(Chapter 11)
Rehat itu,Syed
Azri Firdaus merenung ke arah padang sekolah yang terbentang luas di depannya
sambil bersandar pada sepohon pokok.
Ingatkan mahu
jumpa Natasya waktu begini,tetapi kata-kata cikgu Syafinaz membuatkan dia
hilang mood untuk bersama kekasih hatinya.Terpaksalah dia bersidai di padang
sekolah itu.
'Bila papa meleter,Daus kata Daus reti nak uruskan diri sendiri.Bila papa tak meleter,ke lautlah jawabnya.' Kata bapanya sebelum ini.
'Saya hairanlah bila situasi ini merebak ke dalam kehidupan sosial awak,saya bagi kerja pun tak siap.Jangan awak ingat family awak bussinessman paling terpengaruh dekat KL ni saya tak berani nak mengambil tindakan ke atas awak.' Kata-kata cikgu Aidil beberapa tempoh yang lalu.
'Awak kena fikir course yang awak ada ini bukan perkara main-main,jangan pula bila dah dapat result SPM baru nak menyesal.' Kata pula cikgu Diana.
Syed Azri Firdaus cuba memikirkan kata-kata yang mungkin membelenggu dirinya.'Awak banyak berubah.' Dia teringatkan kata-kata cikgu Syafinaz tadi.
'Mereka semua cakap aku macam tu,kenapa dengan aku ni?'
Firdaus mengeluh lalu membuang pandangan ke sebelah kanan.Matanya terus terpana.’Siapa pula budak perempuan tu cari?’ Detik hatinya.
'Saya hairanlah bila situasi ini merebak ke dalam kehidupan sosial awak,saya bagi kerja pun tak siap.Jangan awak ingat family awak bussinessman paling terpengaruh dekat KL ni saya tak berani nak mengambil tindakan ke atas awak.' Kata-kata cikgu Aidil beberapa tempoh yang lalu.
'Awak kena fikir course yang awak ada ini bukan perkara main-main,jangan pula bila dah dapat result SPM baru nak menyesal.' Kata pula cikgu Diana.
Syed Azri Firdaus cuba memikirkan kata-kata yang mungkin membelenggu dirinya.'Awak banyak berubah.' Dia teringatkan kata-kata cikgu Syafinaz tadi.
'Mereka semua cakap aku macam tu,kenapa dengan aku ni?'
Firdaus mengeluh lalu membuang pandangan ke sebelah kanan.Matanya terus terpana.’Siapa pula budak perempuan tu cari?’ Detik hatinya.
Firdaus mengucup
kuat bibirnya cuba member isyarat pada pelajar perempuan itu agar sedar dia di
situ.
‘Oh,dia
dekat sana rupanya.’ Bisik hati kecil Zara Elina.
‘Nak jumpa ke
tak?takkan tak jumpa,nanti apa pula?’ Fikiran Zara Elina berbolak-balik,dia
mula berasa kalut.
Perlahan-lahan langkah kaki diatur,Zara Elina
cuba menghampiri Syed Azri Firdaus dengan tenang.
Syed Azri
Firdaus merenung tajam wajah Zara Elina.Takkan dia cari aku?
“Assalamualaikum.” Ucap Zara Elina.Dia mula merasa takut dengan cara
Syed Azri Firdaus merenungnya.
“Waalaikumussalam..ada apa cari aku?”
“Ini untuk awak.” Zara
Elina menghulurkan seisi plastik putih yang mengandungi buah asam kepadanya.
Syed Azri
Firdaus terkedu.’Kenapa dia bagi dekat aku?lantaklah,aku pun tengah lapar
sekarang ni.’
“Thanks.” Kata
Firdaus seraya meraih seisi buah asam yang dihulurkan Zara Elina.
Tanpa banyak bicara,Firdaus memakan buah asam
itu.Zara Elina masih tertunduk malu.
“Kenapa kau
cari aku?” Tanya Syed Azri Firdaus.
“Nak minta maaf
soal semalam tu,tak pasal-pasal menyusahkan awak.” Terang Zara Elina.
