(Chapter 15)
“Oh..petang tadi Eli hampir kena langgar kereta.Tapi tak apa,Eli selamat
cuma tangan ni luka sikit.” Jawab Zara Elina.
“Siapa orang tu?”
“Makcik,lagipun salah Eli lah juga.Asyik mengelamun masa tu,kan dah jadi
macam ni.”
“Ada minta maaf dengan dia tak?”
“Ada,dia jugalah hantar Eli sampai ke rumah.Orangnya baik.” Tambah Zara
Elina.
“Sudah,tanggalkan sapu tangan ni.Pergi mandi lepas tu sapu ubat.”
Perintah Ustaz Azhari.
“Baik pakcik.” Zara Elina menanggalkan sapu tangan itu dan berlalu ke
bilik.
“Bagi sapu tangan tu dekat pakcik.” Pinta Ustaz Azhari.
Zara Elina berpaling.Tanpa banyak soal,dia menyerahkan sapu tangan itu
ke tapak tangan Ustaz Azhari.Dia pun berlalu pergi.
Ustaz Azhari merebahkan tubuhnya ke sofa.Jari jemarinya memegang sapu
tangan biru muda itu.Dia merenung sapu tangan itu.Tercetus hatinya seperti
objek itu mengingatkannya tentang masa lalu…
“Kau ni memang macam
budak-budak la Zari.Kita sekarang dekat you,bukan dekat sekolah.” Ketawa Syed
Ahmad Yusuf seolah-olah mengejeknya.
“Sudah la tu,kau nak makan ke tak?ada pula jembalang yang kebas makanan
kau nanti.”
Mereka berdua berehat sambil makan di Taman Tasik yang terdampar di
kawasan Universiti Kebangsaan Malaysia.Meskipun kursus yang diambil mereka
berbeza.Perkenalan mereka tidak pernah putus sejak Azhari melanjutkan pelajaran
di situ.Ini juga bergantung pada sikap Syed Ahmad Yusuf yang peramah.
“Setiap kali aku pergi lunch
dengan kau,mesti ada kain buruk tu.Siapa punya sebenarnya?macam sayang je kau
dengan sapu tangan tu.” Soal Syed Ahmad Yusuf.
“Arwah mak aku bagi..” Jawab Azhari.
Syed Ahmad Yusuf mengangguk faham.”Patutlah kau sayang dengan benda
tu,sebab dia bermakna bagi kau kan?”
“Hadiah yang
terbaik,adalah sesuatu yang kita sayang.” Tutur Azhari.
Syed Ahmad Yusuf
mengerut dahi.Terkulat dia mendengar kata-kata yang terpacul dari mulut
sahabatnya.Tanpa banyak bicara,dia meneruskan seleranya.
Azhari melihat masa pada jam
tangannya.Dia merasa aneh..
“Alamak!sorry
Yusuf,aku minta maaf sangat-sangat.Aku kena pergi cepat.Aku lupa ada kelas
lagi.” Ujarnya sambil mengemas bekalannya.
Azhari berlalu
pergi.Dia tidak perasan,sapu tangan miliknya tercicir di situ.Syed Ahmad Yusuf
pantas mengutip.
“Zari!sapu
tangan kau.” Laung Syed Ahmad Yusuf.
“Kau ambillah!”
Sahut pula Azhari dari jauh.
Syed Ahmad Yusuf melihat Azhari
yang makin lenyap pada pandangannya.
Mungkin mereka tidak sedar bahawa
mereka pada peringkat semester yang terakhir.Ustaz Azhari sedar juga sedar itu
kali yang terakhir mereka bersama.Telefon bimbit mereka pun sudah jauh
terhubung,masing-masing menuju ke arah kerjaya mereka.
‘Yusuf..Yusuf,bagaimana
keadaan kau sekarang ni?’ Hatinya berkata-kata.
“Pakcik..pakcik.” Sapa Zara
Elina.
Panggilan suara
Zara Elina memustuskan lamunan Ustaz Azhari.Segera dia berpaling.
“Ya,ada apa?”
“Pakcik
pergilah mandi,solat dulu nanti Eli nak hidangkan makan malam.Pakcik kata malam
ni kita nak keluar?”
“Eli dah solat
ke?” Tanya Ustaz Azhari kembali.
“Dah,baru
saja.Cepatlah pakcik.Cancel pula rancangan kita nanti.” Desak Zara Elina.
“Yelah-yelah.”
“Eli nak masak
dulu ye.” Pamit Zara Elina segera melangkah pergi.
“Mana Eli dapat
sapu tangan ni?”
Langkah Zara Elina terhenti.Dia
berpaling.
“Makcik tu
punya.Janganlah pakcik risau,makcik tu baik!” Balas Zara Elina seraya melangkah
pergi.
Zara Elina berlalu
pergi.Terbiar Ustaz Azhari terpaku di ruang tamu itu.Dia menanggalkan songkok
lalu meletak atas meja tamu.Setelah bangkit dari sofa,dia mengeluh panjang.


No comments:
Post a Comment