(Chapter 46)
Ketika pulang dari
sekolah.Ustaz Azhari mengambil keputusan menjemput Zara Elina pulang seterusnya
melengkapkan perpindahan Zara Elina pada hari itu.Setelah gadis itu tiba di
kaki lima di kawasan sekolah.Serentak dia masuk ke dalam keretanya.
Samar-samar
itu,sepasang mata singgah ke arah kelibat mereka yang tidak jauh dari
situ.Matanya mencerlung.’Ustaz?’ Desisnya dalam hati.
Izzul cuba berlari
menghampiri..
“Ustaz!”
Laungnya.Tubuhnya berlanggar sesama pelajar-pelajar yang di
sekitarnya.Segelintir dari mereka memandang Izzul dengan tidak keruan.Sayangnya
kereta kelisa yang dipandu Ustaz Azhari yang telah pun lolos pergi.Dia
terlambat.
Izzul berhenti
bergerak.Nafasnya turun naik.Dia berkeluh sebentar.
‘Bila masa Ustaz
ada anak? tak silap lagi..’ Detiknya.Dia tahu jangkaannya tidak silap.Itu
memang benar-benar Ustaz Azhari!
********************************************
Tiba di rumah,Zara
Elina bersiap untuk berpindah.Mungkin hari ini hari terakhir dia berjumpa
dengan Ustaz Azhari.Tambahan pula,dia tidak berkesempatan mengucapkan terima
kasih kepada makcik Zainab yang tiada di rumah kerana pulang ke kampungnya di
Tanjong Malim Perak kerana khabarnya orang tuanya di kampung jatuh sakit sejak
kebelakangan ini.
Tidak dapatlah dia bersemuka dengan
wanita itu lagi kerana memberi banyak bantuan dan layanan yang baik sebelum ini
selama mereka menjadi jiran.
Setengah jam kemudian,Zara Elina melangkah ke
halaman rumah.
“Eli dah siap?” Sapa Ustaz
Azhari lalu melangkah ke luar rumah.
“Dah” Jawabnya
ringkas.Entah kenapa,hatinya berdebar-debar,bagaimanalah reaksi ‘bakal
keluarga’ dia agaknya.Garang? baik hati? Sombong? Tapi apa yang tidak dia
ketahui,keluarga tersebut tidak sabar menanti kehadirannya.
Selang beberapa
minit,dia pergi meninggalkan rumahnya.Tamat sudah kehidupan ceritanya di situ.
*******************************************
Datin Farihah menyelak
perlahan jendela di ruang tamu rumahnya.Dia kemudian berpaling ke arah Datuk
Syed Ahmad Yusuf yang tidak kalih menatap akhbar.
“Abang tadi kata
si Zari ni on the way, tapi kenapa tak sampai-sampai lagi ni?” Katanya.
“Sekejap lagi
sampailah tu..awak ni tak sabar-sabar pula.” Balas Datuk Syed Ahmad Yusuf.
Datin Farihah
bermundar-mandir.Dia mengelamun seketika.Tidak dapat membayangkan keperitan
hidup Zara Elina semasa dahulu hingga kini.Dia tidak sabar bertemu Zara
Elina.Bagaimanakah orangnya? tinggi ke rendah? gemuk ke kurus? yang pasti Zara
Elina tentu secantik dan sebaik arwah Yuhanis.
*******************************************
Syed Azri Firdaus
dan Khairy memilih untuk minum di sebuah restoran Kopitiam di sekitar SS15
Subang Jaya di situ.Setelah mengambil pesanan.Mereka berbual kosong.Namun,Syed
Azri Firdaus tidak banyak bercakap pada hari itu.Khairy hairan.
“Kau fikir pasal
anak angkat bapak kau ke ni?” Tanya Khairy.
Syed Azri Firdaus
kalih memandangnya.”Kenapa?” Dia menghempaskan keluhan.”Kau ingat aku nak fikir
sangat ke siapa,dari mana.Itu bukan aku punya hal lah.”
Khairy
menjeling.Entah apa yang buntu di fikiran sahabatnya itu pun dia tidak tahu.
“Khairy,kalau kita
mari sini.Nak cakap pasal perempuan tu punya hal.Jangan buang masa aku.Ini
semua kehendak parents aku.Mahu ke tak mahu diorang nak libatkan aku juga.Macam
benda ni bukan perkara kecil je!” Leter Syed Azri Firdaus.Dia mencampakkan
renungannya jauh.
“Alaah..kau sendiri
pun tak suka nak libatkan hal family kau ni,so chill lah..kau tutup telinga je
lah kalau parents kau sebut pasal anak angkat diorang tu lagi.Diorang nak ambil
ke,nak angkat ke.Itu bukan kau punya pasal.”
Syed Azri Firdaus
mencerlung laju memandang Khairy.”Apa kau cakap ni?”
Khairy mengerut
dahi.
“Memanglah boleh
kau cakap macam tu.Mungkin kau tak sayang family kau,tapi aku sayang family
aku! hal diorang tu jangan nak beranganlah kalau kau taknak diorang libatkan
aku.” Herdik Syed Azri Firdaus bengang.
Khairy mengangkat
kedua belah tangannya meminta bertenang.”Alright! chill lah..!” Cuba bermanis
muka.’Nampak besar pula masalah kawan aku ni.’ Bisik hati kecilnya.
Syed Azri Firdaus
menghela nafas ringan.”Sorry..sudahlah! tak payah cakap pasal tu lagi.” Api
kemarahannya sudah hilang.
“Eh Khairy, tadi
masa rehat Nadirah jumpa kau buat apa?” Celah bicaranya.
“Kenapa? Kau cari
Zara Elina ke masa tu?” Khairy cuba berceloteh.
“Ish..kau ni.Aku
tanya je.Sebab aku tengok muka kau lain pula hari ni.” Ujar Syed Azri Firdaus
lalu menyedut minumannya dengan stro.
Khairy mengangkat
kening.Mungkin betul juga apa Syed Azri Firdaus katakan,malahan sahabatnya itu
pun tidak tertumpu dengan kata-kata yang dia ungkapkan sebentar tadi.
“Entahlah.” Khairy
mengendah.”Bukan ke kau kata nak pulang awal hari ni?”
“Memanglah.Kau pun
dah nak balik juga ke sekarang?”
Khairy bangkit
dari kerusi.”Aku nak bla ni.Okeylah..anyway,jumpa esok okey?” Mereka berjabat
tangan kemudian Khairy mencapai topi keledarnya lalu melangkah meninggalkan
tempat duduk di situ.Syed Azri Firdaus masih duduk terpaku di kerusi itu.Dia
mengamati kelibat Khairy hingga hilang dari pandangannya di situ.
Kalaulah dia boleh memberitahu Khairy hal
sebenar tentang Awani,alangkah baiknya.Syed Azri Firdaus kenal Awani? tidak
juga.Tapi dia tahu peristiwa tentang Awani.Dan apa yang sebenarnya terjadi
kepada Awani beberapa tahun yang lalu, bukan salah Khairy, bukan juga salah Awani..Dia
berkumat-kamit.’Nadirah boleh tolong ke?’ tanpa sedar.Dia termenung jauh.

No comments:
Post a Comment