(Chapter 16)
Jam
menunjukkkan pukul 7.24 pagi.Hanya tinggal 3 minit sebelum kelas bermula.Syed
Azri Firdaus dan Khairy bersembang kosong menunggu proses pembelajaran bermula.
“Kau kena
bersedia tahu tak?” Tanya Khairy sambil tersenyum sinis.
Syed Azri
Firdaus mengangkat kening.”Untuk apa?”
“Aku dah cakap semalam
cikgu-cikgu dekat sekolah ni,susah nak percaya dengan kita tahu tak.Aku dah
sedar tentang perkara ni,itu pasal aku taknak ikut kau ponteng semalam.”
“Tak guna punya
kawan,sampai hati kau biarkan aku tanggung semua risiko ni?kalau tak,kita
sama-sama hadapi tahu.” Bungkam Syed Azri Firdaus sengaja berbuat merajuk.
Khairy ketawa
kecil.”Alah!kau kan hero,pandai-pandailah kau settle kan semua ni,macam tak
biasa pula kau ni.”
‘Ceh!dari semalam sampai hari
ni,asyik aku je kena!’ Cebik hati Firdaus.
Syed Azri
Firdaus menjeling seketika pada Khairy yang dari tadi ketawa
terhinjut-hinjut.”Tahu gelak je,tolong aku selesaikan problem aku tak ada pula.kau
confirm kena punya,tak pernah kalau aku kena denda tak ada kau dekat sebelah
aku.” Detak Syed Azri Firdaus seraya bangkit dari tempat duduknya.
Dia melangkah
ke pintu kelas untuk keluar.Hampir-hampir saja dia mahu terlanggar Farah yang
baru sahaja muncul untuk masuk ke kelas.Terkejut juga dia.
‘Aik?cepat gila
Daus datang.Macam tak percaya je.Selalunya cikgu masuk dulu baru dia datang.Aku
bermimpi ke ni?’ Detik hati Farah.Tanpa sedar,dia mengusap kedua matanya.
“Kau ni memang
mata letak dekat lutut ke?Terkejut aku tahu tak?” Tebak Syed Azri Firdaus.
Farah mengeluh
hampa.”Aku pula?yang kau tiba-tiba wujud depan aku ni kenapa?”
“Aku kelas ni
juga memanglah aku wujud dekat sini.Yang kau datang lambat apasal?kena marah
dengan cikgu,baru tahu!” Herdik Syed Azri Firdaus lalu melangkah keluar.
Dibiarkan
Farah terkebil-kebil di depan pintu.’Lambat?dia tahu tak sekarang pukul
berapa?itulah akibatnya,selalu datang lewat.Masa pun dah tak tahu.’ Bisik
hatinya sambil menggelengkan kepala.
Setelah
meletak beg di tempat duduknya.Dia kalih memandang Khairy yang dari tadi
tersenyum sendirian.Langkah kakinya menuju ke arah Khairy.
“Wei
Khairy,kenapa dengan member kau tu?demam ke?”
Khairy
terkedu.’Bad mood tak tentu pasal hari ni,takkan Daus demam kot?’
“Mana
ada..yang kau cakap dia tak sihat kenapa?”
“Yelah-yelah.Cuma yang aku hairan awal pula kau dengan dia datang
sekolah.”
“Eh!jangan
samakan aku dengan dia ye?sebelum saja,selepas ni aku datang awal means
keseorangan kerana aku akan dapat motor.” Beria-ia bicara Khairy.
“Hai..tentang
motor pula kau cakap.Aku tanya kenapa dengan Daus?bukannya bila kau dapat
motor.” Bidas Farah geram.
“Alahai,kau
call aku sebab apa semalam?” Tanya Khairy balik.
“Sebab nak kau
bagitahu Daus yang cikgu Diana dah tahu dia bohong cikgu.”
Khairy mengangguk
laju.”Ha!sebab tu lah.”
“Oh..” Farah
mengangguk pula.Dia berpaling memandang Firdaus yang mengambil angin di
koridor.Patutlah cara Syed Azri Firdaus melayan dia lain macam saja.
************************************
Jam hampir
menandakan pukul 11.00 pagi.Di bandar puchong jaya B,Ustaz Azhari mencari
sebuah kedai makan untuk menukar syiling bagi persediaan membayar tol di Plaza
berdekatan untuk menuju ke pejabat PPD kerana urusan kerja.
Datuk Syed
Ahmad Yusuf pula mencari kelibat restoran di situ bagi mengalas perut dan
berehat seketika setelah melawat tanah besar iaitu kawasan projek syarikatnya.
“Terima kasih
bos.” Ucap Ustaz Azhari.
“No problem
encik.” Balas tauke restoran itu.
Ustaz Azhari
melangkah pergi seraya memasukkan beberapa butir syiling.Secara tidak
sengaja,dia terlanggar seseorang yang baru tiba memasuki restoran tersebut.
Dompetnya
jatuh dan beberapa butir syiling berterabur di permukaan lantai.Tanpa banyak
bicara,lelaki itu membantunya.
“Maaf encik!saya
betul-betul tak sengaja.” Mohon lelaki itu.
“Tak
mengapa,saya sendiri tak perasan awak lalu.”
Semasa
membantu Ustaz Azhari.pandangannya mati pada dompet Ustaz Azhari.Dia merenung
wajah Ustaz Azhari.
“Awak Azhari
Abdullah ke?” Soal lelaki itu.
Ustaz Azhari
mengangkat muka.”Ye saya?”
“tok..tok..”ketukan
pintu kedengaran segera murid-murid di kelas tersebut mengalih perhatian.
“Maafkan saya
cikgu,cikgu Diana nak jumpa Syed Azri Firdaus sebentar.Terima kasih.” Tutur
pelajar itu.
Semua pandangan mata beralih ke arah Syed Azri
Firdaus.Dia cuba berlagak tenang.
“Selamat
diceramahkan sahabatku..hahaha..!” Sindir Khairy seraya ketawa kecil.
Syed Azri
Firdaus hanya menjeling.
“Oh ye,dengan
Khairy sekali cikgu nak jumpa.” Sambung pelajar itu.
Khairy
terkedu.”Kenapa pula?” Monolognya sendirian.
“Hahahah..!aku
dah cakap dah,kau mesti kena punya.” Perli Syed Azri Firdaus.
Langkak kaki
mereka berdua serentak ke pintu keluar kelas.
“Firdaus,Khairy.Lepas ni korang terus pergi library tahu?cikgu tak masuk
lepas ni.” Pesan Farah.
No comments:
Post a Comment