(Chapter 10)
Syed Azri Firdaus
menyanyi-nyanyi menuruni tangga.Datin Farihah memandang Datuk Syed Ahmad
Yusuf,mereka cuba berbicara melalui pandangan mata.
Datuk Syed Ahmad
Yusuf mengerling pada jam di dinding.Sudah hampir pukul 10.00 malam,Firdaus
masih mahu keluar merayap.Entah pukul berapalah pulangnya nanti.
Semenjak musim
PMR nya dua tahun lepas,sikap Syed Azri Firdaus tidak seperti dulu.Ibubapanya
juga tahu tentang hubungan anaknya bersama anak keluarga barat itu,mungkin
kerana mereka Syed Azri Firdaus bersikap begini.
“Daus nak pergi
mana malam-malam ni?” Tebak Datuk Syed Ahmad Yusuf sebaik sahaja Firdaus
mencapai daun pintu.
“Main
futsal,sebelum pukul 12.00.Daus baliklah.”
“12.00 malam
ke?12.00 tengah hari?”
Syed Azri
Firdaus merengus perlahan.”12.00 malam.Okeylah papa,mama..Daus pergi dulu.”
Katanya lalu menutup pintu.Malas dia mahu mendengar bebelan bapanya.
Selepas Firdaus
hilang di telan pintu.Datuk Syed Ahmad Yusuf kalih memandang isterinya.
“Awak
tengoklah,anak kesayangan awak tu.Dah pandai menjawab cakap saya dah.”
“Abang buatlah
sesuatu,janganlah duduk fikir nak salahkan saya saja.”
Datuk Syed Ahmad Yusuf akhirnya senyap tidak
bersuara.Dia perlu mencari suatu perkara untuk membuat anak terunanya berubah.
**********************************
Waktu pagi
yang gelap sudahpun menerang biru di langit.Zara Elina membancuh air teh untuk
disuakan kepada Ustaz Azhari,dia juga sedang bersiap untuk ke sekolah.
“Pakcik boleh
buat sendiri air teh ni,kenapa susah nak buat untuk pakcik?”
“Kenapa?tak boleh ke?”
Ustaz Azhari
tersenyum nipis.”Bukan tak boleh,dah macam orang gaji pakcik tengok kamu ni.”
Zara Elina
mengambil tempat di sisi Ustaz Azhari,dia merenung sayu padanya.
“Masa dekat
sekolah rendah dulu,cikgu Eli ada pesan adakalanya kita perlu berkorban untuk
insan yang kita sayang meskipun dia tiada ikatan kekeluargaan bersama diri
kita.”
“Maksudnya Eli
buat semua ini adalah pengorbanan?” Tanya Ustaz Azhari.
“Kalau pakcik
anggap begitu.”
Ustaz Azhari
berasa kasihan dengan anak gadis yang dipelihara sejak kecil itu.Semenjak
isterinya meninggal empat tahun lepas,Zara Elina juga yang menemani hidupnya di
saat dia merasa suka malah di saat dia berasa duka.
Ia adalah berkat anugerah Allah kerana memberi dia merasa kasih
sayang seorang anak,dia dan arwah isterinya tidak pernah merasainya semenjak
berkahwin tambah lagi isterinya gugur kandungan malah tiada rezeki untuk
mendapat cahaya mata sebelum bertemu insan seperti Zara Elina yang dianggap
anak sejak saban dahulu.Jika tidak masakan dia terlanggar arwah Yuhanis 14
tahun lepas.
Meskipun dia
tahu Zara Elina bukan dari darah dagingnya,anak gadis itu adalah yang terindah yang Tuhan kurniakan bersama dia dan arwah isterinya.
Zara Elina memandang tepat wajah Ustaz
Azhari,perlahan-lahan dia mengukir senyuman buat lelaki itu.
***********************************
“Firdaus!!”
Tempik cikgu Syafinaz.
Syed Azri
Firdaus tersentak lalu terjaga dari lenanya.Suasana kelas yang riuh sebentar
tadi menjadi sunyi akibat pekikan cikgu Syafinaz.
“Sekarang waktu belajar bukan waktu tidur!Saya dah
muak tengok ibubapa awak datang ke sini complain tentang masalah awak,wake up
Firdaus.Wake up!”
Firdaus
mengeluh perlahan.
“Awak dah
banyak berubah.” Kata cikgu Syafinaz sebelum berpaling.
Kata-kata
cikgu Syafinaz membuat Firdaus mengerut dahi.Berubah?
Khairy
berpaling padanya sambil mengangkat bahu.
No comments:
Post a Comment