(Chapter 1)
Pada malam
itu,dalam satu rumah di sebuah apartment Damansara itu riuh dengan
pertelingkahan sepasang suami isteri.Mereka mempunyai lima anak.Kehidupan
sekeluarga itu kadangkala riang,jika sebaliknya ia seakan-akan bagai gunung
berapi yang mahu meletus memuntah lavarnya.
“Awak yang malas
bang,sebab tu lah projek tu tercampak kat orang lain!” Leter si isteri
“Awak jangan kata
saya malas,kalau pagi saya pergi kerja lewat malam baru balik itu apa bendanya?”
Bidas si suami menyangkal kata-kata isterinya.
“Itu sebab awak
tak cukup usaha bang,kerja saja memanjang-manjang pun tak ada faedahnya.Tahu
tak?”
“Usaha apanya?sekarang ni kalau
tak ada pengaruh,tak banyak peranan yang lebih besar.Usaha lah banyak mana
pun.Jangan haraplah nak hidup senang.”
“Jangan dijadikan alasanlah
bang..” Bentah si isteri lagi.
Pertelingkahan
itu pun berlarutan tanpa mengira waktu.Nashrin mengurung dirinya di bilik
tidur.Matanya memang susah untuk terlelap jika pada masa itu dia memikirkan
sesuatu.
Dia membuang
pandangannya ke arah pintu.Sekali dia menjengahkan pendengarannya dari ruang
tamu depan.Semakin senyap..mungkin pertelingkahan kedua ibu bapanya berakhir
sudah.
Nashrin bingkas
bangun dari katil seraya mencapai telefon bimbitnya di atas bantal.Sekilas dia
kalih memandang abangnya di katil atas.Sudah nyenyak tidur.Dia mengeluh
perlahan.
Dia menghampiri
meja belajarnya lalu mencapai tabung dan mengeluarkan beberapa helaian
ringgit.Setelah itu dia melangkah keluar dari bilik.Matanya terus mencerna pada
ruang tamu.Mana mak dan abah?Detik hatinya.Dia terus meluru keluar.
“Arin nak ke
mana tu?” Tegur bapanya sebaik sahaja Nashrin mencapai daun pintu.
“Ambil angin..” Jawab Nashrin ringkas tanpa
memandang bapanya.Tanpa melemparkan sekata-kata pesanan dia terus hilang
ditelan pintu.
**************************************
Tiupan angin yang
menderu-deru menyejukkan keheningan
malamnya.Setelah berjalan lama,Nashrin melangkah mendapatkan kerusi awam di
taman riadah itu.Sebaik menghenyak diri di kerusi itu,dia menghela nafas resah.
Dia menjengahkan seketika
kepalanya ke kiri dan kanan.Mujur tiada sesiapa.Ini meringankan perasaannya
yang bercampur baur dari rumah tadi.Saat itu terlintas di benaknya..entahlah,adakah
keluarganya saja yang kurang bahagia?Persoalan itu dibiarkan berlalu.Dia sunyi
ketika itu.
Nashrin
termenung jauh.Semasa kecil lagi dia ingat hanya dirinya sahaja yang hidup di
muka bumi ini.Setelah dia berkomunikasi dengan setiap orang di
sekelilingnya,baru dia sedar yang dia tidak keseorangan.
“Afrina..” Nama itu
terpacul dari mulutnya.Lantas dia mengingatkan sesuatu..
“Kau kena
ingat Nas,dah berapa tahun kau bazirkan masa?” Kata Fitri padanya tempoh dua
tahun lalu.
“Bazirkan masa semata-mata kerana
hanya seorang gadis?” Sambung Fitri lagi.
“Aku tak pasti
bila dan aku tak tahu bila segalanya akan terjawab.” Balas Nashrin.Nada
suaranya sedikit sebak.Matanya tetap tidak memandang ke arah sahabatnya.
“Takkan kau
nak aku jawab untuk kau kot bila,kan?” Fitri bersimpati terhadap sahabatnya
itu.Fitri faham,dia terlalu akrab dengan Nashrin,dia tahu betapa pilu hatinya.
“Itu aku tahu..”
Fitri
mengukirkan senyuman hambar.”Aku akan tunggu kau.”
Nashrin
berpaling laju memandang Fitri.Ada tanda tanya di setiap renungannya.
“Aku akan tunggu kau bila suatu
hari nanti kau kata kau sudah mula bersedia melakukannya.” Sambung Fitri lagi
seraya tersenyum sambil memaut bahu Nashrin penuh erat.
Hati Nashrin
tersentuh mendengar segala bait kata-kata yang dituturkan oleh Fitri.Melihat
Fitri tersenyum,dia turut tersenyum.Fitri terlalu memahaminya,Fitri juga
sentiasa berada di sisinya pada setiap saat dia merasa duka.Walaupun mereka
jarang bertemu muka,persahabatan mereka tidak terbanding luas
segala-galanya.Kerana terwujudnya persefahaman antara mereka.Persefahaman yang
luar biasa.
Deringan
telefon memutuskan lamunannya.Sesaat itu Nashrin menjeling hampa lalu menyeluk
saku dan mengeluarkan telefon bimbitnya.Apabila memandang skrin telefon.’Asri?’
Apa pula Asri menghubunginya waktu malam ni?
“Hello..”
Jawab Nashrin sebaik panggilan dijawab.
“Assalamualaikum Nas,kau apa khabar?” Kata Asri.
“Alhamdulillah..sihat
je.Kau apasal?” Soal Nashrin balik.
“Aku?kenapa
dengan aku?”
Nashrin ketawa
kecil.”Takde lah..ada apa kau call aku malam-malam ni?”
“Tak ada
apa-apalah.Aku nak tanya je.” Asri senyap sesaat.”Kau tuisyen tak tahun ni?”
“Tak lah,aku
nak berehat setahun ni.Asyik belajar je everytime.” Ujar Nashrin.
“Ye tak ye
kan?tahun ni kira pintu bebas kita lah kan sebab baru habis PMR tahun lepas.”
Celoteh Asri.Kata-kata ‘bebas’ yang terpacul dari mulut Asri sedikit sebanyak
menghiris hati Nashrin.
“Bebas pun ada
batasnya.Kerana 2 tahun lagi kita akan menghadapi ujian yang lebih kompetitif
tau?” Kata Nashrin.Intonasinya seakan-akan tidak ikhlas.
“Maksud kau?”
“Daripada
rileks tahun ni,cuba kau jadikan tahun ni sebagai satu practice untuk kau
sebelum menghadapi tahun depan.Tahun yang genting bagi kau.Tahun yang mencabar.Tahun
yang di mana menentukan masa depan kita bersama!” Kata Nashrin
bersungguh-sungguh.Melupakan semua segala kepiluannya.
“Aku faham.” Asri kelu tak
terkata.Nashrin seolah-olah mendorong semangatnya ketika itu.Itu antara sebab
dia mencari Nashrin setiap kali dia kekosongan,sedih dan murung.Nashrin terlalu
baik untuk dia dalam hidupnya.Nashrin seorang sahaja memahaminya.
“Oh ye!aku
dengar kelas kau ada budak baru.Siapa nama dia?” Tanya Nashrin dengan nada yang
ceria.
“Memanglah!cantik kan?” Tutur Asri bersemangat.
Nashrin mencebik
bibir.”Boleh tahanlah..”
“Okeylah,aku
pun banyak kerja ni.Esok dekat sekolah aku ceritalah kat
kau.Bye,assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.” Panggilan ditamatkan.Nashrin bangkit lalu melangkah
beredar dari kawasan itu.

No comments:
Post a Comment