(Chapter 45)
Esok…
“Mungkin ada
patutnya Uncle kau buat macam tu.Kau tak payah fikir sangat..” Nurin memujuk
Zara Elina yang bermonyok muka.
Zara Elina
berkeluh.”Dia bukannya nak bagitahu aku awal-awal.Semalam beritahu,hari ini
kena pergi.” Suaranya jelas mendatar.
“Elina,dia
pergi,kau tak patut sedih.” Lirih Nadirah.”Fikirkan kitorang juga,kalau kau
pergi,kitorang pun sedih.”
Zara Elina rasa
tersentuh mendengar kata-kata Nadirah.Dia membisu.Dia juga terfikir tentang
nasib sahabatnya.Mungkin perpisahan dengan Ustaz Azhari boleh dia anggap
sebagai satu pengorbanan buat Nadirah mahu pun Nurin.Cuma hatinya berat untuk
meratapinya.Dia sayangkan Nurin,Ustaz Azhari juga.Hatinya keliru.
“Elina jangan
pergi,janganlah pergi!” Rintih Nurin perlahan.Zara Elina sedikit
tersentak.Nurin mendakap kedua belah tangan Zara Elina.”Kita baru je
kenal.Lepas tu kau pula nak pergi.” Luahnya.
Perlahan-lahan Zara Elina mengulas senyuman
lalu tergelak kosong.”Bila masa aku cakap aku nak pindah? Kau ni buat aku nak
tergelaklah Nurin.”
Terlihat Zara
Elina senyum.Nadirah dan Nurin turut tersenyum.Malah dia antara mereka
sebenarnya tidak kehilangan apa-apa.Perbualan mereka tanpa sedar sudah
menghampiri waktu rehat.
“Rehat ni kita
tak pergi port mana-mana tak?” Tanya Nurin.
“Ada.” Nadirah
mengangguk laju.”Jom pergi kawasan padang nak? meratap je dekat kantin ada apa
kan?” Dia berkalih ke Zara Elina.
Zara Elina
langsung bersetuju.
Setelah
melangkah ke luar kelas.Suasana sesak sedikit dikerumuni pelajar-pelajar yang
lalu-lalang di koridor.
“Eh,korang nak
ke kantin ke?” Zara Elina bertanya.
Nurin dan Nadirah
serentak mengangguk.
“Kenapa Elina?
“Eh,tak
apalah.Boleh aku nak ke padang sekejap?” Zara Elina seakan berdalih.
“Kalau macam tu,aku pergi kantin
sorang.Nadirah ikut..”
“Eh,tak apa..” Nadirah memintas.”Aku nak ke
kantin sekali,sorry.Tak apa kan Elina?”
Zara Elina tidak
mengambil kisah.Mereka pun bersurai selepas itu.Zara Elina terus berjalan
mengabaikan arah yang dituju.
*************************************************
Zara
Elina berdiri memakukan diri di bawah sebatang pokok di tepi persekitaran
padang itu.Semasa melemparkan renungan jauhnya.Tanpa dia sedar,seseorang
melangkah perlahan menghampirinya..
“Elina selalu
duduk termenung di sini ke?” Suara lelaki itu amat mengejutkan Zara Elina.Entah
bila lelaki itu menghampirinya,dia sendiri tidak sedar.
Apabila dia
kalih melihat.Hatinya mula tidak enak.
“Pandangan
dekat sekolah ni memang bersihkan.Cantik,aman hati bila kita pandang.Saya pun
sukakan macam ni.” Tutur lelaki itu.Matanya tidak menerus memandang Zara Elina.
Zara Elina bersenyum paksa.Dia mula merasa
tidak selesa.Rasa menyesal di dasar hatinya kerana memilih untuk bersendirian
seketika tanpa mengikut Nurin dan Nadirah tadi.Hari ini dan semalam dia
terserempak dengan lelaki itu.
Zara Elina
mahu melangkah pergi tetapi menjarakkan sedikit kedudukan antara mereka dulu.
“Takkan Elina
sorang je? kawan-kawan yang lain mana?”
Zara Elina
hanya mengangguk.
“Kenapa?” Zara
Elina diam tidak berjawab.Keluhannya berat.Dia mahu pergi..
“Nama saya
Nasir..oh,Elina tahu? Kalau..”
“Maaf,saya kena pergi
dulu,bimbang kawan-kawan saya cari mana pula nanti.” Zara Elina melangkah laju
terus tanpa berpaling ke belakang.
Zara Elina
memejamkan mata.Sudah tentu apa yang dijangkanya.Bau asap tembakau yang masih
bersisa di badan lelaki tadi masih dapat dihidu.Kuat merokok.Tidak sangka dia
adalah pelajar lelaki yang ditemuinya semalam.Menghampirinya dengan kata-kata
yang manis.
Pada masa yang
sama.Nasir merenung kelibat Zara Elina sehingga hilang daripada
pandangan.”Sial..!”
No comments:
Post a Comment