(Chapter 17)
“Dia tu dah
makin teruk.Awak pun nak ikut dia sekali,macam tu?” Leter cikgu Diana.
Jika
diikutkan.Mahu juga Khairy menutup kedua belah telinganya.Mujurlah cikgu Diana
tidak meleter panjang.
”Baiklah,saya
sedar apa yang saya buat.Saya janji saya tak buat lagi dah.” Ungkap Khairy
selamba.
“Jangan tahu
cakap saja tapi tak pegang janji awak tu.” Khairy menjeling.
“Awak boleh
balik kelas awak sekarang.” Kata cikgu Diana buat sekian kalinya.
“Saya minta diri dulu cikgu.”
“Khairy.”
Panggil cikgu Diana semula.Khairy berpaling semula.
“Jika ada
masalah,luahkan,jangan dipendam lama-lama.Perkara macam ni,dapat menjejaskan reputasi awak.” Pesan cikgu Diana.
Terkulat Khairy
menelan kata-kata yang dilemparkan oleh cikgu Diana.Cikgu bergurau ke dengan
aku?“Ba..baik cikgu.” Khairy berpaling segera melangkah meninggalkan makmal.
Cikgu Diana
memerhati kelibat Khairy hingga hilang dari pandangannya.Dia menggelengkan
kepala sambil tersenyum.
Khairy berjalan
di koridor tersebut.Dia kalih memandang bangunan tidak jauh disebelahnya.
“Hoi!” Sergah Syed Azri
Firdaus.
Khairy
tersentak seraya berpaling.”Kau ni,terperanjat aku.Kalau ye pun,bagilah salam
dulu.”
“Ek
eleh,semalam kau call pun terus membebel dekat aku.Mengalahkan mak aku je.”
“Apa-apa
jelah.Jomlah pergi library.” Ajak Khairy.Mereka berdua melangkah menuju ke
perpustakaan.
“Cikgu Diana
ceramah apa dekat kau?” Tanya Syed Azri Firdaus.
“Kan kau suruh aku cakap
dekat dia semalam,yang kau sakit.Pasal itu saja ler..”
Mereka berdua
terdiam seketika.”Cikgu Aidil pula?cakap apa pula dekat kau?” Tanya Khairy
pula.
“Dia kata ini last
warning,kalau buat lagi dia akan ambil tindakan.Dia pun dah naik panas dengan
kita dari tahun lepas asyik buat masalah je.” Ujar Syed Azri Firdaus.
“Maafkan aku..”
Kata Firdaus lagi.
Khairy kalih
merenungnya.”Kenapa?”
“Maafkan
aku,sebab aku..kau pun terlibat sama.”
Khairy
tersenyum tawar.Segera dia menepuk-nepuk bahu sahabatnya.”Tak apalah,aku tak
anggap perkara ni menjejaskan diri aku pun.Aku cuma anggapkan ini akan mencipta
kenangan pahit manis kita bersama.”
Melihat Khairy
tersenyum.Syed Azri Firdaus turut tersenyum.
“Cikgu Diana
ada cakap apa-apa pasal aku?”
“Tak adalah
sangat,cuma dia kata dekat aku..kalau ada masalah,luahkan dengan kawan-kawan
tak pun dia.Hairan juga aku tiba-tiba dia cakap macam tu dekat aku?”
‘Mereka semua
sebenarnya ambil berat tentang kau,sama juga aku.’ Bisik hati Firdaus.
Beberapa minit
kemudian,mereka tiba di perpustakaan sekolah.Syed Azri Firdaus dan Khairy
serentak melangkah masuk.Firdaus kalih memandang ke kanan.Dia melihat kelas 5
Amanah juga turut berada di situ.
Syed Azri
Firdaus dan Khairy berpisah seketika.Mereka mencari buku untuk dibaca.Langkah
kaki Firdaus diteruskan ke satu sudut.Secara tidak sengaja,terlanggar pula Zara
Elina.
Zara Elina
termanggu.”Maaf..” Gegas dia berlalu pergi.Tak sanggup dia mahu berdepan dengan
lelaki itu.
Khairy,Azman
dan Nadirah yang sempat melihat situasi itu sama-sama terlopong.
‘Entah ada
apalah dia orang berdua ni.’ Bisik hati Khairy.
Kerusi di
sebelah Zara Elina ditarik.Dia sedikit kaget.Tanpa berpaling,dia meneruskan
bacannya.
‘Manalah si Dira ni,lama betul pergi cari buku
sampai tinggalkan aku sorang dekat sini.’ Desis hati Zara Elina.
“Apasal kau
mengelak bila jumpa aku?” Tegur Syed Azri Firdaus.
Zara Elina
berpaling sedikit.”Mana ada mengelak?tak ada maknanya saya nak mengelak bila
jumpa awak.” Balasnya.
Syed Azri
Firdaus masih merenung tajam padanya.’Peliklah perempuan ni,tak macam orang
lain.Cara cakap pun nak jugak pakai ‘saya’.’
“Yelah
tu.Rehat esok jumpa aku,aku ada something sikit dengan kau.” Pesan Syed Azri
Firdaus seraya bangkit dari kerusi.
“Tapi..”
“Jangan
risau,aku pergi cakap dekat kawan kau tu.Jangan nak bagi alasan semata-mata nak
mengelak jumpa aku.” Cantas Syed Azri Firdaus.
Zara Elina
akur.Perlahan-lahan dia mengeluh berat.

No comments:
Post a Comment