(Chapter 9)
“Ye,cari siapa?”
Tanya Farah itu apabila disapa.
“Ada orang nama
Syed Azri Firdaus dekat kelas ni tak?”
“Oh,Firdaus.Kenapa?cari dia ke?”
Dia menggeleng.”Tak
apalah,terima kasih”
Gadis itu
melangkah pergi bersama rakannya seorang lagi.
“Kenapa kau
taknak bagi kertas tu dekat dia?” Tanya rakannya terpinga-pinga.
“Mana
boleh,kertas aku tu ada dekat dia.Takkan aku nak bagi terus kot,aku pula macam
mana?”
Rakannya
mengangguk faham.
***************************************
Syed Azri Firdaus
berjalan laju menuju ke kelasnya.Kata-kata cikgu Aidil masih terngiang-ngiang
di fikirannya,dia tahu cikgu Aidil amat mengambil berat tentang dia dan Khairy.Tetapi
apa yang dipesan oleh cikgu Aidil agak terbeban baginya.
Dia
mendengus,bukan itu yang patut dia fikirkan sebenarnya.Tetapi kertas topikal
dia yang mungkin terambil oleh seorang gadis pada waktu pagi tadi.Dia
yakin,sudah 2 tahun dia ternampak gadis itu bersekolah di sini,tetapi tidak
pernah terfikir untuk mengetahui kelas dia.
“Good morning..”
Ucap Firdaus sambil melangkah masuk.
Tiada ramai juga
kelibat pelajar-pelajar dalam kelasnya,cuma Farah bersama dua orang rakannya
dan sekumpulan pelajar cina di bahagian belakang.
Firdaus menuju
ke arah tempat duduknya.Farah berpaling seraya bangkit melangkah ke arah
Firdaus.
“Ada orang cari kau tadi.” Dia mengambil
tempat di hadapan Firdaus.
“Siapa?”
“Ada budak
perempuan datang tadi sebelum kau masuk kelas,dia terambil kertas kau.” Ujar
Farah.
“Then..mana dia sekarang?”
“Dah pergi.”
“Baru pergi?”
“Yelah juga.”
“Arah mana?”
“Dia lalu dekat arah sana kot.”
Syed Azri
Firdaus bangun dari kerusi seraya mencapai helaian kertas yang diberi cikgu
Aidil di makmal tadi,dia tergesa-gesa keluar dari kelas.Farah terpaku di situ
sambil tercengang.
‘Mana dia pergi
ye?’ Firdaus meneruskan langkahnya hingga beberapa blok.
“Hai
sayang..cari saya ke?” Satu suara menyapanya.FIrdaus berpaling.
“Bukanlah,saya
cari orang lain.Mari teman saya sekejap.” Kata Firdaus mesra.
Diikuti saja
langkah Syed Azri Firdaus hingga ke blok D.Ketika mereka melangkah ke koridor
tersebut,Natasya terlanggar seorang gadis yang baru sahaja muncul.
“Hoi,Are you blind?Tak
nampak orang ke?” Herdik Natasya.
Zara Elina
termanggu.Syed Azri Firdaus memandangnya dengan teliti.Betullah gadis ini!
“Maafkan dia
ye?” Celah Nadirah yang berdiri di sisi Zara Elina.
‘Orang buta
pun boleh hormat orang tahu tak!’ Desis hatinya.
“Maaf-maaf,kalau jadi apa-apa dekat aku.Dia ada duit ke nak bayar bil
doktor aku!?” Suara Natasya bongkak.
“Tasya,balik
kelas awak sekarang.Rehat dah nak habis.” Sampuk Firdaus.
“Please?”
Firdaus dah memintas,dia tahu Natasya mahu membantah kata-katanya.Dia malas
mengadakan persengketaan di situ.
Natasya
mendengus kuat.Sebelum melangkah pergi,sempat juga dia melemparkan jelingan
angkuh pada Zara Elina.
Selepas
kelibat Natasya lenyap di situ.Syed Azri Firdaus berpaling semula pada Zara
Elina.Tangannya menunjukkan isyarat kertas.
“My paper.”
Sebut Firdaus.
“Tapi saya
punya..”
“Kau nak kertas kau pun bagilah aku punya
sekali.” Kata Firdaus dengan nada tinggi.
Mereka
menukar harta milik masing-masing.
“Lain kali
nak jalan tu pakai lutut,jangan pakai mata.Tak adalah langgar macam pagi tadi.”
Sindir Syed Azri Firdaus.
Dia
melangkah meninggalkan Zara Elina dan Nadirah di situ
‘Tak faham
betul aku dengan lelaki ni!’ Desis Zara Elina.
*****************************************
Azman
merenung bayang Firdaus redup-redup.Memang tidak dijangkakan perkara itu akan
mengundang padah jika Firdaus masih setiakan ‘itu’.
‘Takkan
jadi macam tu?’ Monolognya sendirian.
Dia kalih
merenung jam tangannya,waktu rehat sudah pun berlanjutan lantas dia melangkah
meninggalkan kawasan itu.

No comments:
Post a Comment