of you.” Suara
cikgu Aidil penuh sinis.
Firdaus terkedu.’Tak
pernah pula cikgu ni puji dekat aku.Ini pasal apa pulak?’
“You see this..”
Cikgu Aidil menghalakan kertas itu ke pandangan Syed Azri Firdaus.
Firdaus
tergamam.’Ini mungkin budak perempuan tu punya.’Detik hatinya.
“Maaf cikgu,masa cikgu suruh saya dengan Khairy bawa paper pagi tadi,ada
sorang student langgar saya.lagipun dia macam kelam-kabut time tu.Maybe dia
terambil bahagian paper saya kot.Nanti saya cari dia balik.” Tokok Syed Azri
Firdaus.
Cikgu Aidil menggangguk faham.
“Baiklah,saya nak awak dapatkan balik kertas awak,hantar di meja saya
sebelum balik.” Pesan cikgu Aidil seraya menyerahkan kertas tersebut pada Syed
Azri Firdaus.
“Baik cikgu.” Balas Firdaus perlahan lalu melangkah mahu meninggalkan
bilik makmal.
“Firdaus!” Kaki Syed Azri Firdaus terhenti,lalu dia berpaling.
“Nasihat cikgu,get rid of from
Natasya.Dia tidak membawa apa-apa
keuntungan pada awak.Cikgu tak mahu lagi lihat awak berhubungan dengan dia.”
Tambah cikgu Aidil.
Syed Azri Firdaus diam membisu lalu melangkah keluar.
‘Kenapa susah
sangat keluargaku dan cikgu hendak menerima Natasya?’
No comments:
Post a Comment