Monday, 17 December 2012

Dipenghujung Lautan Cinta : Bab 19


                                                               (Chapter 19)

                               “Maaf,aku tak ada niat nak mengganggu.” Khairy dan Nadirah sama-sama terlopong.
                               Syed Azri Firdaus beralih memandang Nadirah.”Tolong ingatkan member kau tu,jumpa aku time rehat esok.Handle dia jangan bagi dia mengelak dari jumpa aku.” Pesannya.
                               “Okey..” Jawab Nadirah ringkas.
                               Syed Azri Firdaus melangkah pergi.Setelah Firdaus hilang dari sudut itu,Azman pula yang datang.
                               “Dira,balik kelas sekarang.” Beritahu Azman.
                               “Okeylah,ada masa kita jumpa lagi boleh tak?” Kata Nadirah kepada Khairy.
                               Khairy tidak menjawab.Dia hanya tersenyum manis.
                               Setelah Nadirah melangkah pergi.Azman menghampirinya.”Bila kita buat baik pada orang,dia akan sentiasa ingat kita.”
                               Khairy terangkat kening.Apalah kata-kata yang dilontarkan oleh Azman,tapi dia pasti banyak makna yang tersembunyi.Dia mengukir seulas senyuman buat lelaki itu,
                               Azman turut tersenyum.Segera dia melangkah pergi.Khairy yang masih terpaku di sudut itu tergamam sendirian.’Pelik betul hari ni’Bisik hatinya.
                               Dia teringatkan situasi aneh di benak fikirannya.Sebelum tu cikgu Diana,lepastu Daus,sebentar tadi Nadirah,sekarang ni?Azman pula.Kenapa dengan mereka semua?Hatinya berkata-kata.Segera dia menafikan sesuatu yang terjentik di hatinya.
                               “Wei budak!” Zara Elina berpaling seraya menjeling.
                               “Ingat esok!” Kata Syed Azri Firdaus sambil tersenyum sinis.
                               Zara Elina tidak mengendah.Dia meneruskan langkahnya..
                               “Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?” Tempik Firdaus lagi.
**************************************
                               Hampir 2.30 petang.Zara Elina tiba juga di rumah.Bila dia merenung rumahnya,terlintas juga di fikirannya.Ibu kandungnya sendiri,mengapa dia tidak seperti Nadirah?punya keluarga,adik-beradik,yang penting kasih sayang.Dia menghela nafas,tangannya terus membuka mangga.
                               “Eli.” Tegur satu suara.
                               Zara Elina berpaling.Jari jemarinya terhenti untuk membuka mangga kunci.Dia tersenyum.”Eh,makcik Zainab?”
                               “Awal pula balik hari ni?” Tanya makcik Zainab yang mahu membuang sampah di luar halaman rumah.
                               “Selalunya hari Khamis memang Eli balik awal pun,kenapa makcik kata macam tu pula?”
                               “Tak ada apalah..semalam makcik nampak ada orang hantar Eli balik,siapa tu?”
                               Bila cakap tentang wanita semalam itu Zara Elina baru teringat.Hatinya tidak pernah berhenti memuji,wanita itu baik.”Oh,semalam Eli balik lambat lepas tu pergi kedai sekejap.” Dia mengeluh seketika.
                               “Time nak balik tu,Eli hampir-hampir kena langgar.Yelah,salah Eli juga tak tengok kiri kanan kan?Tak pasal-pasal terjatuh dekat jalan.Luka lah tangan ni.Nasib baik makcik tu yang tolong,itu yang dia hantar Eli balik semalam.” Sambung Zara Elina panjang lebar.
                               Mulut makcik Zainab terlopong.”Ohh..macam tu rupanya,makcik ingatkan bila lah Eli ni berhubungan dengan orang kaya kan?”
                               Zara Elina terangkat kening.’Makcik tu orang kaya?kenapa aku tak perasan pula.’Tangannya kembali memaut mangga pagar rumah.
                               “Eh!lupa pula,tadi pakcik Zari call makcik.Dia suruh makcik kata dekat Eli yang dia balik lambat.Mungkin pukul 9.00 dia baliklah.” Beritahu makcik Zainab.
                               “Okey..” Zara Elina melangkah masuk.Bukan bermaksud dia malas hendak berbual panjang dengan jirannya.Cuma terlalu lama dia berdiri di bawah sinaran matahari yang panas membahang,mahu juga dia pengsan di situ.
                               “Esok Eli sekolah?” Sempat makcik Zainab bertanya.
                               “Sekolah.” Jawab Zara Elina sambil mencangkukkan mangga pagar.
****************************************
                               Zara Elina menonton TV.Setiap rancangan yang dia lawati,semuanya drama yang seolah-olah mengguris hatinya.Dia bangkit lalu mematikan televisyen.Terus dia merebahkan tubuhnya ke sofa.Tiada apa yang dilihat selain kipas yang berpusing di siling rumah.
                               Jika hidup masih bernyawa,perlulah dia harungi dengan tabah.Bila teringatkan perbualannya dengan makcik Zainab sebentar tadi.Hatinya mula dipagut hiba.Dia teringin sangat ada keluarga.Bukannya dia tidak mahu berasa kasih sayang yang Ustaz Azhari dan arwah isterinya limpahkan padanya.Cuma dia terbayang punya keluarga tersendiri tanpa menumpang kasih sayang orang lain.
                               Dia sedar dirinya adalah yatim piatu.Meskipun dia tahu dia pernah mempunyai ibu kandungnya. Wajah ibunya makin pudar di pelusuk hatinya.Dia sendiri tidak mampu mengenali siapa ibunya yang sebenar kerana dia masih kecil ketika itu.
                               “Ibu..” Rintih Zara Elina.
                               Dalam samar-samar itu.Air matanya mengalir perlahan hingga ke bibir.Tanpa sedar,Zara Elina terlena. 

****************************************
                                Di lebuhraya Teluk Pulai.Ustaz Azhari fokus memandu.Bayang-bayang wajah Zara Elina terlintas di benaknya.Dia tahu Zara Elina sedih.Dia tidak mampu memujuk Zara Elina saat itu.Dia tidak pernah berbohong cuma tidak mampu menyatakan hal yang lebih tepat dari itu.Dia berharap suatu hari Zara Elina akan pasrah dan faham,itu sahaja harapannya..bersabarlah.       

No comments:

Post a Comment