(Chapter 47)
Tiba di banglow
Datuk Syed Ahmad Yusud,Ustaz Azhari memarkirkan kereta di depan pagar.Zara Elina keluar dari kereta
lalu memerhatikan rumah tersebut.
’Wah! ini rumah
ke istana ni?’ Bisik hati Zara Elina.
“Farihah!
Orangnya sudah sampai!” Laung Datuk Syed Ahmad Yusuf.
Datin Farihah
melangkah laju ke pintu hadapan.Dia sudah tidak sabar ingin bertemu Zara
Elina.Hatinya mula dipagut hiba.
“Assalamualaikum,apa khabar Yusuf?” Tutur Ustaz Azhari seraya tiba
menghampiri Datuk Syed Ahmad Yusuf yang menyambut kedatangannya dari muka pintu
rumah.
“Waalaikumussalam.” Mereka berjabat tangan.Datin Farihah tiba di ruangan
itu.
“Oh..Zari,kenalkan isteri aku Farihah”
“Oh..apa khabar?
Tahu nama je,hari ni dah kenal orangnya.” Celoteh Ustaz Azhari bersahaja.
“Alhamdulillah,biasalah orang dah berumur katakana,ada rezeki nak
bercucu pula.” Balas Datin Farihah mesra.
Datin Farihah
mencuri pandangan dari belakang Ustaz Azhari.Zara Elina rasa Ustaz Azhari
menarik lengannya supaya bersalam.
Zara Elina
menunduk malu melangkah menghampiri mereka.
Mata Datin
Farihah menetap sayu wajah cantik itu.”Zara Elina..?” Ungkapnya.Memang ada iras
arwah Yuhanis.
“Farihah.. inilah
Zara Elina.” Ujar Datuk Syed Ahmad Yusuf.
Zara Elina
mengangkat wajah.Matanya terpana seakan-akan pernah bertemu dengannya sebelum
ini.Dia segera mendapatkan Datin Farihah.Dia menghulurkan sepuluh jari untuk
berjabat.Wanita itu tidak menyambutnya.Tetapi dia terus mendakap erat tubuh
Zara Elina.
Lama Zara Elina
berada di pelukannya.Bila pelukan dileraikan,kedua belah pipi Zara Elina pula
dicium.”Makcik tak sangka ini rupanya Elina yang makcik kenang selama ni.”Air
matanya turut bergenangan.Zara Elina turut tersenyum bercampur sedih.
“Makcik ingat
saya?” Zara Elina berkerut.
Datin Farihah
tersenyum nipis.”Mana mungkin makcik lupa.” Mereka membalas senyuman antara
satu sama lain.
“Farihah.” Tegur
Datuk Syed Ahmad Yusuf.”Awak pernah berjumpa dengan dia ke sebelum ni?”
Senyuman Zara
Elina mundur.Sekejap dia memandang wajah Datuk Syed Ahmad Yusuf kemudian
beralih kepada Datin Farihah.Mengharapkan wanita itu yang menjawabnya.Turut
serta Ustaz Azhari yang bercekak pinggang dari tadi.
Wanita itu hanya
tersenyum.”Tak pernah,ini kali pertama.”
“Ohh..” Datuk
Syed Ahmad Yusuf mengangguk.
Ustaz Azhari
memerhati sambil tersenyum.Datuk Syed Ahmad Yusud pula mengerti perasaan
isterinya.Tentu isterinya terkenangkan arwah Yuhanis.Zara Elina menyalami Datuk
Syed Ahmad Yusuf pula.
“Apa bertapak
dekat luar ni..jemput masuk Zari.Minum ke makan dulu apa yang ada.” Pelawa
Datuk Syed Ahmad Yusuf.
Datin Farihah
meluru laju ke dapur semula.”Kak Kiah,angkat kuih-kuih ni hantar depan.” Arah
Datin Farihah setelah tiba di ruangan dapur.
“Baik puan.” Mak
Kiah menatang dulang hingga ke ruang tamu.
*********************************************
“Siapa pula yang
datang ni?” Detik Syed Azri Firdaus sendirian sebaik motornya bergerak masuk ke
dalam banglow.
‘Yelah! Macam
mana boleh lupa.Anak angkat mama dan papa tiba hari ni.’ Tekanya.
Syed Azri
Firdaus menguci motornya.Gelak tawa serta suara sudah kedengaran dari dalam.Dia
lalu melangkah masuk ke rumah seraya fikirannya melayang jauh.Kata ibubapanya
berpakat untuk menjodohkannya dengan gadis itu suatu masa nanti selepas mereka
sudah cukup umur berkahwin.
Dia mengeluh
hampa.Bagaimanalah rupa bakal isterinya itu,jongang? rongak? Tak sanggup
melihatnya.
Sebaik sahaja
melangkah masuk,tiga pasang mata kalih merenungnya.
‘Hah! apa!?’
Hati Zara Elina kaget.
‘Hah! apa!?’
Kaget Firdaus juga.
‘Ini ke rumah dia rupanya.Takkan nak
mengadap muka dia ni tiap-tiap hari!’ Cebik hati kecil Zara Elina.
‘Takkan nak
mengadap muka perempuan ni hari-hari!?’ Cebik hati Syed Azri Firdaus juga.
“Ada apa yang tak kena ke? Firdaus?” Tanya
Datuk Syed Ahmad Yusuf kebingungan.
Syed Azri
Firdaus terkebil-kebil.”Ta..tak ada apa-apa papa.” Ujar Syed Azri Firdaus tidak
keruan.Dia mendengus kuat segera ke tingkat atas untuk ke biliknya.
“Haishh budak
ni..tak nampak ke tetamu dekat depan ni? salam pun tidak ini terus ke tingkat
atas.” Omel Datin Farihah sebaik tiba di meja tamu.”Maafkan anak saya ye Zari.”
Mohonnya.Dia mengambil tempat di sebelah suaminya.
“Oh..tak ada
apalah.” Ustaz Azhari senyum paksa kemudian mengerling ke arah tangga.Dapat
mengenali Syed Azri Firdaus.
Di bilik
tidur,Syed Azri Firdaus menyalin pakaiannya.Sayup-sayup terdengar suara
perbualan di tingkat bawah.”Hmm..” Gumamnya seraya mengetap bibir.
No comments:
Post a Comment