(Chapter 14)
“Sakit lagi ke
sayang?” Tutur Datin Farihah lembut.
Datin Farihah
mengusap-usap luka pada tangan Zara Elina.
“Tak
mengapa,bukan parah pun.Cedera ringan je ni..” Ujar Zara Elina.
Wanita itu hanya
tersenyum padanya.Dia membalut luka itu menggunakan sapu tangan berwarna biru
muda pada tangan Zara Elina.
“Adik duduk
mana?” Tanya Datin Farihah.
“Dekat rumah
teres seberang pekan ni je.”
“Mari makcik
bawa adik balik.”
“Tak mengapa,cedera tangan je.Saya masih boleh
berjalan balik.” Zara Elina menolak pelawaan Datin Farihah.Bukan setakat dia
mahu jaga hati wanita itu,tetapi tidak mahu menyusahkannya.
“Marilah,kalau
adik tak cedera pun makcik akan hantarkan kamu juga.” Pujuk Datin Farihah lagi.
Zara Elina
memandang wajah wanita itu.Tidak patut dia menghampakan pelawaannya.
“Baiklah.”
Datin Farihah
membantu Zara Elina bangkit untuk berdiri.Lalu mengiringi anak gadis itu hingga
ke keretanya.
Setelah menaiki
kereta.Dalam perjalanan..
“Adik dari
mana?kenapa petang-petang macam ni baru balik ke rumah?” Datin Farihah
bersuara.
“Saya banyak
kerja tolong cikgu dekat sekolah tadi,itu balik lambat.Selalunya sebelum
balik,saya akan beli barang-barang untuk makan malam.” Terang Zara Elina.
“Ohh..” melihat
lencana yang tertera di kain tudung Zara Elina,dia merasa sesuatu.
“Adik sekolah
seksyen 17 dekat subang jaya ke?”
“Ya..” Jawab
Zara Elina ringkas.
“Yeke?samalah
nampaknya,anak makcik sekolah dekat situ juga.”
Zara Elina
mengangguk seraya tersenyum.Tidak sangka juga dia bahawa wanita ini seorang
yang baik hati dan peramah.
“Tingkatan
berapa?” Tanya Datin Farihah lagi.
“Tingkatan
lima,tahun ni last sekolah lah.” Jawab Zara Elina mesra.
Datin Farihah
menggangguk perlahan.’Sekolah sama,umur pun sama.Firdaus kenal atau tidak budak
perempuan ni agaknya ya?’ Detik hati Datin Farihah.
“Belok kanan ni
lepas tu masuk arah kiri ni nanti.” Beritahu Zara Elina sambil menuding jari ke
arah yang ditunjuk.
Akhirnya kereta
yang dipandu Datin Farihah tiba di depan rumah Zara Elina.Mata Datin Farihah
mencerna ke arah rumah Zara Elina yang berkunci.’Agaknya ibubapa budak
perempuan ni marah ke tak ni?.’
“Okeylah
makcik,saya minta diri dulu.” Pamit Zara Elina sebelum berpaling untuk mencapai
daun pintu.
“Berehat
banyak-banyak ye dik,sapu ubat dekat tangan tu biar cepat elok.” Pesan Datin
Farihah.
Gerak atur Zara
Elina terhenti,dia berpaling semula ke arah Datin Farihah.”Baik makcik.”
Dia melangkah
keluar dari kereta itu.Sebelum menutup pintu..
“Ibu.” Panggil
Zara Elina.Datin Farihah tergamam.
“Pandu kereta
baik-baik ye.” Sambung Zara Elina lagi sambil tersenyum.
Pandangan mata
mereka bertaut sesama.Datin Farihah kalih merenungnya dengan penuh makna,sedaya
upaya dia mengukir senyuman buat gadis itu.
****************************************
Zara Elina
melihat kereta itu berlalu pergi.Selepas kelibat kereta itu hilang dari
pandangannya.Wajahnya yang tersenyum kian pudar.Entah mengapa terbit pula rasa
rindu,walau dia sedar bahawa wanita tersebut adalah orang asing baginya.
Dia menghelakan
nafas secukupnya.Mungkin kerana wanita itu telah membantunya.Jauh di sudut
hati,dia mengharap dapat bertemu lagi dengan wanita itu.
7.20 malam
itu,Ustaz Azhari tiba di rumah.Zara Elina sudah menyediakan sepinggan kuih yang
baru dimasak sebentar tadi.
“Pakcik
ni kenapa balik lambat sangat?” Sungut Zara Elina.
Ustaz Azhari
terkedu.’Tak pernah pula budak ni mengadu aku balik lambat,ini pasal apa pula?’
“Kalau cepat
habis,cepatlah pakcik balik.Yang kamu ni kenapa pula?”
“Eli balik
sekolah lambat tadi.Ada telefon pakcik,tapi pakcik tak jawab.Sebab Eli nak singgah
kedai sekali.” Ujar Zara Elina.
“Ohh..pakcik
silent handphone tadi.Ada meeting penting,itu pasal balik lambat.”
Zara Elina
menggangguk.Ustaz Azhari tersenyum memandang anak gadis itu.Bila difikir-fikirkan
kasihan juga Zara Elina,asyik berkurung saja dalam rumah.Sekali sekala perlu
juga dia membawa makan angin di luar.
“Dah solat
maghrib?”
“Belum..”
“Pergilah
solat,lepas makan malam kita keluar ambil udara malam.”
“Okey.” Zara
Elina bangkit dari sofa itu dan meluru untuk ke biliknya.
Mata Ustaz Azhari
tertangkap ke arah tangan kanan Zara Elina lantas dia menangkap tangan gadis
itu.
Zara Elina terkedu.”Kenapa pakcik?”
“Apa pasal dengan
tangan Eli tu?” Soalnya.
No comments:
Post a Comment