(Chapter 18)
“Aku dah agak
dah,mesti kau teruskan course tu.Tapi tak tahu pula kau kerja jadi cikgu atau
tak.” Bicara Datuk Syed Ahmad Yusuf.
“Sebelum tu ada
juga aku mengajar di sekolah,tapi cuma practical je.” Ustaz Azhari meneguk
secawan kopi.Panjang juga perbualan mereka di restoran itu.
“Kau berkhidmat
dekat mana sekarang?” Soal Datuk Syed Ahmad Yusuf.
“Di PPD Petaling
Utama.Sekejap lagi nak bertolak ke Klang lah ni ada kursus.”
“Aku pula kerja
dekat Megah Holding di Kuala Selangor.Aku datang ke sini pun baru balik lepas
lawat kawasan kontraktor tu.”
“Payah juga jadi
pemegang saham terbesarkan?”
Datuk Syed Ahmad
Yusuf tergamam lalu merenung wajah Ustaz Azhari.”Mana kau tahu?”
“Aku tahu kau
bukan artis,beberapa bulan adalah muka kau dekat akhbar.Sebab tu aku pun tak
lupa kau.” Celoteh Ustaz Azhari.
Datuk Syed Ahmad
Yusuf tersenyum nipis.”Pangkat dah tinggi,biasalah.tapi..”
“Tapi apa?” Dia menunggu
kata-kata yang mahu dibicarakan oleh sahabatnya.Cawan yang mahu diteguk,diletak
semula pada piring.
“Entahlah Zari,nyawa aku pun
macam dah tak lama dah.Bertambah sakit kepala aku memikirkan tentang
kerja,keluarga,anak.Bila aku dah takde nanti,aku fikirkan nak beri tanggung
jawab ni dekat anak aku.Tapi anak aku tu kan..”
Datuk Syed Ahmad
Yusuf melepaskan keluhan.”Biasalah remaja sekolah,bila kita tak ambil
peduli.Macam-macam pula dibuatnya.”
Ustaz Azhari
tersenyum.”Tanggung jawab tak boleh diberi masa mereka akan tamatkan
persekolahan.Masa diorang sekolah lah tanggung jawab perlu diberi bagi masa
depan mereka.” Tokoknya.
“Yelah-yelah,aku tahu tanggung jawab seorang
bapa ni bukan mudah mana.Tambah lagi anak lelaki.”
Datuk Syed Ahmad
Yusuf terdiam seketika lalu bersuara.”Kau ada anak ke?”
“Mungkin ini bukan
rezeki yang Tuhan nak berikan dekat aku,kerana aku juga hanya mampu memperoleh
kasih sayang seorang anak..” Kata Ustaz Azhari.Ada nada sendu di hujung
kata-katanya.
“Maksud kau?”
“Aku ada menyara
seorang anak perempuan,aku dengan arwah isteri aku yang pelihara dia,besarkan
dia.Alhamdulillah,aku cuba jadikan dia gadis yang solehah.”
“Umur dia
berapa?”
“17 tahun,tahun
ni SPM.” Kata Ustaz Azhari kembali meneguk secawan kopinya.
Datuk Syed Ahmad
Yusuf terkerut dahi.”Sebayalah dengan anak aku.Sekolah mana?”
“Seksyen 17
subang jaya.”
“Sama juga dengan
anak aku,ada peluang bawalah dia jumpa aku.Manalah tahu ada can lah aku nak
jadikan menantu.” Seloroh Datuk Syed Ahmad Yusuf.Mereka berdua serentak ketawa.
“Okey Yusuf,aku pun kena
berangkat sekarang.”
“Sebelum tu aku nak simpan
nombor telefon kau dulu,ada apa-apa boleh aku call kau.” Pinta Datuk Syed Ahmad
Yusuf.
Nombor telefon
mereka bersilih ganti.Setelah berborak panjang.Ustaz Azhari bangkit.Datuk Syed
Ahmad Yusuf mengiringi langkah Ustaz Azhari hingga ke luar restoran.
***************************************
“Hello
Khairy,baca buku apa?” Sapa Nadirah.
Khairy berpaling
seraya tersenyum.”Aku tak baca,aku tengok gambar je.Malas pula nak baca
panjang-panjang ni.”
“Ohh..tadi
budak-budak kelas kau datang sini.Tak lama tu nampak kau baru datang.Kenapa kau
masuk library lambat?”
“Aku jumpa cikgu
tadi,itu pasal balik lambat.” Jawab Khairy cuba bermesra.’Hati dia aku kena
jaga jugak’.
“Sudi tak jika kau
berkawan dengan aku?” Pinta Nadirah tanpa segan silu.
Khairy kalih
merenungnya cuba mengorak
senyuman.”Sunyi sajalah hidup ni kalau orang tak berkawan.Betul kan?” Tutur
Khairy kembali menilik buku yang dibaca.
Nadirah terpempam mendengar
kata-kata yang dituturkan oleh Khairy.Memang benar sangkaan dia dan Zara
Elina.Khairy seorang lelaki yang peramah dan baik hati.Jauh berbeza dari Syed
Azri Firdaus yang sombong dan angkuh.
“Hello..” Satu
suara menegur mereka.Serentak mereka berpaling.
“Hei
Daus?kenapa?” Tanya Khairy.
Syed Azri
Firdaus mengangkat kening seraya merenung mereka berdua dengan penuh
kehairanan.

No comments:
Post a Comment