Syed Azri Firdaus mengangkat kening.’Aik?nak
minta maaf pun sampai nak belanja aku makan?’
“Ohh..tak
mengapa.” Peliklah perempuan ni.Bisik hati kecil Firdaus.
“Kenapa awak
berdiri sorang-sorang dekat sini?” Soal Zara Elina tanpa segan silu.
“Apasal?tak
boleh?”
“Bukannya tak
boleh,pengawas marah awak nanti baru tahu.”
“Kau boleh
panggil dia datang sinilah suruh halau aku sekarang,itu pun kalau dia
beranilah.” Kata Syed Azri Firdaus.Terselit nada keangkuhannya itu.
“Bukan sebab
awak kena marah dengan cikgu,awak duduk dekat sini?” Teka Zara Elina.
Syed Azri Firdaus kalih laju memandang Zara
Elina.Wajahnya bertukar bengis.
“Itu aku punya hal lah!yang kau sibuk nak tahu
apasal!?” Keras nada Syed Azri Firdaus.
Baki buah asam
yang berada di genggamannya dicampak terus di muka Zara Elina.Tersentuh juga
hati Zara Elina apabila Syed Azri Firdaus meninggikan suara kepadanya.
Firdaus
melangkah untuk pergi,dia berhenti lalu berpatah balik ke arah Zara
Elina.Tangannya diraih ke dagu gadis itu.
“Kau fikir kau buat semua ni untuk aku,aku nak buat baik dengan kau?aku taknak tengok muka kau lagi.”
Zara Elina
termanggu.
“Kau tak layak
untuk aku..” Sambung Syed Azri Firdaus lagi.
Syed Azri
Firdaus berpaling seraya melangkah pergi.Dibiarkan Zara Elina terpaku di
situ.Saat gusar begini,hanya satu wajah yang menerpa di minda.
‘Balik ni aku
harus jumpa Natasya,hilang sikit rasa rindu aku dekat dia.’
Bayang-bayang
Syed Azri Firdaus tidak lagi kelihatan,Zara Elina masih terpaku.Jauh di tubir
mata.Dia mahu menangis.
*********************************
Azman duduk di
belakang.Dia membuang pandangan ke arah Zara Elina dan Nadirah yang sibuk
menyiapkan kerja yang diarahkan cikgu sebentar tadi.Dia bangkit dari tempat
duduknya lalu melangkah menghampiri mereka.Azman mengambil tempat di depan
Nadirah.
“Confident nya
buat,ajar aku sikit.” Tegur Azman.
“Yeke?tak tahu
pula aku.Selalunya aku yang failed subjek macam ni.” Celoteh Nadirah.
Azman
tersenyum.Dia kalih merenung Zara Elina.Senyumannya tiba-tiba pudar apabila
mendapati ada serba tak kena dengan wajah gadis di depannya itu.
“Elina,kau menangis
ke?” Tanya Azman.
”Aku kata
jangan jumpa,kau nak jumpa juga.” Sampuk Nadirah di sebelahnya tanpa memandang
wajah sahabatnya itu.
“Aku cuma nak minta
maaf je dekat dia,bukannya nak mengorat ke nak cari pasal dengan dia pun.”
Bentah Zara Elina perlahan.
Azman mengerut
dahi.Tidak faham apa yang dibincangkan oleh dua gadis manis di depannya
itu.Jika dia menyampuk,apa pula kata mereka.
“Kau maksudkan
siapa?” Tanya Azman pula.
“Syed Azri
Firdaus..” Jawab Zara Elina sambil termenung.
Azman
mengangguk perlahan.Jika tidak bertanya pun dia sudah dapat meneka siapa
gerangan yang dimaksudkan Zara Elina.
“Firdaus buat
kau marah ye?..janganlah risau.Suatu hari nanti,dia mesti berlayan baik dengan
kau.Percayalah.” Kata Azman seraya merenung wajah manis Zara Elina.
‘Dia dah
berhubungan dengan perempuan tu,mustahil dia mahu berbaik dengan aku.’ Cetus
hati Zara Elina.


No comments:
Post a Comment