(Chapter 12)
“Macam tu sekali?habis,nanti cikgu tanya aku kau pergi mana aku nak
jawab apa?”
Khairy menggaru-garu kepalanya.Susah betul dirinya mahu bersubahat
dengan perkara ini.
“Kau cakaplah aku sakit,mak aku jemput ambil.okey?” Syed Azri Firdaus
memberikan cadangannya yang langsung tak masuk akal.
“Tapi..”
“Cikgu Diana sendiri cakap dekat aku masa aku jatuh sakit dekat sekolah
sebelum ni.” Pintas Firdaus.
“Dia cakap apa?”
“Kalau kamu sakit,call lah parents awak sendiri ambil awak.Kenapa
sanggup buang masa cari saya kata awak sakit.” Terang Firdaus seolah-olah
menyindir dialog cikgu Diana.
Khairy terkedu.’Dah kau selalu buat hal,memanglah dia cakap macam
tu.Tapi tak bermakna kau boleh menipu dia dengan cara macam ni.Kalau aku jadi
dia pun,aku pun cakap macam tu.’ Cebik hati Khairy.
“Hei macha!cepatlah,aku nak kunci kelas ni.” Tegur salah satu pelajar
lelaki kelas mereka.
Khairy berpaling.”Wait,we will go out.”
Dia kalih semula memandang Firdaus.
“Okey..aku pergi dulu,nanti kata dekat Natasya aku tunggu dia dekat
seberang jalan sana okey?” Pesan Firdaus segera melangkah keluar.
Khairy dibiarkan terpaku di situ.Perlahan-lahan dia mengeluh berat.
*********************************
Bunyi bising di
pertengahan kompleks itu yang hingar-bingar tidak sedikit pun menganggu diri
mereka masing-masing.Syed Azri Firdaus leka menyayat kekasih hatinya Natasya.
Langkah kaki
mereka berdua tidak terhenti.Natasya kelihatan tersenyum menggoda sambil
merangkul erat lengan Firdaus.
Syed Azri
Firdaus sedar,beberapa pelajar sekolah yang berkunjung di situ tidak
putus-putus memandangnya dengan penuh iri hati.Siapa yang tidak
cemburu,melihatnya mendampingi gadis cantik berwajah separuh mat saleh.
Apabila Natasya
kalih memandang mereka.Senyuman yang angkuh akan dilemparkan begitu sahaja.
Bila pelajar
perempuan yang melintasi Syed Azri Firdaus.Wajah tampannya akan dihadiahkan
senyuman menawan kepada gadis sekelilingnya.Banyak kali juga gadis di
sekolahnya cuba memikatnya,tetapi tidak terdaya.
Lain seperti
Khairy,lelaki kacak yang memiliki sifat baik hati dan bersopan-santun.Tetapi
dia faham dengan kerenah gadis yang cuba memikatnya,dia tidak kisah apa pun
yang mereka mahu buat kerana dia tidak akan layan.
Telefon bimbit
Firdaus berbunyi.Dia menyeluk saku dan mengeluarkan telefon bimbitnya.
“Sekejap ya
sayang,siapa pula yang call ni.” Tutur Syed Azri Firdaus lembut.
Dia meneliti
skrin dengan jelas.Khairy?ada apa Khairy telefon dia masa ni?
“Hello.”
Jawabnya.
“Habislah kau Daus,aku
pun tak tahu nasib kau sekarang ni.Matilah kau.” Suara Khairy menerpa di
gegendang telefon.Firdaus mengerut dahi.
“Call aku tak
tentu pasal,bagi salam pun tak,tanya keadaan aku sekarang pun tak lepas tu kau
nak cakap aku dah nak mati pula?” Ceceh Syed Azri Firdaus walaupun dia tidak
tahu hal yang sebenar.
Dari arah
sana.Khairy mengeluh hampa.”Wei Daus!kau tak takut ke?” Marah Khairy.
“Cuba kau cakap
dekat aku apa yang sebenarnya kau nak cakap.Jangan nak memekak dekat telinga
aku.” Pinta Firdaus.
Natasya yang
berada di rangkulannya merenung Syed Azri Firdaus dengan penuh kehairanan.
Seketika dia
bercakap di talian.Khairy menjelaskan perkara yang sebenar.Air mukanya
berubah.Dia terus mematikan panggilan.
“Why
sayang?tell me what happen?” Soal Natasya seraya menyedari riak wajah lelaki di
sisinya.
“Jom kita
balik.” Pintanya lalu menarik tangan Natasya.
'Kenapa dengan Firdaus ni?' Bisik hatinya.
'Kenapa dengan Firdaus ni?' Bisik hatinya.
*********************************
Pada masa yang
sama di rumah Khairy.Dia meletakkan telefon bimbitnya di atas bantal.Kemudian
merebahkan tubuhnya di katil.Dia cuba memikirkan sesuatu.
Patutlah reaksi cikgu Diana tadi lain macam saja.Rupa-rupanya
dia menghubungi ibubapa Firdaus ingin mengetahui perkara yang sebaliknya.Ini
juga Farah menghubunginya sebentar tadi.Jika tidak,dia tidak mengetahui soal
yang sebenar.

No comments:
Post a Comment