(Chapter 13)
Kerana permintaan
cikgu untuk mereka berdua membersihkan surau.Zara Elina dan Nadirah pulang
lambat ke rumah masing-masing.Langkah kaki mereka serentak hingga ke luar pagar
sekolah.Mereka duduk sebentar di pondok pengawal,masing-masing melepaskan
keluhan.
Nadirah berpaling
merenung Zara Elina.
“Macam mana?hilang
rasa sedih kau dekat dia?” Usik Nadirah.
“Aku bukan sedih
kerana dia,aku cuma kecik hati saja.” Balas Zara Elina.
“Untung kau tahu
tak?”
Zara Elina
memandangnya sambil mengangkat kening.”Untung apanya?”
“Yelah,dah dapat kenal-kenal dengan dia.Mana tahu dapat jadi kekasih dia pula.” Seloroh Nadirah.
“Sampai ke situ
kau fikir?aku tak suka dialah.”
“Habis tu,takkan kau benci
dia?”
“Sudahlah tu
Dira,aku malaslah fikir soal tu.”
Nadirah
tersenyum.Dia sendiri tidak berapa mengerti apa yang dikatakan.Apa yang
pasti,dia merasa Zara Elina dan Syed Azri Firdaus seolah-olah mempunyai ikatan
yang tidak dapat dilihat.Ish!
“Dia baik dengan
kau?” Soal Nadirah.
“Tak,dia sombong.”
“Setahu
aku..memang ramai juga student yang aku dengar kata dia sombong,tapi ada yang
kata dia sebenarnya baik hati.”
‘Yelah tu,tak kena
langsung sifat dia dengan cara dia layan aku!’ Detak hati Zara Elina.
“Cuba kau kenal
diri dia betul-betul,mungkin kau tahu dia macam mana.”
“What ever lah cik
Nadirah oi,jomlah kita gerak.” Kata Zara Elina seraya bangkit dari simen itu.
“Tapi kan sambil
tu kau tolong juga risik-risik kan ye untuk aku.”
“Khairy?oh ye,bila
cakap pasal mamat tu kan.Dia memang baikkan?mesra je dia layan kita.”
“Tapi kau lagi
beruntung dapat kenal-kenal dengan Firdaus kan?”
Zara Elina
menjeling hampa.’Firdaus lagi!’
******************************************
Jam
5.00 petang mula berlalu.Syed Azri Firdaus masih menunggang
motosikalnya.Penampilan mereka masih berseragam sekolah.Natasya yang berada di
boncengannya kelihatan seperti orang mabuk.Destinasi yang ingin ditujui
akhirnya tiba.Mereka berhenti sebentar di sebuah taman permainan awam.
Fikiran Syed
Azri Firdaus bertambah kusut.Dia tidak menyangka yang bahawa cikgu Diana akan
siasat hingga ke situ.Bagaimana dia mahu berdepan dengan guru-gurunya esok
hari?Nasibnya kian malang.Bagaimana dia mahu bersemuka dengan bapanya nanti?
Gerutu hatinya bingung.
Natasya mula
sedari ada kelainan pada wajah Syed Azri Firdaus.Mungkin perkara yang dikatakan
Khairy telah merosakkan mood lelaki kacak disebelahnya ini.
‘Tak mengapa,biar
aku happy kan dia.’ Desis hati Natasya jahat.
Natasya merapatkan
tubuhnya ke Syed Azri Firdaus.
“Malam ni my
parents tak ada di rumah,you tidur rumah I ye sayang?” Natasya melentokkan
kepalanya pada bahu Firdaus.
“Awak jangan nak
mengarutlah!selagi belum kahwin,I’II never sleep with you.” Bidas Firdaus.
Otaknya masih bercelaru dengan
masalah di sekolah.Masalah yang dia sendiri cipta.
“Alah awak ni!cuma pentingkan diri
sendiri je!” Natasya menegak badannya.Muncung sudah panjang mendepa.Merajuk.
Syed Azri Firdaus
menghempaskan keluhan.“Sayang…please.Jangan buat saya macam ni.Kepala saya
tengah pening ni.” Sekilas sebentar wajah Natasya dipandangnya.
Natasya menjeling
rajuk.
“Sudah lah tu,saya
hantar awak balik.” Kata Firdaus seraya menghidupkan enjin motor.
Gadis itu merengus
kasar.Bagi Syed Azri Firdaus,Natasya bukannya dapat menenangkan perasaannya
yang tengah bergelora ini.Bahkan menambahkan kekusutan padanya.
**************************************
Zara Elina
menghembuskan nafasnya melayan kepenatan berjalan mengharungi pekan itu untuk
ke rumahnya.Walau dia tahu hanya dirinya dan Ustaz Azhari sahaja yang tinggal sebumbung,makan
malam perlu dihidangkan bagi mereka.Terpaksalah dia membeli apa yang patut di
pekan itu.
Dia membuang
pandangan ke arah jalan tidak jauh di sebelahnya.Matanya terpana memandang
seekor anak kucing merangkak-rangkak pada pertengahan jalan.Kelihatan kereta
Saga FLX bergerak laju ke arah itu.Plastik yang berada pada genggamannya
dilepas terus serta merta.
Gegas dia berlari
bagi menyelamatkan anak kucing itu.Selepas tangannya berjaya meraih anak kucing
tersebut.Dirinya seolah-olah diambang dilanggar oleh kereta itu.
“Pinn..Pinn..!!”
Zara Elina sempat
mengelak.Tubuhnya jatuh ke muka jalan.
“Aduhh!!” Detak
Zara Elina.


No comments:
Post a Comment